Thursday, October 20, 2016

Review Naarabelle Facialspa Setapak




Assalamualaikum :)

Pagi tadi Fatin dengan mak pergi facial kat Naarabelle Facialspa. Biasanya kitorang facial kat Amaryllis Spa kat Gombak, lepas branch Gombak tutup, kitorang pergi kat Wangsa Maju, boleh tengok review kat SINI.

Naarabelle Facialspa terletak di Pusat Komersial Setapak, deretan shoplot betul2 berhadapan dengan Setapak Central (dahulunya KL Festival City). Dah aim dah lepas habis facial nak pergi Setapak Central sebab dah lama tak pergi..

Kitorang book appointment pukul 10 pagi sebab 11 pagi dah penuh. Kitorang gerak dalam 9.40 pagi & sampai sana 9.55 pagi, spa pun tak bukak lagi haha, beria takut sesat or tak jumpa, sekali terus jumpa, tepi jalan je.


Bagi yang duduk jauh boleh waze Naarabelle Facialspa Setapak. Spa ini dibuka setiap hari dari 10 pagi hingga 8 malam. 



Spa ini diasaskan oleh pengasas Bella Ammara, Belle Al-yahya. Belle sekarang dah meluaskan cabang perniagaannya. Fatin sukaaa Belle ni, cantik <3 

Belle takde, gambar je ada hehe
Masuk je spa, terus isi borang, baca majalah sementara tunggu therapist panggil.





Naarabelle Spa ni baru launch 15 september yang lalu, dan dibuka pada 16 september. So sempena opening ni banyak promosi yang ditawarkan, antaranya Flawless Angel Facial bernilai RM50 sahaja, inilah yang kitorang pilih untuk hari ini.


Flawless Angel Facial ni merangkumi 4 steps, deep cleansing, steaming, microdermabrasion & Omega LED mask dalam 30-45 minit. Bagi Fatin overall okay, Fatin suka part microdermabrasion, tak sakit macam normal extraction of white/black heads yang macam toreh kat muka tu, sebab dia
sedut white / black heads.



Omega LED mask
Yang Omega LED mask tu Fatin tak rasa sangat apa kat muka, sebab LED light kan. Omega Rejuvenation Light atau lebih dikenali dengan LED face mask, adapted dari teknologi NASA untuk galakkan pertumbuhan kolagen dan membunuh bakteria2 pada kulit wajah. Treatment ni agak popular dalam kalangan artis2 Hollywood. Kalau normal price kat sini RM75.

Overall semua okay, good service, staf semua peramah, deko spa cantik, muka pun flawless :)

Ruang menunggu
Excuse my cheeks -.-
Insya Allah next month datang lagi sebab promosi tu sampai 30 November, jimat dan berbaloi!
By the way, review tak berbayar ye, honest review from me :)

Korang boleh usha jenis facial yang lain kat FB or IG Naarabelle Facespa. Thanks for reading! :)

No comments:

Post a Comment