Saturday, August 06, 2011

Bazar Ramadhan Wangsa Maju

Petang tadi Fatin & Alia ikut Kak Ana pergi Bazar Ramadhan Wangsa Maju.

Sebelum tu, singgah Jusco Wangsa Maju jap. Beli barang sikit utk masuk U nanti.

Agak jarang jugak pergi Bazar Ramadhan. Tahun lepas, pergi Bazar Ramadhan kat dgn stesen LRT Universiti sekali dua je.

Jalan2 kat bazar ramadhan memang memerlukan banyak kesabaran.
Sabar dgn kehadiran ramai orang.
Sabar dgn bau hidangan yang menyelerakan
Sabar dgn hidangan yang menarik
Sabar dgn keinginan membeli banyak makanan

Tapi dalam banyak2 makanan, yang ada dalam carta makanan kegemaran Fatin masa bulan puasa:
1) bubur lambuk Kg Baru
2) air tebu
3) tepung pelita

Setelah habis meronda, akhirnya kitorang berjaya membeli ayam percik, kuih talam, air mata kucing dan samosa. Yang paling lama nak tunggu, ayam percik Abe. Beratur! Memang terbukti kesedapannya.. :)

Lagi satu yang menarik perhatian Fatin kat situ...

Ada seorang atuk membawa 5 orang cucunya. Atuk tu memimpin tangan cucu yang paling kecik, dalam lingkungan 2 - 3 tahun. Lagi 4 orang kena pimpin tangan secara berdua-dua. Yang comelnya, tengok berdua-dua tu.. Ikut je belakang atuk diorang.

Tapi ada sorang drpd cucu lelaki dia tu buat hal. Tak nak dipimpin tangan oleh kakaknya (maybe.. tak pun sepupu).
Atuk pun marahlah budak tu. Budak tu dgn takutnya, lalu patuh arahan atuknya.. Entah la, bila tengok budak-budak tu berjalan di belakang atuk diorang mengikut arahan buatkan Fatin tersenyum sorang2. Nak tergelak pun ada. Comel je diorang tuh..

Bila tengok balik, macam susah je utk atuk tu nak handle 5 orang cucu dalam lingkungan 2 hingga 6 tahun.. Macam2 kerenah diorang tu.. Tu pun bila lalu kat sebelah diorang, sorang cucu tu mengadu apa ntah kat atuk dia.. :)

p/s: Thanks for viewing my blog... Selamat berpuasa... :)

2 comments:

  1. Ohhh..i miss my old days yg dulu almost hari2 pergi bazar Wangsa Maju..:( tiap kali Ramadhan now mesti rinduu!!~~

    ReplyDelete
  2. owh, masa pergi sana pun, nampak org pakai uniform MPH, trus teringat kat Kak Ida.. Actually, x payah tgk org pki bju uniform MPH pun, lalu kat MPH pun dah teringat Kak Ida... :)

    ReplyDelete