Sunday, August 12, 2012

[ NEW SONG] Adam AF2 - Ujian Hidup

Assalamualaikum..
Dah hampir 2 minggu tak update blog, kesibukan melanda..
*Wanita bekerjaya la katakan.. :p

Actually banyak lagi kisah-kisah nak ditulis, 
tetapi masa tidak mengizinkan..

Tapi Fatin akan cuba mencuri masa yang ada 
untuk mencoret segala coretan yang tercoret dalam kehidupan.. 
*berapa banyak coret daa.. haha.. coret takpe, jangan carut sudah.. :)

Di kesempatan masa yang ada ni
Fatin nak share satu lagu baru dari Adam AF,
iaitu UJIAN HIDUP
hasil ciptaan Edry Abdul Halim.

"Bukan lagu imam muda ke?"
Yup, lagu nyanyian imam muda tetapi 
dinyanyikan semula oleh Adam dengan izin
Edry Abdul Halim.

Memandangkan Fatin dah lama dan jarang sangat tak tengok TV, 
*sedih pulak bunyinya.. *
Fatin tak tahu pun itu lagu imam muda..
Jadinya, Fatin dengar Adam version dulu,
bila semua kecoh yang tu lagu imam muda, 
baru Fatin dengar imam muda version.

By the way, 
lagu ini memang sedap,
*bagi Fatin, semua lagu Edry BEST! 
lirik membawa seribu makna,
menyedarkan kita bahawa ujian hidup
perlu ditempuhi dengan sabar dan tabah.

*candid*
Gambar Adam ini diambil sempena Majlis Berbuka Puasa Bersama V.I.P di Paradiso, Titiwangsa..
*nantikan kisah selanjutnya.. :)

Lirik Ujian Hidup:

Ketika hidupku tertekan
Mengaburi pedoman
Kepada-Nya akan ku pergi
Untuk mencari bimbingan

Kuserah takdir di tangan-Nya
Mengukir perjalanan
Walau ujian hidup melanda
Ku tabah menerima kerana

Walaupun tak dikurnia kemashyuran
Walaupun tak dilimpah kemewahan
Hati ku tetap akan memuji
Namamu selalu Ya Rabbi

Walaupun tak diberi kemakmuran
Akan ku memanjangkan kesabaran
Ku tetap syukur pada Ilahi
Kerana mengurniakan nyawa ini

Ku serahkan takdir di tangan-Nya
Mengukir perjalanan
Walau ujian hidup melanda
Ku tabah menerima kerana

Dia di hati selalu memberikanku petunjuk
Apabila pemandangan samar
Biarpun hidup digoda ujian dan pancaroba
Pasti ada hikmah di akhirnya

Walaupun tak dikurnia kemashyuran
Walaupun tak dilimpah kemewahan
Hati ku tetap akan memuji
Namamu selalu Ya Rabbi

Walaupun tak diberi kemakmuran
Akan ku memanjangkan kesabaran
Ku tetap syukur pada Ilahi
Kerana mengurniakan nyawa ini

* Video & Gambar2 adalah daripada koleksi Adam Fanclub Malaysia. 
Adam bersama-sama Anak2 membeli belah di Mydin Mall Subang Jaya sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri. 
Aktiviti berlangsung di bulan Ramadhan sejak tahun 2006 sehingga kini :) *
Video Edited by : Yandy VIP

Jom dengar dan saksikan.. :)



UPDATE:
Lagi satu video Adam menyanyikan lagu Ujian Hidup,
anda boleh tengok di tonton tv3 episod 156 pada jam yang ke 1:41:20.



p/s:
Untuk mengetahui perkembangan terkini Adam, 
boleh layari laman web rasmi 
:)

2 comments: