Saturday, July 14, 2012

KENAL & BERTAWAKAL

Assalamualaikum..

Apa kaitan kenal dengan tawakal?

Kita sering mendengar kawan-kawan sebut, "Tawakal je lah..". Biasanya bagi pelajar, kita selalu dengar selepas tamat peperiksaan. Tapi kita perlu ingat, kita perlu BERUSAHA dahulu, kemudian baru boleh bertawakal. Peringatan untuk diri sendiri jugak..

Sebelum bertawakal, kita haruslah mengenali Allah terlebih dahulu.

Antara cara mengenal Allah adalah membaca al-quran serta memahami maksudnya. Selain itu, kita juga dapat mengenal Allah dengan memahami sifat-sifat Allah melalui nama-nama Allah, Asmaul Husna.

Sebagai analogi, kita nak serahkan barang kita kepada seseorang, maka jika kita tidak kenal, maka sukarlah untuk kita menyerahkan barang kita itu kepadanya. Begitu juga antara kita dengan Allah, jika kita sudah kenal Allah, maka mudahlah kita menyerahkan diri kita kepada-Nya, dalam erti kata lain, BERTAWAKAL. 

Adaptasi daripada: Radio Selangor FM, 4 Julai 2012

No comments:

Post a Comment