Friday, May 11, 2012

JUARA FUTSAL


Persatuan Rakan Masjid (PRM) UiTM Puncak Alam menganjurkan Karnival Sukan Mahasiswa 2012 pada 5 Mei 2012 bagi lelaki dan 6 Mei 2012 bagi wanita. Fatin dan 7 orang lagi iaitu Sandra, Hani, Fadhilah, Syamerra, Taqiyah, Una dan Iqa masuk pertandingan futsal. Selain itu, pertandingan bola keranjang dan bola jaring turut dianjurkan.

Makan dulu sebelum main..
Tapi Fatin tak lalu makan, bergambar je mampu.. hehe.. :p

Kitorang mula berlatih seminggu sebelum hari perlawanan. Semangat tak? ;)
Nama team kitorang ialah Emmetropic Girls. Maksud Emmetropic? Kitorang sebagai pelajar optometri menggunakan istilah yang telah dipelajari dalam kuliah.. Kalau lecturer tahu mesti terharu kan? ;p



Menurut nota kuliah Visual Optics, “Emmetropic is an eye that has no refractive error when viewing a distant object”. Senang cerita, maksudnya mata yang tiada masalah rabun. :)

Balik kepada futsal, untuk game pertama, kitorang kalah 0 - 1.

Game kedua, menang 1-0.
Final, menang 3 - 1.

Alhamdulillah, kitorang mendapat gelaran JUARA! Untuk perlawanan akhir tu, ketiga-tiga gol dijaringkan oleh Sandra. Hatrik! Sandra merupakan kapten kitorang. Cayalah Sandra! Boleh bah kalau kau.. hehe..
Tak sia-sia latihan kitorang setiap petang. Apa yang penting kerjasama dan semangat! Kepada semua ahli Emmetropic Girls, TAHNIAH! :)


By the way, team kitorang je yang semangat pakai baju sama. HARIMAU MALAYA gitu.. ;) Team lain relaks je pakai baju biasa. Nasib baik menang, kalau tak segan je pakai baju sama bagai.. hehe.. Syukur..
Fatin ni baru lagi dalam futsal ni, perlu belajar dan praktis banyak lagi. First time main futsal masa MOSSE lepas, boleh klik di SINI. Kiranya ni kali kedua beraksi dalam gelanggang futsal.. Beraksilah sangat.. huhu



Tak lupa juga kepada classmate merangkap coach kitorang, Yusri, THANKS A LOT sebab ajar teknik main futsal dan meminjamkan dua biji bolanya kepada kitorang..
Akhir kata, marilah kita mencuba sesuatu yang baru kerana BELUM CUBA, BELUM TAHU… 


Thanks for viewing my blog!
Don't forget to follow this blog.. :)

2 comments: