Assalamualaikum :)
Happy 1st birthday to my nephew, Emir Rayyan!
Hari ni birthday anak buah Fatin, tapi kitorang celebrate awal sehari, sebab harini isnin kan. Bertempat di A&W Wangsa Walk Mall, majlis start pukul 4 petang.
Tema birthday adalah superhero! Wachaa! Birthday boy pegang watak Superman!
Fatin tak sure nak pakai baju apa mula2, just terfikir nak pakai hitam je, pastu pakai cekak meow kengkonon catwoman. Tapi nak dapat cekak tu idoklerrr.. Sekali tengok adik dah selamat beli, sabo jela.. Last minit pergi uptown je weh, beli kat sana. Benda nak pakai sekali je, tak payah nak beli mahal2 ye idok? Maka, Fatin pilih t-shirt Captain America, adik pilih t-shirt Batman.
Sisters |
Boleh la tuu, asal ada hehe.. Cakap pasal superhero ni kan, Fatin sejenis yang takde perasaan terhadap mana2 superhero, cakaplah apa2 pun, tak minat nak tengok. Dulu kecik2 pernah tengok Batman, Superman, Spiderman, yang lain tak tengok. Macam Captain America ni kan, tak tahu apa2 pun pasal dia haha.. Baru2 ni terjebak dengan Antman sebab my BFF Aminah ajak teman. Dulu dia teman Fatin tengok filem melayu, walaupun paksa rela hahaha :p Jangan kecam sis okay, sis support local ;)
Cantik background, kasi ootd full sikit :p |
Kakak minta tolong Fatin buatkan poster kecik (poster ke nama dia apa2 jelah) untuk letak kat table makanan. Amacam okay tak?
Tak sah birthday kalau takde birtday cake kan? Tadaaa! Kakak beli kat IG @erfa_cakes_cupcakes.
Brownies tower dari kakak ipar, sedap! Boleh usha IG @cikta_bakery. Fatin paling suka puding karamel dia, terbaik!
Cupcakes pun dari @cikta_bakery jugak :) |
Best celebrate birthday kat sini, lepas makan, ada kids game & maskot A&W. Games dia musical chair, Baby Shark Dance, Chicken Dance dan cari barang tersembunyi dalam restoran tu. Budak2 la seronok betul! Baby Emir good boy sangat semalam, tak nangis pun, habis je event dia terus pengsan tidur, penat melayan tetamu hehe..
My family |
Wefie! |
Ciktin tak tahu nak bagi hadiah apa, ciktin beli toy Omar dari Shopee.
Emir suka tengok kartun Omar dan Hana. Yeay, Emir suka! Kemain dia cium, ke nak makan tu Emir? :p
Thanks for reading this entry!
No comments:
Post a Comment