Friday, January 12, 2018

Cermin mata baru #photochromic





Assalamualaikum :)

Dah lama tak update entri berkaitan optometri kan?

Okay kali ni Fatin nak cerita pasal cermin mata baru!
Takdelah baru sangat, bulan september hari tu, ni kes baru nak update blog :p
Kalau tahun 2015, Fatin buat cermin mata menggunakan kanta blue-coat.
Boleh baca kat SINI.
Then tahun 2016, Fatin try kanta Eyezen untuk protect & relax mata dari gajet.
Boleh baca kat SINI.

Tahun 2017 ni Fatin tukar kepada cermin photochromic.

Fatin potong cermin sendiri okay :)

Apa itu cermin photochromic?
Secara ringkasnya, bila kena matahari cermin tukar gelap.

Kenapa cermin tukar gelap?
Sebab tindakbalas radiasi UV kepada molekul dalam kanta.

Sebelum

Selepas kena UV

Perlu ke pakai cermin ni?
Yup, sebab nak protect mata dari cahaya UV.
Kalau kita keluar, kita pakai sunblock nak protect kulit kan?
Macam tu jugak dengan mata.
Cahaya UV ni bukan sahaja musuh utama kepada kulit, tetapi jugak mata.
Tahukah anda cahaya UV boleh meningkatkan risiko untuk katarak (selaput mata)?



Secara jujurnya, dulu Fatin tak suka cermin ni sebab bila ambil gambar tak cantik hehe..
Tapi sekarang Fatin kan pergi kerja naik moto, pergi kerja pagi tu silau jugaklah.
So, bila pakai cermin ni redup sikit pandangan tu. Dapat protect mata dari UV :)



Dulu Fatin kemain berlagak, dah ada sunglasses so taknak pakai cermin ni.
Sekarang malas nak tukar2 sunglasses & spec, pakai spec je dah cukup :)

Kalau nak tukar cermin photochromic ni, jemput ke kedai Optics85 Gombak, RM100 sahaja sepasang, tapi depends on power jugak, maksimum power 500. Kedai ni terletak kat belakang pasaraya Ong Tai Kim, depan kedai kasut Yebeng.

Btw, kedai ni jugak jual contact lens terlajak murah. Freshlook (RM40), Freshkon Alluring Eyes (RM40), Blincon (RM40), Soflens38 (RM48), Soflens59 (RM45) memang termurah di pasaran! Sebab diorang beli borong. Beli jangan tak beli! Pastikan dapat konsultasi daripada Optometrist sebelum pakai contact lens ya :)

Fatin pakai contact lens Freshlook Colorblends Pure Hazel

Sempena Christmas Sale, sampai sekarang,
ada promosi BELI SATU PERCUMA SATU!
KOREA FRAME ada macam2 bentuk, dari bulat sampai ke petak.
Harga frame bermula RM35 sehingga RM155.
Cepat2 rebut peluang ini, ajak family & kawan2 datang!



p/s: Sorry lah muka seposen terpaksa jadi gambar hiasan :p

4 comments:

  1. Assalam. Nk tnya. Klau power 500 harga berapa eh ntuk cermin jenis ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam, sorry lambat reply, baru bukak laptop. Bergantung kpd index yang encik pilih:
      1.56 photochromic RM150
      1.61 photochromic RM250 (lebih nipis)

      Delete
  2. mcm mana nak berhubung ye. sy nak tanya lebih lanjut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. encik / cik boleh walk in ke kedai Optics85 Gombak / Melawati, terima kasih.

      Delete