Tuesday, March 30, 2021

Tiktok



 Assalamualaikum :)

Ya ampun bersawang dah blog ni ya, labah2 pun ada tujuh keturunan dah :p

Sekarang ada lagi ke yang baca blog? Fatin pun dah jarang bukak blog, melainkan reply komen. Sorry kalau Fatin reply lambat, kalau teringat nak bukak blog, baru Fatin bukak hehe..

Btw, sekarang trend short video kan, kita ada TikTok, instagram pun dah ada reels. 

So, apa lagi, silakan follow TikTok Fatin, @nurfatin_atikah aka Fatinutella. Sempat promote :p

Kenapa Fatinutella, sebab Fatin suka Nutella & menjual Nutella di instagram @nutellagombak. 

Okaylah jumpa di TikTok, kalau ada soalan, boleh tanya kat Q&A kat bio tiktok, takut soalan kat blog ni Fatin terlepas pandang. Bye!



Wednesday, August 26, 2020

Genap setahun apak pergi






Seperti yang dijanjikan dalam previous entri, aku nak share pasal apak aku. Dah setahun baru teringat nak sambung menaip. Aku panggil ayah aku apak. Lain sikit dari biasa kan, selalunya ayah, papa, daddy, bapak. Aku panggil apak kira singkatan dari bapak lah. Tak tahu lah sebab orang Perak ke apa, sebab ayah aku panggil ayah dia (atuk aku) apak jugak. Pastu ada kawan aku tu orang Perak pun panggil ayah dia apak. Apa2 jelah hehe..

Ayah aku meninggal dunia kat Hospital Melaka sebab sakit jantung. Doktor kata jantung dia dah 4 kali terhenti. Masa kali keempat tu, doktor kata tu kali terakhir untuk buat cpr. Doktor bagi ubat untuk naikkan blood pressure. Tapi still low jugak bp dia. Lepas tu kitorang semua kena bersedia untuk lepaskan dia pergi. Sorang2 masuk kat ICU tengok apak.

Kitorang satu family pergi Melaka kecuali kakak aku. Masa pagi isnin tu kakak aku gerak dari KL untuk melawat arwah. Ngam sampai, kakak aku & abang ipar masuk, nurse tetiba suruh panggil mak aku. Cepat2 kakak aku lari keluar menangis. Kitorang cuaklah. Pastu baru guard tu bagi semua masuk.

Masa masuk je semua dah menangis. Apak dah menghembuskan nafas terakhir pada 1.55 petang. 
Ya Allah aku tak percaya kot masa tu. Semua menangis kat wad T.T

Sebelum ni apak selalu jugak keluar masuk wad. Tapi kali ni lain. Actually sebelum pergi Melaka pun dia masuk wad. Tapi dia mintak izin keluar sebab nak bercuti kat Melaka. Doktor tak bagi tapi dia berkeras. Doktor risau keadaan dia, tapi apak kata, "Doktor, kalau saya nak mati, kat mana2 pun saya boleh mati, kat HKL, kat rumah, kat Melaka" Apak macam dah tahu je T.T

Tapi dia sangat happy dapat pergi Melaka. Pagi isnin tu dia sempat berbual dengan nurse, dia kata dia seronok bercuti dengan anak2, dapat naik beca dengan atuk. Okay air mata aku dah keluar taip benda ni. Betul lah kata apak, ajal tu Allah dah tentukan, bila, kat mana.


Gambar kat beca ni gambar last yang aku snap dengan fon aku. Apak seronok naik beca dengan atuk. 

Persatuan khairat kematian perumahan aku ni bagi peluang kat family untuk mandikan jenazah. Ya Allah, air mata tak berhenti-henti masa tu. Sebelum kafan, sempat beri kucupan terakhir. Lepas tu, solat jenazah. Walaupun weekday, ramai yang datang solat jenazah apak. Terima kasih kepada semua yang hadir solat dan pengebumian jenazah.



