Wednesday, August 26, 2020

Genap setahun apak pergi






Seperti yang dijanjikan dalam previous entri, aku nak share pasal apak aku. Dah setahun baru teringat nak sambung menaip. Aku panggil ayah aku apak. Lain sikit dari biasa kan, selalunya ayah, papa, daddy, bapak. Aku panggil apak kira singkatan dari bapak lah. Tak tahu lah sebab orang Perak ke apa, sebab ayah aku panggil ayah dia (atuk aku) apak jugak. Pastu ada kawan aku tu orang Perak pun panggil ayah dia apak. Apa2 jelah hehe..

Ayah aku meninggal dunia kat Hospital Melaka sebab sakit jantung. Doktor kata jantung dia dah 4 kali terhenti. Masa kali keempat tu, doktor kata tu kali terakhir untuk buat cpr. Doktor bagi ubat untuk naikkan blood pressure. Tapi still low jugak bp dia. Lepas tu kitorang semua kena bersedia untuk lepaskan dia pergi. Sorang2 masuk kat ICU tengok apak.

Kitorang satu family pergi Melaka kecuali kakak aku. Masa pagi isnin tu kakak aku gerak dari KL untuk melawat arwah. Ngam sampai, kakak aku & abang ipar masuk, nurse tetiba suruh panggil mak aku. Cepat2 kakak aku lari keluar menangis. Kitorang cuaklah. Pastu baru guard tu bagi semua masuk.

Masa masuk je semua dah menangis. Apak dah menghembuskan nafas terakhir pada 1.55 petang. 
Ya Allah aku tak percaya kot masa tu. Semua menangis kat wad T.T

Sebelum ni apak selalu jugak keluar masuk wad. Tapi kali ni lain. Actually sebelum pergi Melaka pun dia masuk wad. Tapi dia mintak izin keluar sebab nak bercuti kat Melaka. Doktor tak bagi tapi dia berkeras. Doktor risau keadaan dia, tapi apak kata, "Doktor, kalau saya nak mati, kat mana2 pun saya boleh mati, kat HKL, kat rumah, kat Melaka" Apak macam dah tahu je T.T

Tapi dia sangat happy dapat pergi Melaka. Pagi isnin tu dia sempat berbual dengan nurse, dia kata dia seronok bercuti dengan anak2, dapat naik beca dengan atuk. Okay air mata aku dah keluar taip benda ni. Betul lah kata apak, ajal tu Allah dah tentukan, bila, kat mana.


Gambar kat beca ni gambar last yang aku snap dengan fon aku. Apak seronok naik beca dengan atuk. 

Persatuan khairat kematian perumahan aku ni bagi peluang kat family untuk mandikan jenazah. Ya Allah, air mata tak berhenti-henti masa tu. Sebelum kafan, sempat beri kucupan terakhir. Lepas tu, solat jenazah. Walaupun weekday, ramai yang datang solat jenazah apak. Terima kasih kepada semua yang hadir solat dan pengebumian jenazah.



Hari ni, dah setahun apak pergi. Masa awal2 tu terasa sangat sebab nak salam pergi kerja apak dah takde. Pastu balik kerja, apak selalu ada tengah tengok tv. Kadang2 rasa macam apak takde kat rumah tu rasa macam apak kat HKL. Sebab apak selalu keluar masuk wad.

Yang paling terasa sekali masa nak renew road tax minggu lepas. Selalu renew insurans kat belakang JPJ Wangsa Maju tu, ada banyak kat situ. Dulu kalau confused yang mana satu, boleh call, sekarang nak tanya balik, apak takde, Rasa sedih sangat, rasa nak menangis dah kat situ T.T Terbayang-bayang dia kan JPJ tu.. 

Apak selalu tanya pasal kerja okay ke tak, bila nak apply kerja hospital. Dia suruh aku kerja kat hospital sebab kerja retail ni kan 12 jam, 10 pagi hingga 10 malam. Mungkin dia risau kot, Tapi tempat kerja aku dekat je, 8 minit je perjalanan. Aku tak nak kerja hospital sebab dulu praktikal kat hospital stress teruk. Praktikal kat kedai relaks je, enjoy, sebab tu aku suka kerja kedai. Tap bukan kata kerja kedai tak stress ye, stress jugak nak hadap customer yang always right tu -.-

Adik aku ada tweet pasal ayah aku tahun lepas, tak sangka ramai pulak retweet. 

Artikel dari Astro Gempak di SINI



Tak sangka kisah apak dapat perhatian, semoga ramai mendoakan apak di sana.
Tolong sedekahkan al-fatihah kepada ayah saya, Mohd Sharudin bin Abd Aziz.

“Ya Allah. Engkau berilah keampunan baginya, dan limpahkan rahmat kepadanya, dan selamatkan dia dan dan maafkan kesalahannya. Engkau muliakan kedudukannya, dan luaskan tempat tinggalnya, dan sucikan dia dgn air, salji dan air yang sejuk. Engkau bersihkannya daripada kekotoran dosa sebagaimana dibersihkan pakaian yang putih dari segala kekotoran. Dan gantikan rumahnya dgn rumah yang lebih baik dan pasangan yang lebih baik. Masukkan dia ke dalam syurga dan lindungilah dia daripada azab kubur dan ujiannya serta jauhkan dia dari azab neraka.”

Rindu apak sangat-sangat T.T

No comments:

Post a Comment