Thursday, May 25, 2017

Konvokesyen Faris




Assalamualaikum :)

Lama giler weh tak update blog.. busy kerjaaa huhu, jarang bukak laptop. Pastu takde idea nak update apa.. Kerja, kerja, kerja.. Cuti rehat or jalan2 cari makan. Nak buat review restoran, semua restoran yang sama je..

Congrats Faris! Diploma in Mechanical Engineering

So, berbalik kepada tajuk entri, selasa lepas, Fatin ambil cuti dua hari nak pergi Johor untuk attend konvokesyen adik, Faris. Sebelum tu, pagi tu kitorang pergi bergambar kat studio. Lepas survey beberapa kedai gambar, jumpa kat Medan Idaman, sederet Ong Tai Kim, situ murah. Ada satu tempat tu, mahal giler, tak boleh nak sebut kat mana, sebab ada satu je kedai kat satu kawasan tu.

Lepas photoshoot, snap guna phone pulak ;)

Lepas zuhur, siap2 kemas, kitorang gerak ke Segamat. Kitorang gerak dalam kul 3 petang dan sampai dalam kul 6 petang. Sebelum check in hotel, sempat lagi adik pergi photoshoot kat Segamat Railway Station. Sebab masa tu ada kawan dia tengah bergambar kat situ.

Nak join jugak :)

Then, lepas solat maghrib, kitorang pergi jalan2 cari makan. Asalnya nak pergi cari Mee Bandung Segamat, dah ikut waze, lepas tu tak jumpa. Dah arrive, tapi takde apa2 pun huhu.. At last, kitorang makan kat Fatin Thai Kitchen. Wah, excited bila tengok restoran nama sendiri. Lupa nak snap T.T

Kitorang pilih set untuk 4 orang. Nasi putih, tomyam putih, ikan siakap tiga rasa, telur dadar dan air jus tembikai. Ikan siakap punya sos sedap giler weh! Terbaik! Recommended! Tapi sorry lagi sekali takde gambar. Orang bila lapar tak ingat nak snap dah, terus melahap hahaha :p

Esok pagi, breakfast kat hotel. Ini masa yang paling ditunggu hahaha.. Bab makan ni memang nombor satu! Manalah tak overweight T.T Lepas makan, pergi bergambar jap kat swimming pool. Lama giler weh tak mandi swimming pool! T.T

Lepas tu, terus gerak ke UiTM Segamat. Mak & ayah tak ikut, sebab ayah kurang sihat. Adik punya sesi kedua, kitorang sampai awal jugaklah. Adik pun bergambar sakan dengan kawan2 dia. Fatin lah camerawoman siapa lagi.

Fatin masuk dewan untuk mewakili mak ayah. Kiri kanan semua pakcik makcik, tetiba rasa muda sekejap :p Dewan dia kecik kalau compare dengan DATC Shah Alam, DATC tak payah cakaplah kan, memang besor. Bila tengok dewan ni, teringat dewan mrsm dulu huhu..




Adik suruh record video dia ambik diploma. Dulu waktu Fatin konvo pun, Faris yang tolong record video. Tu pun mula2 dia kelentong kata tak sempat record sebab ada orang mintak tolong ambilkan botol air tergolek bawah kerusi. Rupanya betul pasal botol tu, tapi video tetap ambik. :)

Congrats Faris! Sekarang tengah sambung degree in Mechanical Engineering, tak sabar nak tunggu nect konvo, insya Allah satu family boleh datang kat DATC Shah Alam nanti! :)

Habis majlis, balik ke hotel & check out. Lepas tu balik KL. Sempat singgah Medan Selera Segamat dulu lunch, makan nasi campur. Walaupun 2 hari cuti, rasa macam sehari je, tak cukup, nak cuti lagi T.T

Kasi chance, asasi dulu takde konvo:p

p/s:
Nak pergi Kundasang, teringinnn..
Kumpul duit banyak2 untuk holiday, tapi tak dapat cuti pun tak guna T.T

2 comments:

  1. cantik gambar kat railway tu 😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ, actually risau takut kalau keretapi datang hehe

      Delete