Sunday, April 29, 2012

Lagu Sedih dari Fadlan V.I.P untuk peminat

Semasa 1st Anniversary V.I.P yang lepas,
Fatin berpeluang merakam video nyanyian Fadlan V.I.P untuk peminat semua.
Walaupun Fadlan tidak berapa sihat, dia batuk dan sakit tekak,
tetapi dia masih sudi melayan kerenah peminat.
Sejujurnya, Fatin katakan, semua ahli V.I.P tidak sombong
dan mereka mesra peminat. :)

Jom tonton! :D



Thursday, April 26, 2012

OLEN DAN CICAK


Kisah ni dah lama, tapi Fatin tak berkesempatan nak menaip. Maklumlah, ini blog Fatin, keutamaan diberi kepada kisah Fatin, kumpulan V.I.P dan optometri.. Olen jatuh nombor 4.. hehe.. :p

Olen ni dulu tak berapa sihat. Tapi selepas beberapa hari, dia menunjukkan tanda2 positif dengan makan ikan rebus. Kalau tak, memang tak terusik dia punya whiskas. Tapi minum air memang banyak. Sebab tu ‘jamban’ Olen penuh dengan air je. Buang air besar pun sikit.

Nak dijadikan cerita, Olen seperti biasa, ‘catwalk’ ke dapur mencari air. Kemudian, Olen ternampak seekor cicak di lantai atau dinding (Fatin tak pasti asal usul cicak itu). Fatin tengok Olen sedang ‘bermain’ dengan cicak. Kejap guna mulut, kejap guna kaki. 






Olen cuba untuk makan cicak itu tapi cicak tu macam masih bernyawa lagi. Tiba-tiba ekor cicak itu terputus. Olen bingung. Cicak ada di tapak kakinya tetapi ekornya bergerak-gerak. Fatin dah tergelak dah tengok si Olen itu.

  


Then, ekor cicak dah berhenti. Olen sekali lagi cuba untuk memakan cicak itu. Tetapi tak berjaya. Rasanya cicak itu kenyal dan Olen tak dapat kunyah. 


Fatin pun bawa whiskas Olen ke dapur. Mungkin Olen dah lapar. Apa Olen buat? Olen biarkan cicak tu, makan whiskas yang ada. Selepas itu Olen berhenti makan, dan cuba lagi makan cicak. Tetapi tidak berjaya jugak dan menyambung makan whiskas dengan berselera. 







Selepas makan, Olen minum air. 


Maka cicak itu terbiarlah di tengah jalan. Fatin pun buanglah cicak itu ke dalam tong sampah. Sebenarnya geli nak pegang cicak itu walaupun dengan tisu, namun gagahkan diri jugak. Tamatlah kisah Olen dan Cicak. Ok, bai.


Tuesday, April 24, 2012

Happy 1st Anniversary to V.I.P!

15 April lepas, Fatin menghadiri 'VIP 1st Anniversary Event' di Red Box, The Gardens yang bertemakan Corporate Attire, Silver & Black. Majlis bermula dari jam 12 hingga jam 3 petang. Tetamu dibahagikan kepada 5 kumpulan melalui cabutan sendiri. Fatin dapat group C sekali dengan Kak Asilah, Kak Munirah, Kak Mariena dan Kak Zieha.  Dimulakan dengan aktiviti mencipta nama, logo dan moto syarikat untuk dibentangkan di hadapan bos masing-masing. Sebelum itu, bos untuk Fatin adalah Yandy V.I.P. Selepas habis pembentangan, ada pelbagai acara lagi seperti mencari barang, kuiz, persembahan montaj, persembahan V.I.P versi a cappella, penyampaian anugerah dan soal jawab bersama peminat. 




Untuk kuiz, Fatin dapat soalan tentang bilakah V.I.P kan melancarkan album pertama berdasarkan video Adam dalam temubual bersama Budiey. Jawapannya tentulah bulan jun. Lagi satu soalan Fatin dapat Lagu Sedih pernah menjuarai carta stesen radio apa. Jawapan semestinya radio Hot FM. Nasib baik Fatin dapat soalan yang Fatin boleh jawab. :) Btw, boleh tengok video temubual Budiey bersama Adam di SINI atau temubual Budiey bersama Fadlan di SINI.

