Friday, July 13, 2012

MAK CIK Kepada Fedora Erayna

Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. Tanggal 31 May 2012, kakak kedua Fatin, Hidayah 
telah selamat melahirkan anak sulungnya. 
Maka, dengan itu, secara rasminya, Fatin kini bergelar mak cik.. Eh, silap, AUNTIE! 
*Padahal maksud sama je, tapi biasalah orang kita, kalau mak cik macam tua sangat, 
kalau auntie dengar macam muda sikit & glamor.. hehe :p

Bayi perempuan yang comel itu diberikan nama yang tersangat UNIK iaitu
Fedora Erayna.
*1st time Fatin dengar nama ni.

For your information, Fedora means God's gift (pemberian Tuhan) and Erayna means Peaceful Queen.Maksud Fedora Erayna yang dipilih oleh kakak dan suami, "A gift from God of peace (salam)". 
Kalau panggil Rayna je pun ada maksud jugak, iaitu Queen. 

By the way, anda sebut Fedora Erayna tu macam mana? Cuba sebut sikit
*macam Fatin dengar je apa yang anda sebut.. hehe

Cara sebut dengan betul adalah Fedora adalah 'e' untuk emak, bukan 'e' untuk epal. 
*Dah macam kelas mengeja la pulak.. :p

Erayna pula, sebut Eraina. OK, sekarang anda sudah lulus sebutan nama anak buah saya.. 
Maka dengan ini, anda dibenarkan untuk melihat gambarnya.. hehe.. ;)

Ini dia, Fedora Erayna binti Ahmad Aliff..













credits gambar: fb my sis

Insya-Allah, kakak sekeluarga akan pulang dari Australia pada disember nanti.. 
Lambatnya nak tunggu Fedora balik! Dah lama tak main dengan baby or budak2.. 
Adik bongsu dah darjah 6.. haha.. 
Tapi, yang bestnya boleh share macam2 cerita dengan adik bongsu.. :D


p/s:
Dua org kakak dah kahwin, 
kalau ikut giliran adik-beradik perempuan, 
lepas ni giliran saya.. ok, bye. :p





4 comments: