Wednesday, April 19, 2017

Belajar Optometri Part 2




Assalamualaikum :)


Throwback gambar zaman study

Lamanya tak update blog, busy memanjang.. T.T

Fatin dapat banyak komen pasal Optometri ni, kat entri Belajar Optometri, boleh klik tajuk tu untuk baca. So, Fatin pun buat satu entri sambungan, untuk menjawab soalan2 mereka yang bertanya.
Ada yang nak tengok course outline sebab nak apply UPU. Sorry ya adik, akak baru dapat update bog harini. Fatin share Fatin punya dulu, tapi rasanya ada lagi subjek baru yang ditambah kalau tak silap untuk junior.





Total semester Ijazah Sarjana Muda Optometri ni ada lapan, kira 4 tahunlah. Praktikal ada dua, kat hospital sebulan, kat kedai cermin mata sebulan. Ada yang tanya, kena strong subjek apa? Semua kena strong, sebab semua berkait dalam optometri ni. Contohnya, biologi (subjek anatomi & fisiologi), kimia (subjek biokimia), fizik (subjek optik, visual optik).


Throwback waktu 2nd year ;)

Lepas grad nak kerja apa? Kerja sebagai optometrist.
Boleh kerja kat hospital (Jabatan Oftalmologi).
Boleh kerja kat Klinik Mata.
Boleh kerja kat kedai cermin mata (optical shop).
Boleh kerja dengan supplier lenses or contact lens (lebih kepada jualan)

Lagi satu, optometrist ni BUKAN doktor mata ya, kalau doktor mata (ophtalmologist) kena belajar medik dulu then sambung pakar. Nak tahu apa beza Optometrist & Ophthalmologist? Boleh baca klik entri ini - > Ophtalmologists, optometrists, opticians, orthoptists, who are they?

Fatin sekarang kerja di kedai cermin mata. Dah nak masuk setahun setengah, alhamdulillah, perjalanan masih panjang. Baru2 ni ada keluar kat IIUM Confessions berkenaan Optometrist. Ada orang pandang rendah dengan orang yang kerja kedai ni. Disangka hanya lulusan SPM, tapi bila sebut tang gaji, terbeliak biji mata, baru cakap2 elok2, siap berminat nak anak ambil course optometri. Jangan macam tu ya, jangan pandang rendah dekat orang lain :)

Tapi sebenarnya bukan mudah nak jadi Optometrist ni. Optometrist bukan sahaja kerja 'tukang check mata' sahaja, kena jual cermin mata juga seperti sales assistant. Optometrist juga kena turut sama buat 'cleaning' kat kedai, sapu lantai, mop dan lap cermin. Optometrist juga kena buat kerja2 seperti kira stok, baiki cermin mata, dan macam2 lagi.

Lagi satu, sabtu ahad kena kerja. Yup bukan Optometrist sahaja yang kerja sabtu ahad, orang lain yang kerja retail pun macam tu. So macam Fatin, memang tak dapek nak attend kenduri kahwin kawan2, melainkan cuti diluluskan oleh bos. Biasanya sabtu ahad memang kerja, kami akan cuti weekdays. Best jugak cuti weekdays, pergi jenjalan lengang je hehe.. Cumanya takde orang nak teman, adik sekolah, kawan2 kerja.

Sementara masih bujang trang tang tang ni, Fatin kerjalah selama yang boleh. Tak tahulah kalau kahwin nanti macam mana, harap dapat suami yang memahami kerjaya ni. Tapi kalau suami suruh berhenti kerja boleh jugak, boleh jadi suri rumah! Eh, dah jauh berangan tu.. Bakal suami pun tak jumpa lagi, tolong doakan eh.. :)

Throwback gambar konvo

Okaylah sampai di sini sahaja, rasanya dah menjawab kot soalan2 mereka yang bertanya tentang optometri. Kalau ada lagi soalan, boleh komen ya, nanti Fatin free Fatin akan reply. :)

By the way, harini junior kak paten konvo, congrats korang! :D #uitmdihatiku

Thanks for reading this entry! :)

34 comments:

  1. My used to ambitionnn uhuhu saya tak dapat sambung course ni sebabkan peluang saya takde.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe, Allah tahu yg terbaik utk kita.. :) Macam saya pun, dulu ambition nk jd pharmacist, tp skrg jd optometrist :)

      Delete
  2. Hi Kak Fatin. Saya nak tanya.. Boleh tak kalau saya nak dapatkan email awak supaya saya boleh tanya few questions and tips tips on Optometri ni? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Farahin, awak boleh email soalan kat nams2992@gmail.com :)

      Delete
  3. peuang pekerjaan untuk optometri ni tggi tak ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorry zuhaileen, lmbt reply. yup peluang pekerjaan tinggi :)
      Terdapat 1,502 pegawai Optometri di seluruh negara setakat Julai tahun ini dengan 295 orang daripadanya berkhidmat di Kementerian Kesihatan, hospital pakar (42), hospital tanpa pakar (30) dan dua klinik kesihatan.

