Tuesday, March 30, 2021

Tiktok



 Assalamualaikum :)

Ya ampun bersawang dah blog ni ya, labah2 pun ada tujuh keturunan dah :p

Sekarang ada lagi ke yang baca blog? Fatin pun dah jarang bukak blog, melainkan reply komen. Sorry kalau Fatin reply lambat, kalau teringat nak bukak blog, baru Fatin bukak hehe..

Btw, sekarang trend short video kan, kita ada TikTok, instagram pun dah ada reels. 

So, apa lagi, silakan follow TikTok Fatin, @nurfatin_atikah aka Fatinutella. Sempat promote :p

Kenapa Fatinutella, sebab Fatin suka Nutella & menjual Nutella di instagram @nutellagombak. 

Okaylah jumpa di TikTok, kalau ada soalan, boleh tanya kat Q&A kat bio tiktok, takut soalan kat blog ni Fatin terlepas pandang. Bye!



Thursday, November 15, 2018

#BarbieRun2018 @ Stadium Shah Alam




Assalamualaikum :)

I'm a Barbie girl, in the Barbie world..

Setelah bertahun-tahun Fatin tak join larian, tiba2 kakak ajak join Barbie Run 2018 kat Shah Alam. Wah menarik sebab baju dia warna PINK! Pastu dapat barbie doll sebijik! Memang terus ON! Book cuti siap2!

Collect baju sehari sebelum
Flag off pukul 7 pagi. So lepas subuh kitorang gerak ke Stadium. Sampai sana dalam 6.35 pagi. Gelap lagi weh hahaha, tu pun jem nak masuk stadium. Lepas parking, terus ke get ready. Tapi takde lah flag off tepat jam 7 sebab ramai lagi yang baru sampai. Dalam kul 7.05 baru flag off.



Nama pun fun run, kitorang takdelah beria sangat lari, just jogging & jalan lenggang kangkung jugak. Time turun bukit je laju :p



Ramai jugak join larian ni. Budak2 kecik pun ada, comel je lari dengan parents diorang. Mak2 pak2 yang tolak stroller pun ada, perghhh respect!



Selesai 5KM, collect goodie bag, dalam tu ada macam2! By the way, comel kan tandas pink tu? <3

Tandas pink wow sangat, tapi tak berani masuk haha

Bestnyaaa macam2 ada!

Barbie doll!
Medal dia cantik!!!

Apalagi, sesi bergambar lah kan, maklumlah dah lama tak lari hahaha kasi chance ah..

Makan aiskrim dulu

#ootd
Selfie satu, nampak muda kan pakai bawal :p
Thanks kakak ajak ke sini <3

Sunday, April 08, 2018

Ira dah kahwin #athirahforkamil




Assalamualaikum :)



Harini terlebih rajin nak update blog, sebab seronok dapat pergi wedding bff kat Penang.
Ira ni dah invite awal2 dari bulan 2 lagi. Dia kata aku workaholic sangat. Taklah bukan workaholic, tapi jarang cuti weekend sebab kerja retail. Weekend ramai customer nak buat spec, nak check mata. So biasanya Fatin cuti weekdays, bukan tak boleh cuti weekend, cuma jarang. So Fatin awal2 book cuti untuk wedding dia :)

Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan. Btw, ini first time tau Fatin buat semua sendiri. Book tiket ETS, tiket bas dan book hotel. Bangga dengan diri sendiri! Tepuk tangan sikit please! :p Sebelum ni biasa ikut mak ayah or kakak pergi mana2 kan, ni travel berdua dengan adik perempuan je. Asalnya nak pergi dengan kawan2, tapi diorang ada yang kerja. Nak pergi sorang takut, sebab wedding tu malam. So ajak adik teman. Okay, cerita tu nanti next entry eh, dah menyimpang dari tajuk pulak haha..

Wedding start pukul 8 malam, Fatin dengan adik lepas maghrib gerak ke SP Arena. Book grab untuk ke sana. Tapi dalam Grab takde location tu, just bagi location Jalan Siakap pastu letak note SP Arena. Alhamdulillah, jumpa jugak. Tapi bila dah sampai dewan, baru perasan hadiah tertinggal kat hotel -.- Tak sabar sangat nak pergi wedding sampai hadiah tertingal. Nanti Fatin pos jelah hadiah tu ;)

Pastu dapat jumpa kawan2 MRSM Merbok! Lama giler weh tak jumpa! 9 tahun! Semua dah semakin cantik jelita! Dapat borak2 lepas rindu.

