Sunday, August 31, 2014

Car Boot Sale vs Garage Sale

Selamat hari kemerdekaan yang ke-57 buat Malaysia!
Alhamdulillah, dah 57 tahun kita merdeka :D

Sempena cuti umum ini, moh ler kita publish satu entry. Sebenarnya tengah mengalihkan diri dari stress sebab nak present next week. Pening pilih tajuk. Sambil merehatkan diri, jari jemari terasa nak menaip, sekali lagi entri throw back. Ini semua sebab mood blogging datang, so marilah kita raikannya ;) Tapi terselit jugak rasa malas, then buat 2 in 1 entry :p


Bulan puasa yang lepas, Fatin pergi jenjalan tengok2 Car Boot Sale kat Istana Budaya. Selesai tarawih terus gerak ke sana. Banyak jugak booth kat situ, orang yang datang pun ramai. Ada jual kasut, pakaian pre-loved items & new items, biskut,   Ada jugak artis2 yang bukak booth kat situ, antaranya Erma Fatima, Umie Aida, Betty Rahmad, Izzue Islam, Shiha Mentor, Kaka Ashraf, Karl Shafek dan ramai lagi.

Antara booth yang menarik perhatian
Duk round entah berapa kali tak ingat, tapi idokler pulang dengan tangan kosong. Idok tertarik nak beli barang. Jenjalan je lah area situ, yang Fedora my niece pulak seronok dapat jalan terkedek-kedek sebab situ kawasan lapang. Tapi dia jalan bukannya tengok orang, main redah je celah2 ramai orang. Orang pun kadang2 tak perasan kehadiran dia, nasib baik kakak bagi dia pakai kasut yang berbunyi tiap kali menapak tu, boleh buat orang perasan dia ada menyelit.. Riuh jugaklah bunyi kasut dia tu.. ;)

Tapi idokler takde apa yang dibeli kat situ. Just jalan2 makan angin je lah. Dapatlah peluang bergambar dengan pelakon Umie Aida yang cantik as seen on picture bak kata kakak. :)


Next cerita garage sale. Kakak sebelum ni dah pernah pergi Garage Sale Dena Bahrin dengan adik. Fatin jelah yang belum berkesempatan lagi. Bila Dena announce ada Garage Sale lagi, excited la mendengarnya! Fatin pun ikut kakak pergi rumah Dena kat Setiawangsa. Tak sangka kitorang orang pertama menjejakkan kaki kat situ. Memang 12.30 pm tepat kitorang sampai :p

Then, Dena keluar ajak masuk and start shopping! Ada banyak baju blouse, jubah, t-shirt, skirt, shawl, novel, kasut, dvd, cookies etc. Tak semua yang pre-loved item, ada yang baru jugak. Kakak beli wide shawl corak geometri, katanya dia ingat Dena ada buat ootd (outfit of the day) dengan baju tu. Okay kakak sangat mengikuti setiap ootd Dena. Dia boleh ingat shawl tu Dena pakai dengan baju & skirt labuh warna apa. :p

Fatin pulak setelah rambang mata pilih2 baju kat situ, akhirnya membeli satu floral blouse and skirt labuh. Lepas bayar apa semua, dapatlah snap pic dengan Dena. Btw, Dena ni sebaya kita tau, tapi dia nampak more matured sebab kahwin muda dan dah ada baby dah pun. Kira dia geng Irene Nadia dan Atita Haris jugaklah :) Aku ni yang perangai macam kanak2 ribena lagi :p



By the way, malam ni pun ada Car Boot Sale tapi versi Merdeka kat Istana Budaya malam semalam dan malam ni. Saja promote, ini bukan iklan berbayar ye :p


p/s: Lagi dua hari :p

No comments:

Post a Comment