Hari ni, dah setahun apak pergi. Masa awal2 tu terasa sangat sebab nak salam pergi kerja apak dah takde. Pastu balik kerja, apak selalu ada tengah tengok tv. Kadang2 rasa macam apak takde kat rumah tu rasa macam apak kat HKL. Sebab apak selalu keluar masuk wad.

Yang paling terasa sekali masa nak renew road tax minggu lepas. Selalu renew insurans kat belakang JPJ Wangsa Maju tu, ada banyak kat situ. Dulu kalau confused yang mana satu, boleh call, sekarang nak tanya balik, apak takde, Rasa sedih sangat, rasa nak menangis dah kat situ T.T Terbayang-bayang dia kan JPJ tu.. 

Apak selalu tanya pasal kerja okay ke tak, bila nak apply kerja hospital. Dia suruh aku kerja kat hospital sebab kerja retail ni kan 12 jam, 10 pagi hingga 10 malam. Mungkin dia risau kot, Tapi tempat kerja aku dekat je, 8 minit je perjalanan. Aku tak nak kerja hospital sebab dulu praktikal kat hospital stress teruk. Praktikal kat kedai relaks je, enjoy, sebab tu aku suka kerja kedai. Tap bukan kata kerja kedai tak stress ye, stress jugak nak hadap customer yang always right tu -.-

Adik aku ada tweet pasal ayah aku tahun lepas, tak sangka ramai pulak retweet. 

Artikel dari Astro Gempak di SINI



Tak sangka kisah apak dapat perhatian, semoga ramai mendoakan apak di sana.
Tolong sedekahkan al-fatihah kepada ayah saya, Mohd Sharudin bin Abd Aziz.

“Ya Allah. Engkau berilah keampunan baginya, dan limpahkan rahmat kepadanya, dan selamatkan dia dan dan maafkan kesalahannya. Engkau muliakan kedudukannya, dan luaskan tempat tinggalnya, dan sucikan dia dgn air, salji dan air yang sejuk. Engkau bersihkannya daripada kekotoran dosa sebagaimana dibersihkan pakaian yang putih dari segala kekotoran. Dan gantikan rumahnya dgn rumah yang lebih baik dan pasangan yang lebih baik. Masukkan dia ke dalam syurga dan lindungilah dia daripada azab kubur dan ujiannya serta jauhkan dia dari azab neraka.”

Rindu apak sangat-sangat T.T

Wednesday, September 11, 2019

#fatinturns27




Assalamualaikum :)

Lama giler tak update blog, ni bukan setakat sarang labah2, labah2 pun dah beranak pinak :p
Ada banyak entri nak update sebenarnya, tapi publish ni dulu.

My 27th birthday!

Sukanya tengok belon2 tuu

Hari yang paling ditunggu setiap tahun! Sebulan sebelum gigih countdown kat IG Story. Aku memang sejenis obses dengan birthday. Maybe dari kecik dah terbiasa kot :p

Pastu kawan tegur, amboi semangat!
Yelah, selain hari raya, hari jadi jelah aku sambut.
Aku takde anniversary nak celebrate, okay2, ada2, work anniversary ;)

Plan asal actually nak celebrate kat Melaka dengan family.
Tapi aku dapat cuti 2 sept, so aku cancel.
Ditakdirkan ayah aku meninggal dunia di Melaka. (Next entri aku share insya Allah)
Innalillahi wainnalillahi rajiun..



So tahun ni aku just beli kek dan makan pizza dengan family. Mak aku dalam iddah, tak boleh keluar, kita makan2 kat rumah dengan family.

My fav Island supreme & Hawaiian chicken 



Pasal kek, mula2 pening gak nak pilih kek apa. Absolute Durian tu nampak cantik sebab macam bentuk durian luar dia. Tapi not available for whole cake. So, aku beli kek Durian Fromage.

