Wednesday, September 10, 2014

Nak ajak anda check mata, JOM?




Tajuk kemain straight to the point :p

Alhamdulillah, start sem ni dah bergelar final year optometry student.
So, sem ni banyak subject clinical, jadual penuh dengan klinik, kuliah ada 3 subjek je, 5 lagi klinik, posting dan dispensing (potong spek).

Dah namanya klinik, mesti ada clinician and patient kan, so Fatin nak ajak anda yang baca entri ini, tak kira orang awam, dari kanak2 hinggalah warga emas, atau student mana2 universiti, asalkan anda boleh datang ke Klinik Optometri UiTM Puncak Alam untuk check mata, anda sangat dialu-alukan untuk hadir.



Di sini Fatin dan sertakan beberapa soalan lazim berkaitan pemeriksaan mata :)

1. Free ke check mata ni?
Yup, free, percuma. Kami pelajar optometri yang akan periksa mata anda di bawah pengawasan supervisor kami.

2. Kat klinik optometri ni check rabun je kan? Saya dah check dah kat kedai spek.
Bukan itu sahaja, kami menjalankan pemeriksaan mata secara menyeluruh, bermula dengan tahap penglihatan (visual acuity), power mata (refraction), pemeriksaan bahagian depan mata (adnexa) menggunakan slit lamp, rabun warna, stereoacuity test (3D), kesihatan bahagian belakang mata (retina) dan banyak lagi.

3. Saya tak rabun, buat apa nak check mata lagi?
Jawapan sama seperti no 2.

4. Saya dah check dah semester lepas, takkan nak check lagi.
Pemeriksaan mata ini lebih kurang sama dengan pemeriksaan gigi, check enam bulan atau setahun sekali bagi yang tiada masalah mata, tapi kalau bagi yang ada masalah, untuk follow up bergantung kepada masalah.

5. Boleh buat spek terus ke kat klinik?
Boleh, kami bukan sahaja ada klinik, tetapi juga optical shop di sini yang dikenali sebagai Ui Vision. Tapi jika anda tidak mahu, kami boleh berikan slip prescriprion untuk anda beli dekat optical shop yang lain.

6. Ada diskaun tak buat spek?
Ada. Untuk bingkai (frame) kami beri 20% diskaun, untuk cermin (lenses) kami beri 30% diskaun.

7. Hari apa boleh check mata eh?
Untuk semester ini, hari Isnin, hingga khamis sahaja. Hari jumaat kami ada kelas :)

8. Pukul berapa start?
Klinik dibuka pada jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang. Sesi pemeriksaan mata ada tiga iaitu:
- 9 pagi - 11 pagi
- 11 pagi - 1 tengah hari
- 2.30 petang - 4.30 petang

9. Kena buat appointment ke terus datang (walk in)?
Sebaiknya anda buat appointment dahulu dengan menelefon 03-3258 4514.
Jika anda terus datang, kami risau jika tiada kekosongan, masa terbazir begitu sahaja.
*Kalau ada kenalan sesiapa, boleh beritahu nama pelajar, cakap nak check mata dengan dia. Nanti kami masukkan nama pelajar tersebut dalam sistem. Contohnya, beritahu mereka nak check mata dengan Fatin, hehe

10. Berapa lama tempoh masa nak check mata ni, lama ke?
Kalau ikutkan tempoh setiap sesi, 2 jam. Tetapi kami akan cuba menghabiskan dalam masa 1 jam setengah untuk supervisor menilai.

Sekian 10 soalan yang seringkali ditanya bila Fatin ajak kawan2 check mata. Kalau ada soalan lain, boleh komen di bawah atau pm saya di fb atau emel kat nams2992@gmail.com. Thank you! :)
Valid until 19 June 2015 :)

Update 20/2/2017
Fatin sekarang dah kerja sebagai Optometrist, tapi klinik optometri masih dibuka seperti biasa. Jemput datang! Apapun better call dulu untuk buat appointment, thank you.


   “Ingatlah bahawa hanya anda boleh menyelamatkan daya penglihatan anda.”

18 comments:

  1. Td bru perasan ada klinik mata kt fsk tu....hahaha
    Nk tanye harga market skang brapa lau nk nipiskan lense n power yg kuat lau nak buat spek bru..sje tanye sbb dh lama x buat spek... dh 4/5 tahun rasenya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. depends on power & jenis lens jgk, kat klinik ktorg dpt diskaun lens 30%, jemput dtg ke klinik opto utk lebih lanjut, tq :)

      Delete
  2. Replies
    1. Boleh, tapi bermula september sebab student skrg cuti sem.

      Delete
  3. Boleh kongsi jadual operasi untuk tahun 2017

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jadual operasi sama seperti biasa, cuma skrg student tgh cuti sem, awal bulan 3 nanti baru start semula. Apapun, better call dulu utk appointment, tq.

      Delete
  4. Blogger boleh guna lagi tak? Pasal tak di balas

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum tolong bagi jadual operasi tahun 2017

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam, maaf lmbt reply. skrg dah jarang bukak blog, busy kerja. Jadual operasi sama seperti biasa, cuma skrg student tgh cuti sem, awal bulan 3 nanti baru start semula. Apapun, better call dulu utk appointment, tq.

      Delete
  6. Slm fatin, check mata masih free ke? Hihi akk ingt nk cek mata la, asek sakit kpala belah kiri n mata kiri rasa sakit,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam, yup, free. Akak boleh dtg ke Klinik Optometri UiTM Puncak Alam. Tapi better call dulu utk buat appointment :)

      Delete
  7. Fatin, call klinik tak pernah berjawab.. Ada cara lain tak? Or fatin boleh tlg arrange kan.. Huhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat masa skrg ni, student tgh cuti sem, encik boleh dtg or call awal bulan september nanti :)

      Delete
  8. Optometri ni kerja ape. Doktor mata ker ape kak fatin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Optometrist bukan doktor mata. Doktor mata adalah Ophthalmologist. Optometrist lebih kepada prescribe spec & contact lens. Untuk detail, boleh baca di entri ini -> https://nurfatinatikahmohdsharudin.blogspot.com/2013/04/ophthalmologists-optometrists-opticians.html

      Delete