Kadang2 kita ini suka bercakap ikut sesedap rasa dan bicara.
Contohnya, kita kata kita setia dengan pasangan kita, sehidup semati.
I mean pasangan suami isteri, bukan bf gf.
Tapi itu ketika kita belum diuji..
Saat kita diuji..
kita mungkin boleh berubah hati, apabila datang seseorang lelaki yang lebih warak, kaya, baik daripada pasangan kita.
Mungkin 1st try tak jadi, tapi 2nd and 3rd mungkin cair jugak kan..
Saat itu kita sedar langit tinggi rendah..
Contoh lain, kita cakap kita ni tahu jaga diri. Tak nak bercinta cintun.
Tapi itu ketika kita belum diuji..
Saat kita diuji..
mungkin kita lebih teruk daripada orang yang bercinta cintun. Siapa tahu kan?
Contoh lain, kita cakap kita tak nak poligami, sanggup tuntut fasakh kalau suami poligami.
Itu ketika kita belum diuji.
Saat kita diuji...
Mungkin kita lebih rela dimadukan kerana tak sanggup kehilangan suami.
Bahkan lagi dengan anak2 yang bakal membesar tanpa seorang ayah.
Kesimpulannya, main point kat sini, kita elakkan daripada bercakap besar, kerana kita tidak tahu apa akan jadi bila kita diberi ujian kelak. Namun, setiap kesusahan akan ada kemudahan di akhirnya, insya Allah..
Apapun, semoga kita sentiasa kuat dan tabah menghadapi segala ujian dan dugaan daripada Allah. Apapun ujian yang Allah berikan, Allah jualah yang memberi jalan penyelesaian kita.
Semoga kita sentiasa mengingati Allah ketika susah dan senang, insya Allah..
Segala peringatan ini untuk diri sendiri jugak.. Wallahualam..
ehsan google |
p/s:
Terasa terlebih matang pulak bila taip entri macam ni, iyalah sebab orang yang menyampaikan nasihat ini pun orang yang terdahulu makan garam. Mungkin boleh dijadikan panduan kelak :)
betul2.. so besederhanalah selalu.. apa kite cakap x kan sama bila kite diuji
ReplyDeleteyup, thanks 4 reading :)
Delete