Monday, April 08, 2013

Rindu Serindu-rindunya

Tajuk memang aku ambik daripada tajuk lagu Spoon - Rindu Serindu-rindunya.
Tapi rindu pada siapa?
Tett!
hehe :p

Rindu kat ramai orang sebenarnya.
Tapi di sini aku tujukan rindu aku kepada my niece, Fedora Erayna.
*Mesti korang kata nama dia pelikkan? Cer tengok apa maksud nama Fedora di SINI.*
Rindu sangat kat budak kecik tu.
Rindu dengar dia bubbling sehingga menyembur air liur. Cakap bahasa baby dia.
Rindu nak dukung, peluk, cium, cubit pipi dia.
Rindu!

Masa cuti sem lepas, ada la sikit pengalaman menjadi babysitter.
Dalam masa yang sama praktis jadi ibu untuk masa depan.
Masa kakak keluar rumah, jaga Fedora.
Bila dia menangis, bagi susu. Then tidurkan dia.

Ni gambar masa pergi jalan2 dgn kakak

Ada sekali tu, mandikan dia. Menangis punyalah kuat!

Ini bukan aku yang mandikan, tapi kakak.

Ada sekali tu, dia 'beyak'. Itu pun menangis tak hengat.
Mungkin sebab poo dia keras.
Then cuci & pakaikan dia pampers.

Inilah rupa budak yang suka menonton Upin Ipin kat ipad

Ada sekali tu, bagi dia makan. Yang ini memang aku takde bakat. Kakak suapkan dia, ok je.
Time aku suapkan, habis comot mulut dia, sampai ke hidung, dagu semua comot! :p
Tapi Fedora pun satu hal jugak, dia kadang2 pergi sapu mulut dia dengan tangan, lap ke baju, habis!
Itu semua kenangan yang terindah.

Lepas makan, dia hisap jari sebagai pencucui mulut :p

Fedora sekarang ada di Adelaide.
Kakak & abang ipar stay kat sana.
Kakak sambung master, abang ipar kerja kat sana.

Sekarang ni kitorang just contact via whatsapp.
Kak Ida ada send gambar & video Fedora.
At least terubat jugaklah rindu di hati.
Sebelum dia balik Aussie dulu, dia dalam proses nak merangkak.
Dia angkat punggung dia masa dia meniarap.
Fedora dah pandai merangkak! Comel je tengok dia merangkak.
Sekarang ni dia dalam proses nak berdiri pulak.

Antara latest pic yang kakak send via whatsapp
Aku teringin jugak nak ke Aussie sana.
Kalau ikut hati, nak sambung master kat oversea, Aussie ke, mana2 lah.
Kalau tak, honeymoon nanti lah ke oversea. Oppps! Terlebih sudah.

Kepada Kak Ida, sila kirim salam peluk cium Cik Tin kepada Fedora! :)

Bukan sahaja iolls suka CalaQisya, si kenit tu pun teruja! 

Bukan senang nak amik gambar dia senyum ni.. ;)
Insya Allah, jun ini kakak ipar bakal melahirkan anak sulungnya, doakan yang terbaik untuk dia dan bayinya. Dan ini adalah anak buah kedua saya! Insya Allah.. :)

p/s:
Air dicincang tidak akan putus :)

6 comments: