Thursday, November 23, 2017

Review K Fry Urban Korean IOI City Mall




Assalamualaikum :)

Annyeong Haseyo! Tetiba speaking korea :p



Berzaman weh entri ni bertangguh, kes kemalasan nak bukak laptop.
Sorry mana yang tertunggu entri ni, (ada ke haha perasantan je).

Lately Fatin tengok kat IG ramai orang makan K Fry Chicken ni, terliur weh!

Tengok tu cheese diaaa!

Then, baru tahu kat Klang Valley ni ada kat IOI City Mall je. Ada branch lain kat JB & Batu Pahat. Kebetulan pergi short escape ke rumah kakak kat Nilai, so tak jauh sangat.

Pergi waktu lunch full house weh! nasib ada seat kosong

Apa lagi, terus ajak kakak teman makan. Nah Fatin snap sikit menu dia untuk korang :)






Fatin pilih Cheesy Fried Chicken Bumbuk & kakak pilih menu Matcha Green Tea Bingsoo (aiskrim green tea ). Kitorang tak order air, boleh request nak air suam or air sejuk, for FREE! Yelah, dah banyak kalori tu, so air kosong cukup la kan ;)

Ada gambar Suzy Miss A lagi 

Restoran ni sama macam Mr Dakgalbi, masak kat depan customer.

Tadaaa!

Takdelah masak pun, ayam dah siap masak, cuma cairkan cheese & salutkan ayam dengan cheese.

Dia asingkan fries & ayam 
Then dia cairkan cheese

Lepas tu salut ayam dengan cheese

Ayam dia sedap, macam ayam goreng kfc original, pastu kena dengan cheese, memang umpphh!


Sekali pandang macam durian pun ada haha

Lepas gigit baru nampak ayamnya!

Lama2 muak jugaklah sebab cheese kan.


Lighting kurang tapi nak upload jugak
Makan dua orang memang tak larat. Staf tu kata kalau satu ni biasa 3 - 4 orang makan. Lebih kitorang take away.

wefie satu

Pastu yang Matcha Bingsoo tu staf tu kata kalau nak inform diorang sebab nak buat dalam masa 15 minit. Fatin & kakak memang suka green tea, kakaklah yang ajar pasal green tea ni. Dari air, aiskrim, kit kat green tea, semualah green tea, terus terjebak. Sampai sekarang, kalau pergi starbucks order green tea, pergi Chill Chill order Thai Green Tea <3

Sedap! tapi Fatin tak suka red bean huhu

Kat situ dia ada pasang lagu kpop. Fatin kat tempat kerja dahlah dengar lagu kpop setiap hari, sebab kedai spec jual korea frame. Cakap pasal lagu kpop kan, Fatin sekarang ni tetiba suka dengar lagu Taeyang, terutamanya Eyes, Nose Lips & Wedding dress. Tau tu lagu lama, sorry la ketinggalan haha.. Sebab hari2 dengar kat tempat kerja, masuk dalam kepala otak weh ;)



Overall sedap & kenyang. Siap tapau ayam goreng sebab tak larat nak habiskan, tapi aiskrim licin! :D
Okaylah sampai di sini saja, next entry tak tahulah bila pulak kan :)



Balik je rumah kakak, petang tu terus berlari atas treadmill sebab rasa bersalah makan banyak :p
Tapi 3km je mampu, bolehlah dari takde kan ;)



Thanks for reading this entry :)

Tuesday, September 26, 2017

Review Mr Dakgalbi Publika





Assalamualaikum :)



Seperti yang dijanjikan dalam entri lepas, Fatin nak share pasal Mr Dakgalbi, restoran korea yang agak famous sekarang. Btw, Fatin sekarang kerja kedai spec yang jual Korea frame, so sekarang nak pergi makan kat restoran Korea, fefeeling jap uolls hahaha kasi chance :p



Maklumlah, tak berkesempatan lagi nak ke Korea, dapat makan makanan Korea pun bolehlah hehe.. Kenapa nama dia Dakgalbi? Okay ni bukan dak dak wechat eh hahaha.. Dakgalbi tu adalah nama makanan Korea itu sendiri, iaitu ayam yang diperap dalam pes cili dan digoreng bersama nasi. Kira nasi goreng ayam versi Korea lah secara ringkasnya.



Sebelum datang ke sini, Fatin dah google baca review blog orang, menu yang menarik. Dah aim nak yang ada cheese ring tu. So kitorang pilih Fried Rice 3 Pax, ada nasi goreng + 1 ramen + 2 cheese. Set tu harga RM67, then tambah cheese ring, RM18. Total RM89 termasuk GST.

dari fb Mr Dakgalbi

So lepas order, bermulalah sesi memasak, semua duk keluar fon masing2 nak record hehe.. Bau dia semerbak menusuk hidung, bila bau tu cam nampak pedas giler, tak sabar nak tahu rasa dia macam mana.