Secara keseluruhannya, haruslah sangat happening! Ahli kumpulan V.I.P iaitu Adam, Fadlan, Yandy, Marlon dan Amen mesra dengan peminat. Walaupun VIP tidak memenangi sebarang anugerah untuk ABPBH 2011 tempoh hari, pihak AVX telah memberikan mereka anugerah VIP Special Awards, sebagai tanda kemenangan di atas ketabahan & kejayaan mereka selama ini. 

Dari kiri: Adam, Marlon, Amen, Fadlan, Yandy

The Most Versatile Member - Adam
The Most Energetic Member - Marlon
The Most High-Pitched Member - Yandy
The Most Adorable Member - Fadlan
The Most Humble Member - Amen

Selepas tamat majlis, ada sesi bergambar. Fatin sempat minta autograf daripada ahli V.I.P buat kali kedua. Dulu dah pernah minta masa 2nd time jumpa V.I.P. di Wangsa Walk Mall sebab ingat dah tak jumpa dah. Tapi hakikatnya, jumpa banyak kali dalam tempoh setahun ini.. hehe.. :p

Then, Fatin minta birthday wish dan autograf dari Fadlan untuk adik Fatin, Alia. Fatin tak dapat nak bawak Alia sebab lepas habis event, Fatin akan terus balik ke Puncak Alam. Kalau hantar Alia dulu, maybe nanti kena balik uni waktu malam. Btw, Fadlan ada ucapan khas untuk peminat, tungguuu next post.. ;)


Waktu minta autograf dengan Adam pulak, Adam macam biasa tanya Fatin, "Adik tak datang?" Fatin pun jawablah tak. *Alia, untunglaa Adam tanya lagi.. :p 

Akhir kata, Fatin nak ucapkan Happy 1st Anniversary kepada kumpulan V.I.P (Versatility in Performance). :D Semoga terus maju ke hadapan dan jangan putus asa. V.I.P terbaik! <3

Bergambar dengan keychain I <3 V.I.P sekali, hehe.. ;)


Let's watch V.I.P 1st Anniversary Montage by AicoVX. :)

Sunday, April 22, 2012

NURFATIN ATIKAH'S 1st ANNIVERSARY BLOG

22 April 2012,
genaplah setahun umur blog NURFATIN ATIKAH..

Happy 1st Anniversary to My blog! :)

Rasa cepat sangat masa berlalu.. 
Teringat masa mula2 buat blog.. 
Fatin guna bahasa melayu A+ sebab 
Fatin memang tak suka merosakkan bahasa. *bm A+ la katakan..
Tapi ada komen dari sesetengah orang yang mengatakan ayat Fatin memang sangat 'skema'.. 
Then, Fatin pun gunalah bahasa yang biasa digunakan dalam kehidupan seharian 
tetapi masih lagi sedaya upaya menjaga tatabahasa..

Dulu masa awal2 Fatin memang tak tahu apa-apa pasal blog ini, pakai terjah je.. 
Yelah, belum cuba, belum tahu kan? ;)

Setakat setahun blogging ini, inilah pencapaian yang Fatin,


Di sini Fatin mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan terima kasih 
sebab sudi meluangkan masa untuk membaca blog yang tak seberapa ini..
Sebagai tanda terima kasih kepada korang, apa kata korang klik di SINI. :)

Fatin akan cuba memperbaiki cara penyampaian dan penulisan 
agar anda tertarik untuk singgah ke blog ini lagi.. hehe..

Fatin juga berharap agar menjadi lebih matang dalam 'blogging' pada masa akan datang.. 
Fatin akan cuba menambah info-info yang bermanfaat yang boleh dikongsikan bersama. :)

Sokongan kalian amatlah dihargai.. <3

p/s: 
Siapa yg pernah singgah blog ni, perasan tak perubahan blog ini? 
Amacam? :p

Thanks a lot for viewing my blog!
Don't forget to follow this blog.. :)

Saturday, April 07, 2012

KEMARAU - V.I.P @ HOT FM KORNER 6 April 2012

Assalamualaikum.. :)

Malam semalam, Fatin study visual optics sambil mendengar HOT FM.
Subjek mengira, boleh la dengar radio kan.. ;)
Then, Chad & Deen kata, kalau nak minta lagu boleh call.

