Friday, July 20, 2012

Selamat Datang Ramadhan 1433H

Alhamdulillah..
Kita masih diberi kesempatan untuk beribadah sehingga ke hari ini.
Selamat datang ya ramadhan!



Allah berfirman dalam al-Quran yang bermaksud,
Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa(Surah al-baqarah, ayat 183) 

(Iaitu) beberapa hari tertentu. Maka barangsiapa di antara kamu sakit atau perjalanan (lalu tidak berpuasa), maka (wajib mengganti) sebanyak hari (yang dia tidak berpuasa itu) pada hari-hari yang lain. Dan bagi orang yang berat menjalankannya, wajib membayar fidyah, iaitu memberi makan seorang miskin. Tetapi barangsiapa dengan kerelaan hati mengerjakan kebajikan, maka itu yang lebih baik baginya, dan puasamu itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui. 
(Surah al-baqarah, ayat 184)

Bulan ramadhan adalah (bulan) yang di dalamnya diturunkan al-Quran, sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan2 mengenai petunjuk itu dan pembeza (antara yang benar dan yang batil). Kerana itu, barangsiapa di antara kamu ada pada bulan itu, maka berpuasalah. Dan barangsiapa sakit atau dalam perjalanan (dia tak berpuasa), maka (wajib menggantinya), sebanyak hari yang ditinggalkannya itu, pada hari2 lain. Allah Menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak Menghendaki kesukaran bagimu. Hendaklah kamu mencukupkan bilangan dan mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepada-Mu, agar kamu bersyukur. (Surah al-baqarah, ayat 185)  

Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. Hendaklah mereka itu memenuhi (perintah)-Ku dan beriman kepada-Ku, agar mereka memperolah kebenaran. 
(Surah al-baqarah, ayat 186)  

Sempena bulan ramadhan, kita elakkan diri daripada share berkaitan hadis palsu berkaitan bulan ramadhan. Tahun lepas, Fatin ada share berkaitan kelebihan solat tarawih pada malam-malam Ramadhan kat fb. Nasib baik ada kawan yang menegur tentang hadis palsu itu. Maklumat lanjut, anda boleh klik di SINI.

Marilah kita bersama-sama melipat gandakan amalan kita pada bulan ramadhan ini. Berpuasa, membaca al-Quran, bersedekah, solat tarawih.

Rasanya dah banyak orang share tentang membaca al-quran pada bulan puasa di fb.
1 juzuk al-quran ada 10 helai. Setiap hari kita baca 2 helai al-Quran selepas solat 5 waktu, maka habis satu juzuk. Insya-Allah kita dapat khatam al-quran dalam 30 hari ramadhan. Namun, dalam kita membaca al-quran, adalah lebih baik kita membaca maksud dan memahami ayat-ayat-Nya.

Don't forget to get ready with your 'Ramadhan Self Improvement Checklist'. (from twitter @IslamSpeaks)


Semoga puasa kita diterima Allah dan Allah memberi keberkatan kepada kita semua. Insya-Allah.
Selamat berpuasa dan bertarawih! :)

p/s: Jangan lupa niat puasa.. :)

5 comments:

  1. Salam ramadhan. selamat berpose fatin. sama2 kite memanfaatkan ramadhan kali ini dengan sebaik2nye.

    ReplyDelete
  2. pemenang segmen kad raya dah diumumkan :)

    http://ikapukpuk.blogspot.com/2012/07/pemenang-segmen-kad-raya.html

    ReplyDelete
  3. nice entry! sila2 lah komen di post saya ya :)http://nurskyler.blogspot.com/

    ReplyDelete