Wednesday, March 14, 2012

PUNCAK ALAM – KL – PUNCAK ALAM – KL – BANGI – PUTRAJAYA – BANGI – KL – PUNCAK ALAM




Tajuk tak boleh nak panjang lagi.. huhu..

Jumaat, 9 Mac 2012
Lepas zuhur, Fatin tunggu bas dari 2.30 ptg hingga 5 ptg. KesaBARAN memang diuji.. Nak balik rumah punya pasal.. Padahal baru seminggu start semester 2.. Naik bas U90, U80, LRT dari Pasar Seni ke Taman Melati. Ayah jemput balik ke rumah. Sampai rumah pukul 10 malam.

Sabtu, 10 Mac 2012
Ayah hantar ke Pasar Seni. Tunggu bas sejam. Rupa-rupanya bas U80 ambil penumpang belakang LRT, seberang sungai. Tak pasti bila ia ditukar. Nasib Fatin lah.. Dah lebih setengah jam baru nak tanya orang.. huhu.. Then, naik U90 dari PKNS.

Sampai Puncak Alam pukul 4 suku. Jam 6.45 ptg, Fatin dan Syamerra bertolak ke Shah Alam. Lepas solat maghrib di PKNS, sambung perjalanan ke KL Sentral. Naik KTM ke stesen UKM. Sampai UKM pada jam 10.10 malam. Maksu jemput dari situ ke rumahnya.

Ahad, 11 Mac 2012
Lepas subuh, bertolak ke Putrajaya untuk menyertai Run For Sight 2012. Balik ke rumah Maksu semula selepas minum pagi. Lepas zuhur, makan tengah hari di NJ Zenith di Bangi. Makan chinese food. Seriously, SEDAP giler.. Kekenyangan.

Start tunggu di KTM UKM jam 3.45 ptg. Ada komuter datang dalam pukul 4.10 ptg. Tapi memang tak dapat masuk sebab dah penuh. Tunggu dan borak dengan Syamerra. Kira-kira jam 5 petang, komuter seterusnya tiba. Tiada pilihan lain. Terpaksa masuk ke dalam tren yang seperti sardine dalam tin. Fatin dah pernah melalui saat macam itu. Jadi tak kisah sangat, Cuma kesabaran SANGAT DIPERLUKAN. Nasib baik ada koc wanita. Rasa selamat. Sepanjang perjalanan, Fatin terhibur dengan gelagat seorang kanak-kanak lelaki lingkungan umur 3 tahun. Macam-macam adegan yang kanak-kanak itu buat.. Fatin dan Merra tengok je budak tu..

Sampai KL Sentral, solat asar. Naik LRT ke Pasar Seni untuk dapatkan bas U80 yang kosong. Sampai PKNS, solat maghrib dan beli makan malam. Tunggu bas U90. Jam 9.03 malam, bertolak ke Puncak Alam. Jam 10 suku, sampai ke asrama. Penat. Solat Isyak dan tidur.

Lebih kurang macam itulah situasi Fatin untuk hujung minggu lepas. Bagi Fatin, naik bas dan LRT dah dikatakan rutin hujung minggu. Kalau nak balik rumah, ‘Rumahku Syurgaku’ macam itulah jalannya Bagi Merra pula, ini kali pertama dia menjadi seorang perantau, katanya. Merra berasal dari Kampar, Perak dapat naik bas, LRT dan KTM pada hari yang sama.


p/s: Minggu depan nak balik rumah lagi rasanya.. ;p

65 comments:

  1. Assalamualaikum. Maaf nak bertanya. Kalau dari UITM Puncak Alam, stesen ktm yang terdekat di mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam, sorry lmbt reply, xperasan komen ni, sy x sure, tp rasanya KTM Shah Alam seksyen 19.

      Delete
  2. Assalamulaikum. Tumpang tanya, macam mana eh dari kl nak pergi ke uitm palam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam, naik rapid kl U80 dari LRT Pasar Seni, turun di Hentian Bandar Shah Alam, then naik rapid kl U90 ke UiTM Palam.

      Delete
  3. Nak tanya, kalau dari putrajaya ke uitm puncak alam menggunakan teksi berapa cost?

    ReplyDelete
  4. Kak, kalau dari kl sentral nak balik ke puncak alam macam mana ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Naik U80 dari kl sentral kat bus stop dpn stesen minyak, then smpai pkns naik U90 smpai puncak alam.

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
    3. Sampai puncak alam nnti dia bhenti kat mana yee?

      Delete
    4. Fyka, bas berhenti kat uitm puncak alam :)

      Delete
    5. Ade tak bas yg berhenti kat FASA 3 puncak Alam..

      Delete
  5. assalamualaikum kak..kalau dari uitm palam ke putrajaya mcmana ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam, yg akak tau, atira bleh naik U90 ke shah alam, then U80 ke kl sentral, naik klia express ke putrajaya.

      Delete
  6. salam, macam mana kalau dari uitm puncak alam nak pergi ke ktm shah alam? pls reply

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm, naik bas 753 (previously U90) ke seksyen 2 Shah Alam. Then, lintas jalan, ambik bas T754 (previously T529) untuk ke KTM Shah Alam.

      Delete
    2. Bas bas tu nak amek kat mana eh? Pukul berapa? Sebab kat sini semua bas tulis uitm dalaman je.

      Delete
  7. Sorry kalau banyak tanya, tapi ada tak cara dari uitm puncak alam terus ke bandar tasik selatan? Bas ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. bas terus takde. kena naik tren dari KTM Shah Alam ke KTM bandar tasik selatan.

      Delete
  8. Hi, saya nak tanya dari KL sentral ada tak ktm ke shah alam? dan perhentian ktm shah alam tu ada bus atau teksi yang ke uitm Puncak alam. Bole kongsikan. amaklumla student baru di Uitm Puncak alam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi jessica, ada tren dari KL Sentral ke KTM Shah Alam. Then, naik bas T754 (previously T529) utk ke Seksyen 2 Shah Alam. Then lintas jalan, ambil bas 753 (previously U90) ke UiTM Puncak Alam. Selamat dtg ke UiTM Puncak Alam :)

      Delete
  9. uitm puncak alam ke pasar seni cmne?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorry for late reply, naik bas rapid 753 ke uitm seksyen 2 shah alam. Then, naik bas rapid 750 ke Pasar Seni.

      Delete
  10. ktm terdekat dari puncak alam? nk p pasar seni nk blk puchong.

    ReplyDelete
  11. Hai kak, kalau dari kl sentral nk ke masjid puncak alam or puncak alam fasa 2 macam mana eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Raja Rashid, dari kl sentral naik bas rapid 750 ke uitm shah alam seksyen 2. Then naik bas rapid 753 ke uitm puncak alam, seterusnya bas T715 ke masjid puncak alam.

      Delete
  12. Salam. Nak tanyaa .. Kalau dari uitm puncak alam nak balik kg di ipoh mcm mana eh ? seriously tak tahu sebb baru lagi disana ��

    ReplyDelete
  13. Salam. Nak tanyaa .. Kalau dari uitm puncak alam nak balik kg di ipoh mcm mana eh ? seriously tak tahu sebb baru lagi disana ��

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam, boleh naik bas rapid 753 ke uitm seksyen 2 shah alam. Then, naik bas rapid 750 ke KL Sentral. Then naik ETS sampai Ipoh. Satu lagi choice, boleh naik bas rapid 753 ke Klang Sentral then naik bas ekspress ke Ipoh.

      Delete
    2. nak tnya .berapa jam ya kalau naik bas rapid 753 tu ke seksyen 2 shah alam .n brapa jam jgk dari sksyen 2 ke kl sentral..

      Delete
  14. Kalau dari puncak alam nk ke scm macam mane ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh naik bas rapid 753 ke scm.

      Delete
    2. Thanksss... Kalau dari puncak alam nak ke kl sentral pulak camne ye?

      Delete
    3. Boleh naik bas rapid 753 ke uitm seksyen 2 shah alam. Then, naik bas rapid 750 ke KL Sentral.

      Delete
  15. macam mana nak pegi KL dri uitm puncak alam ye ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh naik bas rapid 753 dari uitm ke uitm seksyen 2 shah alam. Then, naik bas rapid 750 ke KL Sentral.

      Delete
  16. Klau dari puncak alam ke puchong prima macam mne ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh naik bas rapid 753 dari uitm ke uitm seksyen 2 shah alam. Then, naik bas rapid 750 ke Pasar Seni & naik bas 602 ke Puchong Prima. Sy tak sure sgt, awak boleh tgk route kat sini http://www.myrapid.com.my/bus/rapidkl/jalan-klang-lama-602

      Delete
  17. Hai.. Cuma nak cakap saya faham macam mana mencabarnya ulang alik naik public transport.
    Itu je..
    Bye.

