Monday, August 14, 2017

Semua kedai cermin mata ada optometrist ke?




Assalamualaikum :)

Dah lama Fatin tak share dengan korang pasal optometri ni, jom tengok soalan2 yang kerap orang tanya.

Semua kedai cermin mata ada optometrist ke?

TAK. Tidak semua kedai ADA optometrist.
Sebab tu korang kena tanya dulu, sebelum nak buat cermin mata.
Ada kedai takde optometrist, tapi registered optician. Optician pun boleh, sebab mereka jugak berdaftar dengan Majlis Optik Malaysia.

Kenapa kena check mata dengan optometrist?

Optometrist merupakan orang yang arif dalam bidang penglihatan. Mereka mengambil masa selama empat tahun untuk belajar pasal sepasang mata. Bukan sahaja, sekadar 'power' mata, mereka perlu mengambil kira kesihatan mata, penglihatan binokular, dan banyak lagi. Maksudnya di sini, mereka akan bagi 'power' mata yang sesuai dengan keadaan anda.

Ada beza tak Optometrist kat kedai dengan hospital?

TIDAK. Semua optometrist sama sahaja. Sebenarnya yang check mata kat hospital tu OPTOMETRIST jugak, tapi sebab diorang pakai kot putih, ramai yang sangka mereka adalah doktor. Yang di kedai cermin mata, ada yang pandang rendah dengan sebab pakai baju sama dengan staf lain. Jangan menilai orang dengan pandangan luaran sahaja, ya :)

Boleh tak buat cermin mata guna power mesin?

TIDAK. Power mesin tersebut tak 100% tepat, itu hanya anggaran sahaja. Korang kena check mata secara manual, yang baca ABC kat dalam bilik tu :)

Kalau nak pakai contact lens, power sama ke lain dengan cermin mata?

Power contact lens bergantung kepada berapa banyak power korang, jika power anda bawah -4.00D, boleh follow power cermin mata, TETAPI tengok jugak berapa power silau (astigmatism) korang. Senang cerita,  jumpa Optometrist sebab diorang akan kirakan power contact lens yang patut korang pakai. :)

Okay, sampai di sini sahaja, kalau ada soalan lain, boleh komen, nanti Fatin buat entri baru :)

Btw, Fatin sekarang dah kerja kat company baru, dengan semangat baru! Kumpulkan sebanyak mungkin pengalaman untuk maju ke hadapan! *kemain excited :p



Buat masa ni, mak, adik, ayah saudara, mak saudara dah buat spec kat sini, sepupu pulak beli contact lens. Terharu bila family support :D Walaupun bukan kedai sendiri haha.. Insya Allah satu hari nanti nak jugak bukak kedai sendiri, tapi banyak lagi kena belajar :)

gambar acah2 candid :p

Update 2/7/2020
Macam mana nak tau kedai tu ada optometrist ke tak? Boleh tengok video dari ML studio ini :)

 
Thanks for reading this entry :)

49 comments:

  1. Akak graduate uitm ke? batch bile

    ReplyDelete
  2. nak tnya kalau rabun power 600 ke atas anggaran buat spec berapa ye dik?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sorry lmbt reply, jarang bukak laptop. depends on index (tahap nipis) cermin yang akak pilih.
      1.61 RM150
      1.67 RM250
      1.7 RM350
      1.74 RM400

      Delete
  3. Hi nak tanya harga kalau buat di Ui Vision Puncak Alam tu murah sikit dari kedai biasa ke or just lebih kurang je.. nk pergi gombak buat jauh la pulak.. XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi, harga spec lebih kurang, cuma dari segi eye checkup awak akan dapat pemeriksaan mata secara menyeluruh, tak mcm kat kedai spec :)

      Delete
  4. Sy nk buka kedai optic blh ke kalau tkde degree optometry ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tak silap saya untuk buka kedai optik memerlukan sijil optometrist.

      Delete
    2. Xperlu sijil. Tp perlu daftar under majlis optic malaysia saja.

      Delete
    3. untuk daftar majlis optic malaysia tu perlu ada sijil berkaitañ mata tk.

