Assalamualaikum..
Hari ni tangan seronok 'menari-nari' atas keyboard sebab minda dapat direhatkan sebentar.
Setelah tiga hari berjuang untuk ujian hidup *ehyangitutajuklaguadam* ujian midsem.
Selasa - Light & Colour Perception, Rabu - Pathology,
Khamis - Ocular anatomy and physiology dan ujian lisan Mandarin.
Kiranya sepanjang test tak bukak lappy untuk on9.
Minggu depan ada lagi dua test.
Ok, sambung cerita.
Cuti midsem yang lepas,
Fatin pergi Menara Optometri di Mid Valley
Cuti midsem yang lepas,
Fatin pergi Menara Optometri di Mid Valley
Memang niat nak tukar spek rimless (takde bingkai).
Sebab full frame ni nampak macam skema sikit untuk Fatin..
Lagipun dah lama guna spek ni, sejak form 5 lagi. Itulah 1st spek Fatin.
Idokler gambar zaman dolu2 |
Ok, sebenarnya keinginan nak tukar spek ini dikuatkan lagi dengan pelancaran 'Kad Diskaun Siswa 1 Malaysia'. Yeay! :)
Setelah buat survey di kedai-kedai yang menawarkan diskaun untuk pemegang kad diskaun siswa, maka Fatin memilih Menara Optometri kerana terdapat diskaun sebanyak 60% di situ. Hewhew.
1st time beli spek sorang2 |
Fatin pergi hari Selasa, hari Khamis dah dapat spek.
Ini adalah koleksi spek yang Fatin ada.
Semua masih boleh dipakai lagi cuma yang half frame tu,
cermin dia dah rosak sikit. Mana yang paling chantek? ;)
Dari atas: Full frame, Half frame and rimless |
Kepada mahasiswa dan mahasiswi, jom berbelanja dengan kad diskaun siswa!
Tapi belanjalah dengan berhemah! :)
Untuk maklumat lanjut tentang senarai syarikat yang menerima kad diskaun siswa, sila klik di link INI dan klik pada Senarai Syarikat.
p/s:
Fatin sempat berbual-bual dengan optometrist yang jaga kedai itu.
Kakak tu pelajar lepasan optometri UIA.
No comments:
Post a Comment