      Menurutnya nisbah pegawai Optometri di negara ini ialah 1:22,460 penduduk berbanding di negara-negara maju iaitu 1:8000 penduduk.

      Awak boleh tgk kat sini -> http://www.sinarharian.com.my/nasional/malaysia-lebih-ramai-pegawai-optometri-1.419796

      Delete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Agak2 kalau pointer 2.97 boleh dpt tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak pasti, sebab saingan sekarang sangat sengit.

      Delete
  6. Assalam kak fatin..saya dak uitm dengkil,asasi sains..nak tanya someting,ada interview x untk msuk course ni x?dan akak ada kenal x mna2 kwn akak atau akak ade tahu berkenaan course fisiologi yg uiym twarkn ni sebab sya ada perasan yg syarat kelayakan untuk msuk sna hnya untk budak lepasa stpm na asasi only?betul ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam, zaman akak takde. akak tak sure sekarang ada ke tak. Sorry takde kawan fisiologi huhu

      Delete
  7. Assalamualaikum akak, saya nak tanya, betul ke kalau ambik optometri sekarang ni, dah tak boleh kerja dengan kerajaan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam, yup, buat masa sekarang pengambilan dibekukan, tiada kekosongan.

      Delete
  8. Assalamualaikum nak tanya, requirements untuk optometri berapa ye gcpa?

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum nak tanya, requirements untuk optometri berapa ye gcpa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam, sis boleh baca requirements kat entri ni :)
      http://nurfatinatikahmohdsharudin.blogspot.com/2015/03/belajar-optometri.html

      Delete
  10. Assalamualaikum akak. Saya mcam berminat nak sambung opto. So far akak dah hampir 2 tahunlah bekerja. Gaji berapa ye? And saya teringin nak baca entry akak yg baru utk pengalaman akk so far di kedai spec hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam, gaji tu soalan sensitif, yang akak boleh cakap, fresh grad optometrist anggaran gaji dalam 2.6k sehingga 2.8k bergantung kpd company.

      Delete
  11. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  12. Lagi satu soalan. Utk bekerja opto under kerajaan dah takde ke or tak dibuka? Boleh beri pencerahan ttg ni tak?

    ReplyDelete
  13. Boleh ke kerja part time sebagai optometrist.. Adakah diterima di hospital atau kedai cermin mata untuk pekerja part time?

    ReplyDelete
    Replies
    1. untuk part time optom, kat kedai cermin mata ada, buat locum untuk sehari. kalau part time kat hospital saya rasa takde.

      Delete
  14. Hai, sekiranya Saya Dari busnes class tak amik sains ni boleh apply tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai, saya tak mcm tak boleh, sebab kalau syarat diploma, diploma berasaskan sains. boleh rujuk entri saya -> https://nurfatinatikahmohdsharudin.blogspot.com/2015/03/belajar-optometri.html

      Delete
  15. Hye akak, saya lepasan matriks modul 2 so kalau takde belajar sub biologi boleh ke? Sebab tengok requirement takde ckp pasal sub biologi + pointer saya 3.13 huhu terima kasih kak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai, sorry lambat reply, boleh, sebab ada kawan akan matrik dia ambil sains fizikal, tak belajar biologi jugak.

      Delete
  16. Hye nak tanya ..kalau nak smbung ambik optometri ni..keputusan spm at least kene past ape ye?

    ReplyDelete
  17. Hye nak tanya ..kalau nak smbung ambik optometri ni..keputusan spm at least kene past ape ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai, sorry lambat reply, boleh tengok syarat kelayakan di entri ini: https://nurfatinatikahmohdsharudin.blogspot.com/2015/03/belajar-optometri.html

      Delete
  18. hello kak nak tanya bekerja opto under kerajaan masih terhad kee kak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup, terhad, kedai cermin mata yang banyak :)

      Delete
  19. Hye kak , saya nak tnye klau dari diploma sains nak sambung degree opto nie , die maseh tengok result spm ke ? Sebb saya fz ,bio and chemist B+ tapi addmath c+, bole ke ?

    ReplyDelete
  20. Salam akak, sekarang pengambilan dalam kerajaan macam mana? Sangat terhad lagi ke?

    ReplyDelete