Tuesday, February 02, 2016

[Review] Sedap ke Boat Noodle?




Assalamualaikum :)

Kita kembali dalam episod 12 dalam rancangan Jalan2 Makan2 bersama Fatin ;)
Untuk episod sebelum2 ni, boleh klik label JJMM kat belah kanan blog :)

Boat Noodle atau nama melayunya Mee Sampan, yang asalnya dari Thailand.
Sekarang dah ada banyak cawangan, antaranya Publika, Berjaya Times Square, Empire Damansara, Ikon Cheras, Klang Parade, Sunway Putra Mall dan banyak lagi. Fatin selalu pergi kat Publika, sebab tu paling dekat dengan rumah :)

Sedap ke Boat Noodle?


Fatin dah makan tiga kali kat sana. So? Means sedaaap!
Bagi Fatin sedap, ada jugak orang yang tak suka macam my little sister, itu taste masing2, lain orang lain taste bud kan :) Dah pergi tiga kali baru nak update blog. Maklumlah iolls busy kerja pagi sampai malam. Offday baru dapat on laptop. :)

Menu boat noodle hasil ehsan google
Satu mangkuk comel tu berharga RM1.90, ada mee cinonet. Ada yang cakap sekali ngap dah habis. Tapi Fatin makan banyak kali ngap baru habis. Sebab jenis makan cermat kot :p


Mee tu ada beef and chicken. Rice noodles dia macam ala2 laksa yang jenis basah (bukan yang kering yang kena rendam). Kuah ada yang pedas (Ayutthaya) and biasa (Pathumthani). Fatin asyik lupa je yang mana satu yang pedas and tak pedas. So kalau nak order, order je dua2 :) Sekarang dah ingat senang nak order. Fatin tak suka sangat makan pedas, tapi still order jugak semangkuk dua hehe.. Lagi satu ada jenis egg noodles, mee dia macam maggi, ada try sekali, tapi macam rice noodles is better :)

Egg noodles
Air pulak Fatin suka Ice blended Thai Green Tea. Sedap giler weh! Fatin dah terjebak penangan green tea dari kakak, haha.. Dia peminat setia green tea, sekarang Fatin pulak ;) Waktu first time dulu, Fatin order Cha-Yen (Thai Ice Tea), sedap jugak! Tapi tak boleh lawan green tea yang sodap tu :)


Masa first time pergi tu dah ada menu baru, Sangkaya. Tapi masa tu tak available. Sedih giler, dah la kempunan.. Second time pergi baru ada rezeki. Sedap giler Sangkaya tu, steamed bread dia lembut giler, kaya pulak lemak manis, gabungan yang meletop kebabom! :D

Kaya dia penuh santan
Muka happy dapat ngap sangkaya ;)




Ada satu lagi dessert, nama dia Ka Num Tuay, rasa dia macam kuih macam tepung pelita, sedap jugak, tapi tak boleh lawan tepung pelita paya jaras, tetiba.. ;)



Fatin ada la snap beberapa gambar sebelum makan. Then, tengok instagram boat noodle ada contest. Apa lagi, gunakan gambar yang dah ada untuk join contest, mana tau kot ada rezeki.


Alhamdulillah, menang voucher RM50 dari Boat Noodle!



 Seronoklah dapat makan free! So kali ketiga ni Fatin bawak adik pergi makan. Dah dua kali pergi dengan kakak, pergi dengan adik pulak :)



Bagi yang belum try lagi Boat Noodle, try jangan tak try! :D

8 comments:

  1. Miss, sya nk tya ttg course optometris boleh tak? Harap² boleh la. Heee.

    ReplyDelete
  2. sedapnya.. done folo, folo me back ;)

    ReplyDelete
  3. gambar je pon dah cukup sedap...hihi.. btw salam kenal n follow sini #336

    http://byshaz.blogspot.my/2016/02/ibu-breastfeed-wajib-ada-benda-ni.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks, done follow #99, salam kenal :)

      Delete