Tumis sambal 

Masuk nasi

Masak maggi pulak

Gaul sampai rata

Kitorang semua 4 orang, Fatin, adik, kakak & abang ipar. Walaupun order untuk set 3pax, memang terlebih dari cukup. Itu pun tak larat sebenarnya nak habiskan. Memang kenyang. Rasa dia sedap! Tak pedas sangat, Fatin tak suka makan pedas, so sesuai dengan tekak ni hehe.. Cheese tu perghhh, memang terbaik!

Ready to eat!

Ada side dish jugak, macam kimchi, coleslaw, lobak putih & sup. Sejujurnya, Fatin tak gemar sangat sayur2 ni. Kalau kimchi okay, coleslaw tu kubis dia pahit, lobak putih tu bolehlah, sup pulak macam takde rasa je huhu.

Kimchi
Coleslaw
Lobak putih

Secara keseluruhannya, best, restoran selesa, rasa nak datang lagi hehe..

Licin! 

Kalau korang belum try, boleh try, ada banyak branch kat Malaysia.

 Taken from fb Mr Dakgalbi
Last but not least, kasi chance throwback satu gambar :p


Thanks for reading this entry :)

Monday, August 14, 2017

Semua kedai cermin mata ada optometrist ke?




Assalamualaikum :)

Dah lama Fatin tak share dengan korang pasal optometri ni, jom tengok soalan2 yang kerap orang tanya.

Semua kedai cermin mata ada optometrist ke?

TAK. Tidak semua kedai ADA optometrist.
Sebab tu korang kena tanya dulu, sebelum nak buat cermin mata.
Ada kedai takde optometrist, tapi registered optician. Optician pun boleh, sebab mereka jugak berdaftar dengan Majlis Optik Malaysia.

Kenapa kena check mata dengan optometrist?

Optometrist merupakan orang yang arif dalam bidang penglihatan. Mereka mengambil masa selama empat tahun untuk belajar pasal sepasang mata. Bukan sahaja, sekadar 'power' mata, mereka perlu mengambil kira kesihatan mata, penglihatan binokular, dan banyak lagi. Maksudnya di sini, mereka akan bagi 'power' mata yang sesuai dengan keadaan anda.

Ada beza tak Optometrist kat kedai dengan hospital?

TIDAK. Semua optometrist sama sahaja. Sebenarnya yang check mata kat hospital tu OPTOMETRIST jugak, tapi sebab diorang pakai kot putih, ramai yang sangka mereka adalah doktor. Yang di kedai cermin mata, ada yang pandang rendah dengan sebab pakai baju sama dengan staf lain. Jangan menilai orang dengan pandangan luaran sahaja, ya :)

Boleh tak buat cermin mata guna power mesin?

TIDAK. Power mesin tersebut tak 100% tepat, itu hanya anggaran sahaja. Korang kena check mata secara manual, yang baca ABC kat dalam bilik tu :)

Kalau nak pakai contact lens, power sama ke lain dengan cermin mata?

Power contact lens bergantung kepada berapa banyak power korang, jika power anda bawah -4.00D, boleh follow power cermin mata, TETAPI tengok jugak berapa power silau (astigmatism) korang. Senang cerita,  jumpa Optometrist sebab diorang akan kirakan power contact lens yang patut korang pakai. :)

Okay, sampai di sini sahaja, kalau ada soalan lain, boleh komen, nanti Fatin buat entri baru :)

Btw, Fatin sekarang dah kerja kat company baru, dengan semangat baru! Kumpulkan sebanyak mungkin pengalaman untuk maju ke hadapan! *kemain excited :p



Buat masa ni, mak, adik, ayah saudara, mak saudara dah buat spec kat sini, sepupu pulak beli contact lens. Terharu bila family support :D Walaupun bukan kedai sendiri haha.. Insya Allah satu hari nanti nak jugak bukak kedai sendiri, tapi banyak lagi kena belajar :)

gambar acah2 candid :p

Update 2/7/2020
Macam mana nak tau kedai tu ada optometrist ke tak? Boleh tengok video dari ML studio ini :)

 
Thanks for reading this entry :)

Monday, July 10, 2017

Open House Daler Yusuf




Assalamualaikum :)




Semalam Fatin pergi beraya, Daler Yusuf buat open house untuk Team Daler Yusuf! Asalnya tak dapat pergi, sebab kerja. Then, rasa cam ruginya tak datang, makan free kot hahaha :p Then, mohon jasa baik bos mintak half day. Alhamdulillah bos izinkan, tq bos! :)

Fatin habis kerja kul 4 petang, dengan baju kerja pergi beraya, halal jelah ;) Terus request Grab Car ke Lrt Sri Rampai. Naik LRT sampai KL Sentral. Pastu solat asar kat Nu Sentral. Terus rushing ke KTM, tapi turun je bawah train dah jalan T.T Tunggulah lagi setengah jam. Sampai stesen Batu Tiga terus naik Grab Car. Sampai dalam 6.30pm. Orang lain dah nak habis makan dah huhu..



