Monday, April 02, 2012

Keychain - I love V.I.P




Beberapa minggu lepas, ada Giga Fest di uni. Macam semester lepas, ada banyak booth dibuka. Ada yang menjual tudung, kasut, baju, buku, aksesori computer, KEYCHAIN dan banyak lagi. Biasanya Fatin tidak tertarik dengan jualan ini. Nak jimat duit la kononnya.. :p

Tapi memandangkan ini semester baru dan biasiswa pun akan dapat yang ‘baru’, Fatin plan nak beli beg laptop sahaja. Yang lain tu, just tengok2 je. TAPI mata ni cepat je menangkap kepada booth yang jual keychain. Dah nampak keychain, mestilah rasa nak beli kan. Then, masa last day, lepas habis kuliah, terus ke booth itu. Fatin nak beli keychain itu sebab dia ukir nama untuk keychain. Bukan sahaja keychain, rantai silver dan cincin silver pun boleh ukir nama.Yang rantai dan cincin tu tak payah beli, nanti minta pada si kepunyaan rusuk kiri. *tetiba

Setakat ini, dalam koleksi keychain rasanya ada dalam tiga keychain yang ada nama FATIN. Tapi ini handmade..

1 hingga 5 huruf = RM5.

6 hingga 10 huruf = RM10.

11 hingga 15 huruf = RM15.

Mula2 ingat nak buat NURFATIN ATIKAH. Tapi, 14 huruf berharga RM15. Fikir2 balik, buat FATIN je la..

Lepas itu, singgah kat booth lain pulak. Ingat nak buat keychain nama lagi. Tapi banyak la pulak keychain nama. Terlintas di kepala, yang keychain V.I.P tiada lagi dalam koleksi. Yeah, inilah masanya untuk membuktikan saya seorang peminat kumpulan V.I.P.. kan? ;p

Dengan pantas jari mencari dan mengumpul huruf I, V, I, P dan simbol ‘love’. I LOVE V.I.P! Warna logo V.I.P hitam putih la kan. Inilah hasilnya..


Bukti 'chenta' saya kepada kumpulan V.I.P.. ;)
Ini adalah keychain yang ke-94 dan ke-95..

Tersenyum puas sebab ada jugak keychain V.I.P walaupun keychain tu tak official. Then, dengan terujanya tunjuk keychain tu kat classmates. Mereka kata, “Tu diaa!” Classmates Fatin iaitu Syamerra, Fadh dan Hanom dah sedia maklum Fatin minat V.I.P. Mereka rajin mendengar kisah Fatin dan V.I.P. Terima kasih korang! Sayang korang! :D

Akhir kata, pesanan daripada Adam yang segar di ingatan,

"BERHIBUR-HIBUR JUGAK,

TAPI JANGAN SESEKALI KITA LUPA TANGGUNGJAWAB KITA PADA AGAMA."

Jika anda mahu lebih maklumat berkaitan V.I.P, boleh klik label V.I.P di ruangan LABELS di ruangan kanan blog.. :)


p/s:

Sejak masuk semester dua ni, Fatin dapat tahu ada lagi beberapa orang classmates yang baca blog Fatin.. Antaranya, Kak Dibah, Ima, dan yang lain..

Tak sangka ada jugak yang sudi singgah baca.. Btw, thanks a lot for viewing my blog.. Kepada yang lain, yang menjadi silent reader tu, marilah mengaku ya.. nanti saya mention nama anda di sini.. hehe.. ;) *bajet macam blog ni fofular pulak.. huhu


Btw, mari teruskan menyokong Adam dan protegenya, KJ dalam Mentor 6. :)

Thanks for viewing my blog!
Don't forget to follow this blog.. :)
Leave your comments below.. :D

2 comments:

  1. wow macam tu ya? nice share fatin,have a nice day xD

    ReplyDelete