Penggunaan baucar buku dah tamat pada 31 Julai lepas. Fatin dah selamat beli novel, buku panduan dan lain2. Tapi agak terkilan bila last minute guna baki baucar buku tak dapat beli alat tulis. Nasib sebelum arahan pembelian buku sahaja itu dikeluarkan, sempat jugak beli alat tulis dan lain2.
Antara novel yang dibeli adalah Memang Dia Orangnya! Fatin simpansekeping baucar buku RM50 semata-mata nak beli novel ni. Sekali lagi bagitau, Fatin ni memang jenis tak suka beli novel, tapi suka baca je. My sis, Hidayah yang suka, tapi dia tak baca sangat, duk bersusun dalam rak buku kat rumah, apa lagi, Fatin yang jadi tukang bacanya!
Sebabnya Fatin tak tahu mana novel yang best. Takut nanti kalau beli, tak best, lepas tu menyesal. So, Fatin beli novel yang ditulis oleh orang yang Fatin kenal je. Contohnya, Weeda Airiza!
Merata Fatin cari novel ini, idokler tak jumpa2, akhirnya jumpa kat MPH Jusco Wangsa Maju.
Fatin dah ada semua novel dia, dari Nyanyian Syahdu, Sayang 3 dalam 1, Cinta2u.my dan yang paling terkini Memang Dialah Orangnya!
Meh Fatin bagi review sikit, hehe..
Novel ini mengisahkan Azeem Hafiz dan Safiya Thihani yang jumpa 1st time di hadapan pintu pak guard universiti. Suka nama Safiya Thihani ni :) Naik bas sama2, peristiwa tayar bas meletup, mereka menyenangi antara satu sama lain. Jatuh cinta pandang pertama, diorang terus berjanji setia pada hari tu, untuk berjumpa lepas final exam.
Tapi, pada hari dijanjikan untuk bertemu kembali itu tiba, Azeem mungkir janji dan hilang macam tu saja. Hani pasrah dan frust. 10 tahun kemudian, mereka ditakdirkan berjumpa, Azeem menjadi pengurus pembinaan spa mama Hani dan Hani yang perlu mewakili mamanya untuk projek ini. Mereka kenal tetapi mereka buat2 tak kenal.
Azeem tak berani nak menceritakan hal sebenar kepada Hani kenapa dia tak dapat datang pada 10 tahun lepas. Ditambah pulak Hani dah mempunyai teman lelaki, Nazmi yang mengaku tunangnya. Dipendekkan cerita, Nazmi seorang yang panas baran dan bertindak luar jangkaan, membuatkan Azeem risau dengan keadaan Hani.
Nazmi juga merancang sesuatu untuk memisahkan Azeem dan Hani. Namun, kata orang, kalau jodoh tak ke mana. Happy ending! Tu je mampu cakap. Pertemuan Azeem dan Hani jugak ada hikmahnya. Keluarga Azeem kembali bersatu, kawan diorang jugak dapat jodoh.
Bagi Fatin, watak Azeem Hafiz ni sangatlah baik. Hero novel favourite lah! ;) Baik, suka budak2, cakap pun perkara yang baik2, jaga pergaulan, semua yang baiklah. Kemain aku puji si Azeem ni :p
Safiya Thihani pulak jenis sabar, setia kat bf dia si Nazmi tu, walaupun Nazmi pun perangainya kekadang sakit hati pun ada. Tapi kalau sampai tengking, tarik tudung, memang angkat kaki la kan. Sabar pun ada levelnya, kan?
Satu lagi Fatin suka novel ni sebab latar tempatnya hampir semua Fatin familiar; KL Festival City, Sri Gombak, OTK Gombak, Mid Valley, Greenwood, Simpang Tiga, yang Fatin tak tahu Kuantan & UiTM Seri Iskandar. Idokler pernah sampai kat situ. So bila banyak tempat yang Fatin tahu, feeling novel tu sampai lah, kira masuk betul2 ke alam novel tu :p
Okay, sebelum korang nak pergi beli novel ni kat kedai buku, korang boleh tengok teaser novel ni. Ha, satu lagi kelainan dari Kak Deeda, novel dia ada teaser tau, macam trailer filem. Bukan novel ni je tau, ada lagi novel Sayang 3 dalam 1 dan Cinta2u.my pun ada trailer. Jemput tengok kat youtube :)
Last but not least,
Happy Birthday to kak Deeda!
May Allah bless u always.. <3
Semoga akak terus success dalam kerjaya & life!
Saya harap sangat novel akak dapat diadaptasikan ke drama / filem, insya Allah..
Review novel ni kira hadiah dari saya sempena birthday akak tau :D
No comments:
Post a Comment