Dah lama tak update blog.. bukan tak nak update, tapi masa tak mengizinkan. Kesibukan melanda seperti kehidupan seorang 'wanita bekerjaya'. Hihi.. ;)
Pagi hingga ke petang, sibuk dengan tugasan di pejabat. Fatin kembali bekerja di tempat kerja lama setelah dipanggil. Rasanya dah setahun tak bekerja part time sebab cuti semester yang lepas tak kerja pun. Itu disebabkan kemalasan yang melanda dan minda kata duit biasiswa banyak lagi.. :p Jadi cuti semester ni, kembali bekerja sebab nak mengelakkan penternakan lemak dan ketiduran yang berlebihan..
Gambar masa kerja lepas spm. muka budak sekolah.. :p |
Sebelah malam pula, selepas tarawih, membantu kakak menguruskan pembalutan parcel untuk dihantar ke pelanggan. Jual apa? Ayuh singgah ke Malaysia Corelle Store dan Malaysia Baby Store di fb.
Sebab itulah Fatin terasa diri ini seperti wanita bekerjaya. Haha.. Ok, sudah cukup sudah. Cukup sampai di sini saja, tak perlu nak perasantan di sini.
Walaubagaimanapun, janganlah kita terlalu asyik dengan urusan duniawi. *pesanan untuk diri jugak
Urusan ukhrawi jangan dilupakan. Di hari yang baik dalam bulan puasa ini, bersama-samalah kita melipat gandakan amalan sebagai bekalan kita di hari akhirat kelak.
Semoga Allah permudahkan segala urusan kita, insya-allah.
Maksudnya:
Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali sesuatu yang Engkau permudahkan,
Engkau menjadikan kedukaan itu mudah sekiranya Engkau kehendaki.
uit! uit! ehem.. sophisticated nyer... workaholic sungguh
ReplyDeletehehe.. tq.. :)
DeleteWahh.. wanita bekerjaya dye lenim. Untunglerr~
ReplyDelete*Nanti buleh la belanje cool blog kn. hehe.=p
wanita bekerjaya la sgt.. hehe.. cool blog? blog kite x cukup cool lagi ke? :p
Delete