Friday, April 01, 2016

Unplanned holiday in Terengganu




Assalamualaikum :)

Lamanya tak update blog, lately ni banyak kerja direct 4 or 5 hari, so bila cuti je marathon drama melayu & drama korea, Descendant of the sun! Dah lama tak tengok drama korea, tengok hero heroin cute, jalan cerita pun best, on je lah :)

Okay berbalik kepada unplanned holiday, selepas kenduri sepupu kat Kedah hari tu, kenduri menyambut menantu diadakan di Terengganu. Tapi Fatin tak dapat pergi sebab kena kerja :( So mak, ayah, maksu, atuk dan adik je pergi. Kenduri hari isnin, cuti sekolah kan. Tapi diorang gerak sabtu sebab boleh jalan2 sekitar Kuala Terengganu, Masjid Kristal, Taman Tamadun Islam, dan lain2.

Unfortunately, hari ahad ayah tak sihat, muntah2 dan terus dimasukkan ke dalam ICU selepas pergi bahagian kecemasan di Hospital Sultanah Zahirah. Paru2 ayah masuk air, sebab ayah lambat buat CAPD. So badan dah penuh air termasuk paru2.


Then, hari isnin tu, Fatin ikut kakak dan abang ipar ke Terengganu. Abang gerak pagi2 lagi. Kakak lagi sorang naik flight dengan abang ipar dan anak buah. Kitorang sampai dalam kul 4.30pm. Check in hotel then terus ke hospital. Waktu melawat start kul 5 -7pm. Untuk ICU, hanya 2 orang sahaja sekali masuk dengan pas masuk.


Bila masuk kat ICU, tu tengok ayah terbaring lemah sebab dis diberi ubat pelali malam tadi sebab dia meronta-ronta semalam kata mak. Kata doktor, ayah perlukan cucian sebanyak 30 kali untuk keluarkan air dalam badan.


Alhamdulillah hari selasa tengah hari kami melawat ayah, ayah sudah boleh bernafas tanpan bantuan alat pernafasan. Ayah boleh transfer ke wad biasa pada sebelah malam.

Selepas melawat ayah, kami ke Giant KT untuk lunch, atau tujuan lainnya melawat my bestfriend GBM kat situ. Baru je whatsapp dia sabtu lepas yang aku sedih sebab tak dapat ikut pergi KT, redha je. Tup tup sampai jugak aku ke Terengganu ni. Dulu masa kecik2 pernah pergi tapi tak ingat  yang aku ingat aku ada baju t-shirt yang tertulis 'Rantau Abang Destinasi Penyu'. Tahun bila idok ingat.

Sampai je kat Giant tu, terus serbu kedai spec. Lepas rindu dengan Mekna merangkap my exroommate, exclassmate, bestfriend. Insya Allah jumpa lagi konvo nanti :)


Actually takdelah holiday sangat pun, just berjalan-jalan di sekitar Pantai Batu Buruk, menghirup udara segar sambil menikmati pemandangan laut yang berwarna biru kehijauan.


Kemain abang sado tu posing ;)
Tengok ada kanak2 bermain layang2 dengan penuh kegembiraan. Sempat jugak makan di gerai berdekatan, makan char kuey teow dan keropok lekor serta coconut shake.

Cantiknya layang2 colourful tu!

Sebelum pulang ke KL, sempat berjalan-jalan di Pasar Payang dengan abang dan mak. Mak beli baju kaftan manakala aku beli kerepek pisang je hehe.. Abang belanja air cawan besar green tea ais & durian crepe, thanks bro! :)

Telur penyu
Abang sempat snap masa orang tengah pilih baju, tanpa disuruh ye.. ;)
Gigih snap masa otw balik hotel walaupun tengah2 cuaca panas
Alhamdulillah, sekarang ayah dah sihat, semoga beliau dan mak terus sihat, amin.. Actually sedih bila mendengar mak cerita waktu kat kecemasan tu, mak tak tidur semalaman, mak menangis tengok ayah sesak nafas, mak kata keadaan ayah waktu itu seperti keadaan arwah nenek. Aku faham keadaan mak, aku tahu mak kuat. Semoga mak, ayah dan semua family dikurniakan kesihatan yang baik, insya Allah..


The most important time is family time <3
By the way, yeay dah masuk april! Insya Allah 29 April bakal menjadi hari jubah aku dan rakan2 optometrist yang lain. Jemput datang memeriahkan majlis, jangan lupa bawak bunga, sekuntum pun jadilah, tak pun coklat seketul, haha demand pulak :p Gurau2, jangan ambil serius :)

Countdown :D

No comments:

Post a Comment