Entah kenapa, tetiba rasa nak call minta lagu.. hehe
Ingatkan tak dapat tembus talian,
then tetiba Deen jawab.

Maka,
bermulalah sesi temubual seperti di dalam video di bawah.
Selamat menonton video..
Pesanan penaja, tonton sehingga habis
sebab yang terakhir tu special sikit.. hehe..


Thanks for viewing my blog!
OK, sampai di sini sahaja,
Fatin nak sambung study,
assignment & test dah beratur..
:)

Monday, April 02, 2012

Keychain - I love V.I.P




Beberapa minggu lepas, ada Giga Fest di uni. Macam semester lepas, ada banyak booth dibuka. Ada yang menjual tudung, kasut, baju, buku, aksesori computer, KEYCHAIN dan banyak lagi. Biasanya Fatin tidak tertarik dengan jualan ini. Nak jimat duit la kononnya.. :p

Tapi memandangkan ini semester baru dan biasiswa pun akan dapat yang ‘baru’, Fatin plan nak beli beg laptop sahaja. Yang lain tu, just tengok2 je. TAPI mata ni cepat je menangkap kepada booth yang jual keychain. Dah nampak keychain, mestilah rasa nak beli kan. Then, masa last day, lepas habis kuliah, terus ke booth itu. Fatin nak beli keychain itu sebab dia ukir nama untuk keychain. Bukan sahaja keychain, rantai silver dan cincin silver pun boleh ukir nama.Yang rantai dan cincin tu tak payah beli, nanti minta pada si kepunyaan rusuk kiri. *tetiba

Setakat ini, dalam koleksi keychain rasanya ada dalam tiga keychain yang ada nama FATIN. Tapi ini handmade..

1 hingga 5 huruf = RM5.

6 hingga 10 huruf = RM10.

11 hingga 15 huruf = RM15.

Mula2 ingat nak buat NURFATIN ATIKAH. Tapi, 14 huruf berharga RM15. Fikir2 balik, buat FATIN je la..

Lepas itu, singgah kat booth lain pulak. Ingat nak buat keychain nama lagi. Tapi banyak la pulak keychain nama. Terlintas di kepala, yang keychain V.I.P tiada lagi dalam koleksi. Yeah, inilah masanya untuk membuktikan saya seorang peminat kumpulan V.I.P.. kan? ;p

Dengan pantas jari mencari dan mengumpul huruf I, V, I, P dan simbol ‘love’. I LOVE V.I.P! Warna logo V.I.P hitam putih la kan. Inilah hasilnya..


Bukti 'chenta' saya kepada kumpulan V.I.P.. ;)
Ini adalah keychain yang ke-94 dan ke-95..

Tersenyum puas sebab ada jugak keychain V.I.P walaupun keychain tu tak official. Then, dengan terujanya tunjuk keychain tu kat classmates. Mereka kata, “Tu diaa!” Classmates Fatin iaitu Syamerra, Fadh dan Hanom dah sedia maklum Fatin minat V.I.P. Mereka rajin mendengar kisah Fatin dan V.I.P. Terima kasih korang! Sayang korang! :D

Akhir kata, pesanan daripada Adam yang segar di ingatan,

"BERHIBUR-HIBUR JUGAK,

TAPI JANGAN SESEKALI KITA LUPA TANGGUNGJAWAB KITA PADA AGAMA."

Jika anda mahu lebih maklumat berkaitan V.I.P, boleh klik label V.I.P di ruangan LABELS di ruangan kanan blog.. :)


p/s:

Sejak masuk semester dua ni, Fatin dapat tahu ada lagi beberapa orang classmates yang baca blog Fatin.. Antaranya, Kak Dibah, Ima, dan yang lain..

Tak sangka ada jugak yang sudi singgah baca.. Btw, thanks a lot for viewing my blog.. Kepada yang lain, yang menjadi silent reader tu, marilah mengaku ya.. nanti saya mention nama anda di sini.. hehe.. ;) *bajet macam blog ni fofular pulak.. huhu


Btw, mari teruskan menyokong Adam dan protegenya, KJ dalam Mentor 6. :)

Thanks for viewing my blog!
Don't forget to follow this blog.. :)
Leave your comments below.. :D