      Delete
    4. atau sijil berkaitan perniagaan

      Delete
  5. Saya bercadang buat lense sahaja...utk lense multifocal brape rm yer?...boleh ke siap hari tu jugak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lens multifocal ada banyak jenis sebenarnya, bergantung juga kepada level dan jenama lens. Yang standard RM300. Cermin multifocal ambil masa seminggu untuk siap.

      Delete
  6. berapa harga untuk buat lens ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. harga bergantung kepada jenama cermin, power dan index cermin, harga index biasa 1.56 dalam RM90.

      Delete
    2. Sis kalau power 400 buat lens berapa ya?

      Delete
    3. harga bergantung kepada jenama cermin, power dan index cermin, harga index biasa 1.56 dalam RM90. Kalau nak hi index 1.60 (nipis) RM150.

      Delete
  7. Masih kerja di Optic85 Gombak ke? Selesai lockdown ni, sy nk ke sana lah.

    ReplyDelete
  8. Cik,harga utk power -1.5d. silau 100 ,berapa harga frame termasuk lens ada uv bluecoated+ fotogrey
    Kalau frame cool buatan korea rm138 kat bentong

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorry lambat reply, cermin blue coated + photogrey rm260, bingkai korea kami bermula rm35-rm155.

      Delete
  9. Hai assalamualaikum, kalau buat pemeriksaan mata shj untuk dpt bacaan sph cyl axis ,, berapa ya kira2 harga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai waalaikumussalam, kalau guna machine autoref, free sahaja. Kalau manual checkup (refraction) RM30 jika tak buat spec. Kalau beli spec, kira tiada charge.

      Delete
  10. Hai kalau pemeriksaan mata sahaja,, berapa ya kira2

    ReplyDelete
  11. Hai kalau pemeriksaan mata sahaja,, berapa ya kira2

    ReplyDelete
  12. Kalau kita nk beli lens . Boleh ke dia amek power dkat cermin mata je. Tak yah cek mata lg boleh ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup, boleh, ikut power cermin mata. Tapi kalau cermin mata dah terlalu lama dan kabur, boleh request optometrist untuk check mata semula.

      Delete
  13. Assalam. Boleh beri alamat kedai dan waktu ooerasi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam, sorry lambat reply, boleh waze Optics85 Gombak, kami buka 10 pagi-10 malam.

      Delete
  14. Hai nak tnya. Kalau kita bawa spek sendiri yg tak ada power , boleh ke kita tambah power ? And berapa hrga utk power below 200 kiri dan kanan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai, sorry lambat reply, boleh tukar cermin, harga depends on jenis cermin, kalau multicoated biasa RM90.

      Delete
  15. Hi nak tnya .. basic harga contact lens yang ada power berapa ye ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai, untuk clear lens 1 box Soflens59 RM45 ada 3 pasang.

      Delete
  16. Kak klau nk cek mata saja, kena bayar brapa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau check mata kat machine, free sahaja. Kalau check mata manual, RM30 kalau tak buat cermin mata. Kalau buat cermin mata / contact lens, kira tiada consultation charge.

      Delete
  17. Salam. Optics85 shah alam ada optometrist tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam, kalau tak silap saya ada, untuk kepastian boleh hubungi 03-5541 8855.

      Delete
  18. Hi nak tanya, kalau cek mata nak tau lens yang sesuai digunakan tu berapa ye agak2. Ukuran mata,power mata

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi, kalau beli contact lens, biasanya check mata free sahaja.

      Delete
  19. Hi .harga untuk contact lense selalunya berapa ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi, depends on jenama, range dlm rm50 sekotak

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
  20. Hi nak tnya, kenapa kita tak boleh pakai power dri mesin untuk buat spect?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi, sebab power mesin hanya anggaran sahaja, tidak tepat.

      Delete
  21. Hi. Berapa lama masa untuk siapkan contact lense?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi, contact lens memang ada ready stock, just pilih ikut power sahaja.

      Delete
  22. Kalau nak check power sahaja kena bayar ke....yg guna mesin tu ..

    ReplyDelete
  23. Hi utk power mesin ade resit nye, tp mcm mne pulak utk check mata secara manual ade ke dia punya resit jugak?

    ReplyDelete