Syud & Suhana <3

Asyran <3

Then tangkap gambar dengan pengantin! Ira cantik!  <3



Sebelum balik sempat wefie dengan Ira, FARAVER!

Congrats Ira & husband! Semoga bahagia hingga ke jannah!
Baraka Allahu Lakuma wa Baraka alikuma, wa jamaah baina kuma fi khair..
Kek Ira menarik perhatian! Cantik!


Fatin & adik sempat bergambar kat photobooth :)


Kemain aku pegang "I'm next" ambik berkat la kononnya, next tu hanya Tuhan yang tahu huhu

Sebelum berpisah dengan diorang ni, wefie! Jumpa next wedding eh korang, insya Allah, tak tahu lepas ni turn siapa ;)






Pastu balik hotel. Btw, nak jugak #OOTD :p Pakai baju raya tahun berapa tak ingat. Lepas berjaya turun 9kg baru boleh pakai baju ni weh! Tapi ni bukan kebaya merah tau tapi perempuan berkebaya biru hahaha! Taklah bukan kebaya, tapi kebarung. Kebaya + kebarung.



Actually, tak puas nak borak2 dengan kawan2 merbok, kena buat reunion Ohana Ladies ni! Siapa rajin tolong organise please! Tahun ni dah anniversary ke-10 Ohana Ladies. Kitorang daftar MRSM Merbok dulu 9 Jun 2008. Kitorang batch semua perempuan, so kitorang namakan Ohana Ladies! Sebab batch semua perempuan lah aku dah tak pernah ada bf sampai sekarang, eh ada kena mengena ke? :P Tak, tak, sebab satu batch semua perempuan kitorang jadi sangat rapat. Pahit manis bersama kat sana. Mostly kawan2 duduk utara, tu yang jarang jumpa. Mana yang area KL Selangor ada jumpa sekali sekala keluar jenjalan. Yang lain follow kat IG and FB je.

Throwback sikit ;)

Okaylah, Fatin nak rehat ni, esok kerja, monday bluesss la esok ni, korang pun kan? :p

Thanks for reading this entry!

p/s: Doakan Fatin cepat dapat jodoh please! (Mohon crush segera masuk meminang)


Thursday, April 05, 2018

First time derma darah




Assalamualaikum :)

Nak dekat 2 bulan tak update, busy kerja T.T
Lagi satu takde cerita nak update hahaha sadis betul :p
So harini ada cerita nak story mory, mohler baca ;)


Korang pernah derma darah tak?
Fatin dah lama teringin nak derma tapi takut.
Dengar orang kata nanti berat badan naiklah, pening, pengsan lah, macam2..
So takutlah bila dengar orang cakap.

Bila baca syarat2 semua lepas. Gambar dari KKM.



Tapi selaku darah O ni, rasa terpanggil nak derma sebab nak tolong orang darah O.
Sebab orang darah O boleh TERIMA darah O SAHAJA.
Korang boleh tengok gambar ni untuk detail, kredit FB KKM.
\


Harini my bff Aminah ajak pergi derma darah kat Pusat Darah Negara.
Aminah dah banyak kali derma, dia relaks je. Fatin yang first time ni cuaklah.
Takut nanti tak layak ke, ada penyakit lain ke kan. Nauzubillahiminzalik..



Mula2 isi borang, pastu ambil nombor. Then dia akan cucuk hujung jari untuk test darah.
Pastu ke kaunter seterusnya untuk daftar, kena bawak IC ASAL.
Tunggu sekejap, then masuk ke satu bilik untuk check tekanan darah.
Semua dah lulus, baru boleh derma.

Masuk je bilik derma tu, dah start nervous dah. Tapi muka control cun je hahaha.. :p
Nurse suruh duduk atas kerusi tu. Pastu nurse start cucuk bius.
Kemudian, nurse cucuk jarum besarrr untuk derma darah tu.



Then tangan pam sampailah penuh plastik tu, untuk first time dia ambil 350ml.
Kejap je, dalam 5-10 minit dah settle. Fatin bayangkan dalam 30minit macam tu haha..