Lepas makan, bertegur sapa dengan Alyssa & Kak Sheera, borak2 dengan Kak Shita. Wefie satu! :)




Kak Sheera bagitahu, Daler tanya Kak Sheera, "I ada nampak yang selalu update I kat blog tadi, mana ya?" Kak Sheera pun jawab, "Fatin Atikah?"

So diorang pun panggil, Fatin Atikah, Fatin Atikah!

Fatin pun menyahut lah, "ye saya!"

Daler tanya, "Dah makan?" Fatin jawablah, "Dah, baru habis." Daler tanya lagi, "Serious, sumpah?" Fatin angguklah, ye.. Hahaha, amboi Daler kemain sumpah :')


Tepat jam 6.58pm, drama Encik Suami Mat Salih Celup start! So semua beratur depan TV sambil tweet #enciksuamimatsalihcelup.


Alhamdulillah ramai tweet, sampai trending! Good job team daler yusuf & semua yang tweet! :D



Masuk je maghrib, Daler terus ambil wuduk & solat. Then, semua takes turn solat maghrib.
Tengok TV, tengok jugak, solat jangan tinggal :)

Then, ada kuiz simple. Hadiah ditaja oleh adik Daler, Sherzod Yusuf. Sherzod ada brand sendiri ZOD. Korang boleh usha IG zod_official :)


Cuba teka Fatin menang ke tak?
Haruslah menang uolls :p



Soalan yang Fatin jawab, nama penuh Daler. Daler Yusuf Khamrokulov bin Muhammad.
Soalan tu takde orang jawab, so Fatin lah jawab hehe..

Thanks Sherzod for the t-shirt :)

Selesai kuiz, sesi fotografi ramai2! Seronok dapat pergi open house artis ni, meriah!



Sebelum balik, haruslah wefie dulu kan. ;)

With Sherzod Yusuf, adik Daler

Terima kasih kepada Daler, Alyssa, Kak Sheera, Kak Dayah & semua yang terlibat untuk event ini. Makanan sedap! Oh cakap pasal makanan, menu semalam, adalah Plov (makanan uzbekistan) Daler masak! Btw, korang boleh tengok video Daler & Sherzod masak Plov ni kat SINI.

Sorry blur, ni pun cilok dari wasap group

Fatin tak tahu mula2 tu Plov, ingat nasi arab biasa. Fatin makan bihun & rendang je, dah balik rumah, tengok ig story daler baru tahu tu Plov, rugi tak makan huhu T.T Takpelah, maybe raya tahun depan pulak ;) Bihun & rendang Alyssa masak, sedap!



Dessert ada kek oreo cheese secret recipe dari Dr Farah & kek coklat dari Syah (homemade okay).



Kek oreo Fatin tak makan, sebab dah pernah makan, so Fatin try kek coklat Ian Hadiff. Sedap!



Balik Fatin tumpang Kak Shita, thank you Kak Shita & kembar2 tolong hantar sampai depan rumah :) Kak Shita ni dia kembar tiga, yes TIGA! First time Fatin jumpa depan mata kembar tiga, selalu kembar dua je kan.

With the triplets :)

Last but not least, pesanan penaja, jangan lupa saksikan drama Encik Suami Mat Salih Celup hari jumaat, sabtu dan ahad jam 6.58 pm di TV3. Tweet #enciksuamimatsalihcelup sampai trending okay!

Fatin cakap kat Daler, nak gambar sorang, untuk blog, ni dia hasilnya :)


Some pics credit to Team Daler Yusuf :)

Korang boleh klik entri berkaitan Daler di bawah:

- Daler Yusuf's Birthday Bash 2015 @ Karangkraf
- A wonderful day with Daler Yusuf @ Mid Valley
- Siapa Daler Yusuf?
- Daler Yusuf @ Cosmopolitan Magazine (October 2016)
- Lunch Date with Daler Yusuf at Flora Cafe

p/s: Banyak jugak eh entri Fatin dah update, Daler terharu tak? ;)