Monday, June 03, 2013

Keep Calm & Vote For Izzue Islam

Tanggal 2 Jun semalam, pelakon dan juga ahli kumpulan Forteen, Izzue Islam selamat berkahwin dengan pasangannya Awin Nurin. Selamat Pengantin Baru Izzue dan Awin! :)




Semalam jugak birthday Izzue yang ke-23. Happy birthday Izzue, may Allah bless u..
Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki..
*semalam dah wish dah kat wall fb, hari ni wish lagi, hehe...

Sekarang ni Izzue semakin popular dengan drama adaptasi novel Sebenarnya Saya Isteri Dia bersama Tiz Zaqyah di TV3. Best sangat drama itu, tiap kali tengok mesti tergelak! :D




Dalam seronok2 itu, tetiba sedih sebab tak pernah jumpa & bergambar dengan Izzue. Ahli kumpulan Forteen lain dah pernah jumpa semasa Pelancaran OST filem 29 Februari dulu. Entri di SINI. Masa tu Izzue takda sebab shooting. Itulah kali pertama & kali terakhir Fatin bergambar dengan Forteen. *Biasa dengan kumpulan V.I.P je.. hehe.. Itupun, kak Meera ajak, thanks kak Meera :) Kumpulan Forteen pun mesra dengan peminat. Sebelum ini Fatin pernah jumpa Forteen masa KRU Paparazzi di Plaza Sungei Wang. Tapi tak berpeluang bergambar. Entri di SINI.



Btw, dalam banyak2 watak yang Izzue lakonkan, Fatin suka tengok watak Ammar lakonan Izzue dalam drama Aishiteru di TV9 dulu. Teringin nak ada bff macam tu.. Korang tengok tak drama itu? Best! Kalau belum pergi tengok on9, hehe..




Fatin suka sangat watak Ammar tu, then ada tanya Izzue masa chat dengan Forteen tahun lepas, 

then Izzue reply...



Selain itu, ada tengok Izzue berlakon dalam drama Tudung Tweet dan Senyuman di Kuala Lumpur. Itupun best! Lakonan Izzue & Sara Ali dalam drama Senyuman di Kuala Lumpur itu lawak & sangat best! Fatin entah berapa kali gelak dah.. Dan banyak lagi drama dan filem lakonan Izzue yang lain.

Ok, di kesempatan ini Fatin yang juga salah seorang fans Izzue ingin mengajak anda semua, fans Izzue Islam untuk mengundi Izzue untuk ANUGERAH BLOCKBUSTER 2.



Anda boleh pergi ke link INI untuk maklumat lanjut.


Di sini Fatin buat poster untuk anda, #izzuezers.
KEEP CALM & VOTE FOR IZZUE ISLAM :)
*sejak mula buat poster keep calm ni, asyik nak buat poster je, macam2, hehe*


p/s: 
Ramai fans Izzue retweet and favourite gambar ni kat twitter, tq uolls :)


4 comments: