Monday, August 27, 2012

Beraya bersama kawan-kawan tersayang


Siapa yang seronok di hari raya ini kan? Lagi-lagi beraya dengan keluarga tercinta dan kawan-kawan tersayang. Dan yang paling best dapat beraya dengan kawan-kawan sekolah yang dah lama tak jumpa. Macam-macam cerita keluar. Bersuka-ria dan bergelak tawa. Meriah.

Hari sabtu lepas, agenda asalnya nak pergi satu rumah kawan, Jas, sebab dia dah jemput. So, dah plan dengan kawan2 nak pergi sana. Tengah hari, Fatin pergi rumah Aminah bawa adik sekali beraya rumah Aminah dulu.

Sebelum beraya ke rumah Jas, kawan-kawan beraya kat rumah Fatin dulu and then Fatin join sekali konvoi mereka. Selepas beraya di rumah Jas, kitorang beraya ke rumah Sharifah pulak. Then, rumah Mis, rumah Tasha, rumah Najwa dan lastly rumah Dibah. Alang2 dah konvoi tu, singgah semua rumah kawan yang turut serta konvoi itu. Makan dan minum tak payah cakaplah kan, memang kenyang! Alhamdulillah.. *Habislah, berat naik.. huhu



Credits to Amira for some pictures. :)

Tapi bila lagi nak jumpa ramai2 macam tu kan.. Lepas ni masing2 sibuk dengan study. Masa cuti raya inilah nak berjumpa, bermanja dan bersuka ria! :)

Overall memang BEST! Tambah-tambah lagi kat rumah terakhir kitorang pergi ada budak kecik. Kitorang yang takde adik kecik ini excited giler jumpa budak2. Dah la tembam, comel pulak tu! Rasa nak cubit pipi dia kuat2! :p




Harap tahun depan dapat berhari raya macam ni lagi. :)
Kepada kawan-kawanku, Aminah, Adha, Aini, Farah, Najwa, Mira, Maisara, Misra, Shuhada dan Dibah, thanks a lot! <3



p/s:
Mulai hari ini, Fatin akan menyertai kursus selama 5 hari diikuti dengan membantu program orientasi sehingga 8hb. 
Semoga dipermudahkan.. Amin.

2 comments:

  1. Gudluck fatin for the orintasi.. BTW. Kalau gambar di view kan lebih besar pasti lebih menarik untuk ditonton. =)

    ReplyDelete
  2. tambahan lagi dengan insiden kerete kite.. hahahaha!

    ReplyDelete