Thursday, November 28, 2013

Ganggu orang makan

Situasi 1
Si A beli air, duduk nak minum, tetiba..
Si B datang, "nak sikit!" terus sedut air tu.
Si A terdiam. Tapi senyum.
Si B pulak, "Thank you!"

Apa pendapat anda?

Si A bagi air, tapi tak ikhlas? Tak sempat nak cakap boleh tapi air dah kena 'curik'.
Si B pulak, tak boleh ke tunggu orang kata boleh dulu baru minum?

Hmm.

Kita fikir positif sahaja, Si B tu dahaga, tak bawak air, tekak dia kering, so bagi je lah..
Kepada Si A, sabar je dengan orang macam tu.. Lain orang lain perangai.

Tapi, harus diingat, makanan yang dimakan itu akan jadi darah daging kita,
jadi jangan makan makanan orang tanpa kebenaran..

C ni lagilah lain perangai. Kes pelik.
Prinsip C, "aku makan, jangan sibuk, kau makan, aku tak sibuk".
Nampak macam kedekut, tapi memang sejak dulu C tak suka ganggu orang makan.
Dan.. janganlah kacau C makan.

Kalau orang offer makanan, C akan tolak,
tapi kalau kali kedua, C akan ambik sedikit sebagai tanda hormat.
Kalau orang tengah makan, makanan itu sedap bagi C,
C tetap takkan mintak, sebab hormat orang tu tengah makan.

C ini perlu belajar untuk berkongsi dan belajar untuk ikhlas.
Iyelah, kadang2 orang mintak sikit, tapi takkan nak kata tak boleh pulak, nampak benor kedekut.
Maka katakanlah boleh walaupun hati kata, "tak boleh, pergi beli sendiri".

Sejak duk asrama dulu, C dah belajar dah untuk share makanan dengan kawan2 sebilik.
Terus ke asasi dan ke universiti.
Tapi kadang2 datang jugak kes pelik tu.

Tapi dengan adik-beradik lain cerita.
C tak kisah nak berkongsi makanan.
Lagi suka adalah. Semua benda nak kongsi.
Maybe C sholud treat her friends same like she treats my family.
Disebabkan tak sayang kawan macam kawan family lagilah agaknya..

Tapi bukannya setiap masa kes pelik tu datang.
Ada jugak sifat ingin bersedekah itu datang.
Bila sifat bersedekah itu sampai, orang tak payah mintak, C dah offer.

Jadi, mana satukah anda?
A,B atau C?


Gambar hiasan

p/s: Tak tahu kenapa lately suka update blog guna nama A,B,C dan seterusnya..

2 comments:

  1. comel la suara adik erti surah al-fatihah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. comel kan, hehe.. 1st time dgr kat i-pad fedora :)

      Delete