Sempat wefie :p

Then, rehat kejap dalam 10 minit, nurse tanya ada pening tak.
Alhamdulillah takde. Nurse kata okay boleh pergi makan kat ruang makan hujung.
Wah bestnya dapat banyak makanan! Tak sangka satu dulang weh hehe..



Nurse ada bagi ubat zat besi & asid folik untuk tambah darah.
Kena makan sebijik sehari sebelum makan.




Pastu boleh balik! Begitulah kisahnyaaa :)

Thanks for reading this entry :D

Tuesday, February 20, 2018

Umur 40-an ada rabun dekat?




Assalamualaikum :)

Tetiba rajin nak update tentang optometri lagi :)
Kali ni nak cerita tentang rabun dekat / rabun orang tua / presbyopia.

Bermula umur 40 tahun dan ke atas, kita semua akan ada rabun dekat.
Ada yang sebelum umur 40 tahun, ada yang selepas lewat 40an.

Contoh tanda2 presbyopia:
- susah nak membaca tulisan yang kecik2
- kena jauhkan bahan bacaan baru jelas
- untuk orang rabun jauh, bukak cermin mata baru jelas baca dekat

Kenapa?
Sebab otot mata dan kanta dalam mata kita dah lemah untuk focus.
Jangan risau. ini adalah sebahagian daripada faktor usia, semua orang akan mengalami masalah yang sama.

credit to Christopherson Eye Clinic

Ada cara nak ubat tak?
Tak, ini bukan penyakit, jangan risau ada penyelesaiannya.

Kena pakai cermin mata ke?
Ya. Ada beberapa pilihan untuk anda membaca dengan jelas kembali.

1. Memakai cermin mata kanta multifokal

Kanta multifocal sering menjadi pilihan kerana kantanya tidak seperti bifocal (ada garisan) di kanta. Kanta ini ada 'power' jauh, pertengahan dan dekat. Ada tiga 'power' di atas satu kanta. Apa yang paling penting, anda dapat menyembunyikan umur anda! Orang lain tak tahu anda sudah 'berusia' kerana anda memakai cermin mata sama seperti orang lain.

credit to Hoya Malaysia

2. Memakai cermin mata bifokal

Kanta ini mempunyai dua 'power' iaitu jauh dan dekat. Terdapat banyak jenis, ada yang ada garisan, ada yang jenis 'blended'. Tetapi berbanding multifocal, ia hanya ada dua power. Biasanya umur 60 ke atas pakai bifocal, sebab majoriti umur 40-60 lebih suka multifokal sebab tak nak nampak garis dan lebih natural.

credit to American Eye Vision

3. Memakai cermin mata untuk baca sahaja

Bagi orang yang tiada Rabun jauh, boleh pakai cermin mata untuk baca sahaja. Tetapi, untuk melihat jauh, anda perlu menolak cermin mata ke bawah sedikit atau membuka cermin mata, supaya dapat melihat jauh dengan jelas seperti biasa. Ada sesetengah orang berasa leceh untuk pakai dan bukak cermin mata, ada sesetengah orang tak kisah untuk membawanya ke mana2.

Soalan popular bila customer datang kedai, "boleh ke saya pakai reading glasses pasar malam?"
Boleh, TAPI anda akan try and error power anda. Jika anda memang yakin anda power untuk jauh, anda boleh pakai reading glasses tersebut. Jika power anda pilih salah, mungkin akan pening kepala. Nasihat saya, sebaiknya datang berjumpa optometrist untuk dapat pemeriksaan mata bagi mengetahui power mata dengan tepat.




4. Memakai kanta lekap multifocal

Bagi pemakai kanta lekap tegar, ini pilihan tepat untuk anda. Kanta lekap multifocal mempunyai power jauh, pertengahan dan dekat. Anda tak perlu menggerakkan mata anda ke bawah seperti cermin mata. Anak mata anda sendiri yang akan auto focus kerana anak mata kita akan mengecil apabila kita melihat objek dekat dan akan mengembang apabila kita melihat objek jauh.

Contoh: Kanta lekap multifokal Bausch & Lomb

Tak dinafikan, ada sesetengah orang berada dalam 'denial stage'. Lagi2, pada awal presbyopia, mereka kata "takpe, boleh lagi ni, saya cuma perlu jauhkan bahan bacaan sahaja". Yup, boleh. TETAPI, 'power' Rabun dekat ini semakin lama semakin bertambah saban tahun. Contohnya, umur 40 tahun, 'power' anda +1.00. Apabila umur anda masuk 45 tahun, 'power' anda bertambah kepada +1.50. Hal ini kerana mata kita semakin lemah untuk fokus dekat.