    ReplyDelete
  18. Salam, saya nanti nak buat masters di uitm palam. Kalau naik bas dari seksyen 2 Shah alam, berapa lama perjalanannya? Thanks

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm, dr seksyen 2 ke palam, lebih kurg sejam setengah.

      Delete
  19. NAK TANYA, NAK PERGI UITM PUNCAK ALAM DARI BANDAR TUN RAZAK MACM MANA EH?DARI TBS THEN

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorry lmbt reply. Dari TBS boleh naik LRT smpai ke KL Sentral. then naik bas 750 ke seksyen 2. then, naik bas rapid 753 dari uitm seksyen 2 shah alam ke puncak alam.

      Delete
    2. Agak2 berapa duration dari tbs ke uitm palam amik masa ye?

      Delete
    3. Agak2 berapa duration dari tbs ke uitm palam amik masa ye?

      Delete
    4. Saya tak sure, maybe dalam lebih kurang 2 jam. Dari TBS boleh naik LRT smpai ke KL Sentral maybe dlm setengah jam. then naik bas 750 ke seksyen 2 sejam. then, naik bas rapid 753 dari uitm seksyen 2 shah alam ke puncak alam sejam setengah.

      Delete
  20. Haii sis klu dri ktm sg buloh, mcm mana nk ke uitm palam yee ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai sis, sy tak sure ada ke tak bas dari ktm sg buloh ke Puncak Alam. Yang st tau, dari KTM Shah Alam naik bas rapid T754 ke Seksyen 2 Shah Alam. Then boleh naik bas rapid 753 dari uitm seksyen 2 shah alam ke puncak alam.

      Delete
  21. Assalam nk tanye. Dari uitm puncak alam ke kajang mcm mane ye? Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam, sorry lmbt reply, sya boleh naik bas rapid 753 dari uitm puncak alam ke uitm seksyen 2 shah alam. Then naik bas rapid T754 ke KTM Shah Alam. Then naik KTM ke Kajang.

      Delete
  22. Salam, kalau dari uitm shahalam ke uitm puncak alam macam mana ya? dan rapid tu berhenti dalam kawasan uitm puncak alam ka? tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam, sorry lmbt reply, boleh naik bas rapid 753 dari uitm shah alam seksyen 2 ke uitm puncak alam. yup, berhenti dalam uitm.

      Delete
  23. salam, nk tanya kalau dari uitm palam nk ke kl sentral macam mana? dan balik ke palam balik mcm mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam, naik bas rapid 753 dari uitm puncak alam ke uitm seksyen 2 shah alam.
      Then naik bas 750 ke KL Sentral.

      Delete
  24. Slm.kak nk tnya klau dri uitm palam ke kl sentral mcm mana??then dia mmg brhnti trus dkt kl sentral atau tmpt yg trdkt?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam, naik bas rapid 753 dari uitm puncak alam ke uitm seksyen 2 shah alam.
      Then naik bas 750 ke KL Sentral. Bas berhenti kat depan Nu Sentral. So awak boleh masuk Nu Sentral utk ke KL Sentral.

      Delete
  25. Salam awak, kalau dari pj nak ke uitm palam macam mana ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam, sorry lambat reply. Saya tak pasti PJ bahagian mana, tp kalau dekat dengan LRT Kelana Jaya, boleh naik LRT ke Pasar Seni. Then naik bas 750 ke seksyen 2. then, naik bas rapid 753 dari uitm seksyen 2 shah alam ke puncak alam.

      Delete
  26. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  27. sy nk tya..kalau nk tgu bas 750 dkt kl sentral tu, kne tgu dkt mana??bas tu akn ambik penumpang kt mana klu area kl sentral sbb nk blik ke uitm puncak alam

    ReplyDelete
  28. sy nk tya..kalau nk tgu bas 750 dkt kl sentral tu, kne tgu dkt mana??bas tu akn ambik penumpang kt mana klu area kl sentral sbb nk blik ke uitm puncak alam

    ReplyDelete
  29. Assalam boleh ringkaskan trip dari ukm bangi ke bandar puncak alam

    ReplyDelete