Sunday, October 14, 2012

TAPAK TANGAN




Assalamualaikum..

Kepada pengunjung setia tu mesti perasan perubahan kat blog ni kan?
Hehe, kembali kepada yang asal. 
Yang tak tahu tu, buat2 tahu je la eh.. 
*alasan untuk suruh singgah blog selalu :p *

Hehe, takde apa, just tukar blog header je.
Ambil gambar dulu balik.

Ok, balik kepada topik.
Ada apa dengan tapak tangan?
Bukan nak tilik nasib.
Bukan nak 'give me five'!

Hari khamis lepas, Fatin beli potato wedges.
Kalau makan tu, biasanya makan dengan lidi.
Then, lidi tu pun letak dalam beg,
 asing dengan plastik yang berisi potato wedges tadi.
*jangan bayangkan kfc punya potato wedges pulak*

Nak dijadikan cerita,
Fatin nak ambil potato wedges dalam beg,
beg Fatin yang sarat dengan barang,
main raba barang dalam beg tanpa melihat,
tetiba..

Ouch!
Lidi tercucuk tapak tangan kiri.
Memang melekat lah kan lidi tu kat TAPAK TANGAN.
Cepat2 tarik. Basuh tangan. Haruslah berdarah tapak tangan tu.
Sakit. Tapi alhamdulillah, just luka sikit.

Pengajaran kepada diri sendiri,
1. Beg itu jangan nak sumbat barang banyak sangat.
2. Jangan main ambik je barang dalam beg, cuba tengok, cari dan ambik.
3. Jangan lupa bawak minyak gamat ke asrama.
*Fatin tak bawak minyak gamat, just harapkan platelet and the gang dalam badan je..*
4. Bila kita 'kehilangan' sesuatu, baru terasa kepentingannya.

Kesannya, nak basuh muka pun guna jari.
Bila basuh kain, tak boleh perah baju dengan sempurna.

Allah baru tarik nikmat sikit, 
sudah terasa macam banyak yang hilang.

Pesanan untuk diri sendiri dan semua,

belajar bersyukur dan
jangan ingat Allah apabila susah sahaja,
ingat Allah sentiasa.
Manusia kadangkala lupakan Allah di kala senang,
tetapi Allah tak pernah sesekali melupakan hamba-Nya.

:)

p/s:
Cakap pasal wedges, tetiba rasa nak beli kasut wedges.. :p

2 comments:

  1. camne bole ade lidi dlm beg??? mmg hebat btol beg tangan orang pompan ni...hehehe

    Layang-Layang Ikan Paus Di Australia

    ReplyDelete
    Replies
    1. epik, baca betul2, baru bleh tau mcm mana lidi tu ada dlm beg.. ;)

      Delete