Salah satu ayat customer yang popular,
"Saya takde rabun dekat. Saya ada rabun jauh je. KALAU NAK BACA DEKAT, SAYA BUKAK JE CERMIN MATA"

Itu maksudnya anda ADA RABUN DEKAT.
Jika takde rabun dekat tak perlu cabut cermin mata tersebut. Kenapa?

Okay, contohnya:

Encik Ahmad berumur 40 tahun, beliau ada rabun jauh -1.00.
Untuk membaca dia perlukan +1.00D untuk baca jelas.
Jadi power untuk baca = rabun jauh (-1.00) + rabun dekat (+1.00)
                                     = 0 (KOSONG)

SEBAB ITULAH beliau bukak sahaja cermin mata untuk baca sebab power baca KOSONG :)
Jom tonton video ini untuk info lanjut tentang Prebyopia :)


 

Apa yang penting, dapatkan konsultasi daripada OPTOMETRIST mengenai pilihan yang terbaik untuk mata anda.
Kerana mata anda begitu begitu berharga :)


Thanks for reading this entry <3

Sincerely, your optometrist,
Nurfatin Atikah
Optometrist at Optics85 Gombak.

Friday, January 12, 2018

Cermin mata baru #photochromic





Assalamualaikum :)

Dah lama tak update entri berkaitan optometri kan?

Okay kali ni Fatin nak cerita pasal cermin mata baru!
Takdelah baru sangat, bulan september hari tu, ni kes baru nak update blog :p
Kalau tahun 2015, Fatin buat cermin mata menggunakan kanta blue-coat.
Boleh baca kat SINI.
Then tahun 2016, Fatin try kanta Eyezen untuk protect & relax mata dari gajet.
Boleh baca kat SINI.

Tahun 2017 ni Fatin tukar kepada cermin photochromic.

Fatin potong cermin sendiri okay :)

Apa itu cermin photochromic?
Secara ringkasnya, bila kena matahari cermin tukar gelap.

Kenapa cermin tukar gelap?
Sebab tindakbalas radiasi UV kepada molekul dalam kanta.

Sebelum

Selepas kena UV

Perlu ke pakai cermin ni?
Yup, sebab nak protect mata dari cahaya UV.
Kalau kita keluar, kita pakai sunblock nak protect kulit kan?
Macam tu jugak dengan mata.
Cahaya UV ni bukan sahaja musuh utama kepada kulit, tetapi jugak mata.
Tahukah anda cahaya UV boleh meningkatkan risiko untuk katarak (selaput mata)?



Secara jujurnya, dulu Fatin tak suka cermin ni sebab bila ambil gambar tak cantik hehe..
Tapi sekarang Fatin kan pergi kerja naik moto, pergi kerja pagi tu silau jugaklah.
So, bila pakai cermin ni redup sikit pandangan tu. Dapat protect mata dari UV :)



Dulu Fatin kemain berlagak, dah ada sunglasses so taknak pakai cermin ni.
Sekarang malas nak tukar2 sunglasses & spec, pakai spec je dah cukup :)

Kalau nak tukar cermin photochromic ni, jemput ke kedai Optics85 Gombak, RM100 sahaja sepasang, tapi depends on power jugak, maksimum power 500. Kedai ni terletak kat belakang pasaraya Ong Tai Kim, depan kedai kasut Yebeng.

Btw, kedai ni jugak jual contact lens terlajak murah. Freshlook (RM40), Freshkon Alluring Eyes (RM40), Blincon (RM40), Soflens38 (RM48), Soflens59 (RM45) memang termurah di pasaran! Sebab diorang beli borong. Beli jangan tak beli! Pastikan dapat konsultasi daripada Optometrist sebelum pakai contact lens ya :)

Fatin pakai contact lens Freshlook Colorblends Pure Hazel

Sempena Christmas Sale, sampai sekarang,
ada promosi BELI SATU PERCUMA SATU!
KOREA FRAME ada macam2 bentuk, dari bulat sampai ke petak.
Harga frame bermula RM35 sehingga RM155.
Cepat2 rebut peluang ini, ajak family & kawan2 datang!



p/s: Sorry lah muka seposen terpaksa jadi gambar hiasan :p