Thursday, December 22, 2016

Review: Kanta Eyezen




Assalamualaikum :)

Sebelum ni Fatin pernah share entri pasal My Special Spectacles, kali ni cermin mata baru, khas untuk blogger macam saya, dan korang yang tengah baca blog ni kat handphone, laptop, tab, etc.



Kenapa Fatin cakap untuk blogger? Sebab blogger ni kan menghadap komputer memanjang, duk taip entri, edit gambar, publish, blogwalking. Bila bosan, layan drama korea pulak, yang tu tak payah cakaplah, tak sedar masa berlalu..

Bila dah memanjang duk hadap komputer, mulalah mata kering, eye strain & pening kepala. So, penyelesaiannya kita pakai cermin mata yang mempunyai cermin untuk relaks dan melindungi mata kita yang sangat berharga ini. Ada banyak brand, antaranya Hoya Remark dan Essilor Eyezen. Yang Fatin pakai sekarang ni Eyezen.

Okay nak cerita pasal Eyezen ni. Pertamanya, Eyezen ini ada lapisan biru (blue coating) yang melindungi mata kita dari cahaya biru (blue light) yang berbahaya. Tahukah anda semua gajet yang anda pakai termasuk handphone, tab, laptop, malah TV jugak memancarkan cahaya biru ini. Bahaya ke cahaya biru ni? Yup, kajian ada mengatakan blue light ni menyumbang berlakunya Age Related Macular Degeneration (ARMD). ARMD merupakan sejenis penyakit yang merosakkan bahagian sentral / tengah penglihatan. Kita perlukan penglihatan sentral untuk membuat aktiviti seperti membaca, mengenali wajah seseorang dan sebagainya.

Ada sesetengah orang tak suka apa cermin nampak biru2 ni tak cantik nak ambik gambar. Yup, tapi perlu diingat, kesihatan mata lebih penting dari itu :) Tapi korang boleh elak untuk nampak biru2 tu dengan mencari angle yang takde biru, alah macam korang cari angle nak nampak kurus bila selfie tu :p

Next, cermin ni ada power extra kat bahagian bawah untuk memberi keselesaan bila kita guna gajet. Mata kita lebih relaks bila menggunakan segala gajet yang ada. In short, Eyezen helps to relax and protect your eyes from digital screens! So blogger2 sekalian, atau yang suka guna gajet 24/7, korang kena beli cermin INI! Untuk details korang boleh baca kat bawah ni :)





Untuk frame, Fatin pilih frame agak bulat. Sekarang kan trend spec besar2, bulat2, so Fatin nak try jugaklah mengikuti arus semasa, tapi tak confident nak pakai yang betul2 bulat dan besar, so pilih yang sederhana sikit. Kawan2 sekerja pun kata okay, so Fatin pilihlah frame Gorgin ni.


By the way, tips untuk pilih spec untuk wanita bertudung, yang tak nak tudung kembang semangkuk bila pakai spec, korang pilih frame yang saiz diameter lens kecik, contohnya 50 dan ke bawah, or depends on saiz muka korang jugak. Tau tak macam mana nak tengok saiz cermin mata macam mana? Boleh tengok gambar ni.

Lens diameter cermin ini 52
Untuk yang nak tahu muka korang sesuai dengan frame apa, boleh tengok entri The Perfect Frame for YOU! :) Secara keseluruhannya, kanta Eyezen banyak membantu relakskan mata Fatin bila duk hadap gajet 24 jam! Mata lebih selesa. Tak lupa juga follow 20-20-20 rule! :)


Sampai di sini sahaja coretan optometrist pada kali ini, sayangilah mata anda dan buatlah pilihan yang terbaik! Oh ya, kalau nak beli cermin mata baru, jemput datang ke Menara Optometry Wangsa Melawati!


UPDATE 1/3/2017

Sekarang tengah promosi awal tahun! Korang boleh dapatkan sepasang cermin mata dengan harga RM499 sahaja! Sekali bingkai dan kanta Eyezen ni! Korang boleh jimat sehingga RM300! Cepat, promosi tamat 31 Mac 2017! Segera ke Menara Optometry berdekatan atau terus ke Menara Optometry Wangsa Melawati! :D


Thanks for reading this entry! :)

No comments:

Post a Comment