Thursday, April 05, 2018

First time derma darah




Assalamualaikum :)

Nak dekat 2 bulan tak update, busy kerja T.T
Lagi satu takde cerita nak update hahaha sadis betul :p
So harini ada cerita nak story mory, mohler baca ;)


Korang pernah derma darah tak?
Fatin dah lama teringin nak derma tapi takut.
Dengar orang kata nanti berat badan naiklah, pening, pengsan lah, macam2..
So takutlah bila dengar orang cakap.

Bila baca syarat2 semua lepas. Gambar dari KKM.



Tapi selaku darah O ni, rasa terpanggil nak derma sebab nak tolong orang darah O.
Sebab orang darah O boleh TERIMA darah O SAHAJA.
Korang boleh tengok gambar ni untuk detail, kredit FB KKM.
\


Harini my bff Aminah ajak pergi derma darah kat Pusat Darah Negara.
Aminah dah banyak kali derma, dia relaks je. Fatin yang first time ni cuaklah.
Takut nanti tak layak ke, ada penyakit lain ke kan. Nauzubillahiminzalik..



Mula2 isi borang, pastu ambil nombor. Then dia akan cucuk hujung jari untuk test darah.
Pastu ke kaunter seterusnya untuk daftar, kena bawak IC ASAL.
Tunggu sekejap, then masuk ke satu bilik untuk check tekanan darah.
Semua dah lulus, baru boleh derma.

Masuk je bilik derma tu, dah start nervous dah. Tapi muka control cun je hahaha.. :p
Nurse suruh duduk atas kerusi tu. Pastu nurse start cucuk bius.
Kemudian, nurse cucuk jarum besarrr untuk derma darah tu.



Then tangan pam sampailah penuh plastik tu, untuk first time dia ambil 350ml.
Kejap je, dalam 5-10 minit dah settle. Fatin bayangkan dalam 30minit macam tu haha..

Sempat wefie :p

Then, rehat kejap dalam 10 minit, nurse tanya ada pening tak.
Alhamdulillah takde. Nurse kata okay boleh pergi makan kat ruang makan hujung.
Wah bestnya dapat banyak makanan! Tak sangka satu dulang weh hehe..



Nurse ada bagi ubat zat besi & asid folik untuk tambah darah.
Kena makan sebijik sehari sebelum makan.




Pastu boleh balik! Begitulah kisahnyaaa :)

Thanks for reading this entry :D

No comments:

Post a Comment