Zoom sikit durian cream cheese

Last but not least, alhamdulillah dapat hidup selama 27 tahun ni. Thanks korang yang wish & doa yang baik2. Mula2 tak ramai pun wish, lepas bukak kaunter wish kat IG story, baru ramai. Oo mengada eh, kena bukak kaunter baru nak wish :P Takpelah, yang penting wish, hadiah itu bonus hehe.. Tahun ni dapat hadiah 2 ketul pun dah cukup bahagia dah, thanks to my sisters <3

Tudung THEMARBLEDUCK


Bila pakai tudung mahal ni rasa jelita ya, okay perasantan :p

Souvenirs from London

Jangan tanya bila nak kahwin, aku sedih, aku berharap sangat ayah aku sempat tengok aku kahwin & nikahkah aku T.T Tapi Allah lebih menyayanginya..

Orang lain pakai sash Bride to be, aku mampu Birthday Princess aje..

p/s:
Setakat ni maybe aku akan celebrate sampai umur 30 je kot. Lepas tu kalau nak celebrate kena ulang balik ke umur 18 :p

Tuesday, January 29, 2019

Boleh ke trade in cermin mata lama?




Assalamualaikum :)

Dah lama tak share pasal cermin mata kan? Haa, ni soalan famous bila customer datang ke kedai.

"Boleh tak trade in spec lama ni?"



Jawapannya, BOLEH TRADE IN! 

Sempena Tahun Baru Cina, ada promosi TRADE IN cermin mata lama, dapat rebate RM50!
*T&C apply




Perghhh! Jimat RM50 nak beli spec baru! Apa lagi, segera ke OPTICS 85 GOMBAK :)

TAPI selepas habis promosi ni, tak boleh dah eh, korang boleh simpan untuk spare, kotlah ada kecemasan, spec tak tau letak mana ke kan :p

UPDATE 28/2/2019 - PROMOSI TAMAT

Landmark: Belakang Pasaraya Ong Tai Kim Gombak, berhadapan Kedai Kasut Yebeng

Senang cerita, waze je Optics85 Gombak :)

p/s: Korang boleh follow instagram @optics85gombak untuk update terkini!

Thursday, November 15, 2018

#BarbieRun2018 @ Stadium Shah Alam




Assalamualaikum :)

I'm a Barbie girl, in the Barbie world..

Setelah bertahun-tahun Fatin tak join larian, tiba2 kakak ajak join Barbie Run 2018 kat Shah Alam. Wah menarik sebab baju dia warna PINK! Pastu dapat barbie doll sebijik! Memang terus ON! Book cuti siap2!

Collect baju sehari sebelum
Flag off pukul 7 pagi. So lepas subuh kitorang gerak ke Stadium. Sampai sana dalam 6.35 pagi. Gelap lagi weh hahaha, tu pun jem nak masuk stadium. Lepas parking, terus ke get ready. Tapi takde lah flag off tepat jam 7 sebab ramai lagi yang baru sampai. Dalam kul 7.05 baru flag off.



Nama pun fun run, kitorang takdelah beria sangat lari, just jogging & jalan lenggang kangkung jugak. Time turun bukit je laju :p



Ramai jugak join larian ni. Budak2 kecik pun ada, comel je lari dengan parents diorang. Mak2 pak2 yang tolak stroller pun ada, perghhh respect!



Selesai 5KM, collect goodie bag, dalam tu ada macam2! By the way, comel kan tandas pink tu? <3

Tandas pink wow sangat, tapi tak berani masuk haha

Bestnyaaa macam2 ada!

Barbie doll!
Medal dia cantik!!!

Apalagi, sesi bergambar lah kan, maklumlah dah lama tak lari hahaha kasi chance ah..

Makan aiskrim dulu

#ootd
Selfie satu, nampak muda kan pakai bawal :p
Thanks kakak ajak ke sini <3

Saturday, September 22, 2018

#fatinturns26




Assalamualaikum :)

Siapa kat sini #SeptemberBorn ? Sep sikit!

Alhamdulilah, 2 september lepas genap 26 tahun. Actually birthday dah celebrate seminggu awal sebab tak sure dapat cuti ke  tak masa tu. Sis sejenis obses dengan birthday >.< Yelah, dalam setahun tu selain hari raya, hari jadi jelah aku beria nak celebrate. Maklumlah kita ni takde anniversary nak disambut :p



26 Ogos - Advanced birthday celebration

Satu family pergi lunch kat Restoran Rebung Chef Ismail. Sebelum aku pernah pergi dengan kawan baik aku, Aminah. Dari situ ayah aku tahu, and nak pergi jugak. Dah alang2 satu family lengkap ada, aku pun celebrate la birthday. Bukan senang nak kumpul semua tau, sebab adik-beradik semua 6 orang, kakak2 & abang dah kahwin.



Seperti yang aku kata, aku sejenis obses dengan birthday, maka aku pun belilah birthday sash & kek. Kek tu sebagai props je haha, sebab kan makan buffet dah kenyang giler dah. Tu pun aku risau takut kek cair, so aku pilih la red velvet supreme, kalau ikut hati mestilah nak berunsurkan cheese :p



Kak Ana buat surprise bagi belon & coklat!
Wahhh! Saya suka, saya sukaaa! *suara MeiMei UpinIpin.
Tq Kak Ana! <3


Alhmadulillah, terima kasih Allah atas semuanya: ibu bapa yang masih ada, keluarga yang sentiasa mendengar keluhan dan segala masalah, kawan2 yang supportive. By the way, thanks semua yang wish kat IG story, tak sangka ramai respons :p



2 September - My birthday!

Setelah beria sambut last week, akhirnya dapat cuti hari sabtu tu. Maka, celebrate lah lagi sekali :p Ayah ajak lunch kat Restoran Adam Lai, Prima Gombak. Yeay!



Dah nama pun birthday, mesti ada kek kan, aku pun pergi beli kat Secret Recipe. Okay kali ni, beli kek cheese. Tapi beli slice jelah, takka nak whole cake lagi kot hahaha.. Aku pilih Cheezy Choc,sedap giler weh! Recommended! Kakak pilih marble cheese, lagi satu aku pilih Tiramisu sebab aku coffee lover.



Aku dengan gigihnya bawak birthday sash lagi sekali untuk photoshoot :p


3 September - Post birthday celebration

Kali ni celebrate dengan bff pulak. Tengok wayang filem Munafik 2. Dulu waktu filem Munafik 1, aku tengok sorang je tau. Sis berani takde hal :p



Pastu lunch kat Seoul Garden. Kalau dengan Aminah ni, restoran wajib kitorang memang Seoul Garden, paling setahun sekali mesti pergi hahaha :p


Umur 26 tahun memang tak mengharapkan hadiah sangat sebab dah besar kan. Okay tipu, sape tak nak hadiah woi! :p Thanks kepada semua yang bagi hadiah, really appreciate it!
- Dila, my bff yang tak pernah miss bagi hadiah setiap tahun. Tahun Dila buat sendiri Strawberry Crumb Cake, sedapnyaaa!
- Aminah, thanks jugak baking Hokkaido Cupcake. Thanks teman tengok Munafik 2 walaupun tak suka tengok cerita melayu. :p
- My colleagues yang happy-go-lucky : Eikin & Jess! Tak sangka korang bagi jugak, sis gurau je tuntut hadiah :P

Muka excited dapat hadiah part 1

Muka excited dapat hadiah part 2

My colleagues yang satu hari tak sah kalau tak gelak kuat :p
Okay, sampai di sini sahaja entri kali ni. Thanks korang sudi baca <3

p/s: 
Korang tolong doakan aku bertemu jodoh, makcik2 bawang dah bising weh. Bukan mak aku tau, mak aku tak bising, makcik lain yang membawang..