Thursday, February 09, 2017

#NHGET2GETHER at White Box, Publika





Assalamualaikum :)





Isnin lepas Fatin pergi event #NHGET2THER di White Box, Publika anjuran Naelofar Hijab. Fatin dah lama nak try pakai Naelofar Hijab ni, so kakak bagitahu ada event ni, and butik Naelofar pun dah bukak kat Publika, terus gigih ke sana.




Event tu start dari pagi, tapi tak dapat join sebab tengah hari Fatin ada delivery Shade Dough kat Jalan Yap Kwan Seng. So Fatin gerak lepas zuhur. So pagi tu ada Hijab Demo by DidiyanaEhsan, Fatin tengok live kat instagram naelofar hijab. Lepas zuhur tu gerak, sempatlah tengok sesi makeover by Syed Dewa.




Then, Fatin pergi butik Naelofar di Lot 50, Level G2. Ramai jugak orang tengah berpusu-pusu shopping.



Kakak awal2 dah pesan tolong belikan perfume Neelofa, sebab sekarang ada promo dapat pouch comel. Kakak pernah bau tester and cakap memang wangi. Fatin pun try spray tester. Wangi! Bau sweet & fruity. Apa lagi, terus beli 2, satu untuk kakak, satu untuk Fatin. Fatin kalau nak beli perfume kena bau tester dulu, kalau tak menyesal tak sudah main beli je. Sebab ada certain perfume akan buat Fatin pening, tak sesuai kot kan..



Then, usha shawl, Fatin dah aim nak beli shawl colour dusty purple, sebab takde dalam koleksi lagi. Still mengumpul pelbagai colour untuk mencapai tudunggoals :p Bila dah ada semua colour senang nak mix and match untuk outfit of the day (OOTD) hehe.. Tapi Fatin takdelah beli semua tudung mahal2 okay, tudung RM5 pun ada.

Fatin dah tengok2 instagram naelofar hijab, Fatin aim sama ada koleksi yang terbaru, Eva or Warda. Yang koleksi Warda tu Fatin dah lama aim, dari drama Suri Hati Mr Pilot lagi :p Fefeeling nak jadi cantik macam Warda Erina. Tapi Ejaz Fakhri masih dalam bayang2 hahaha, takpe insya Allah one day jumpalah my Ejaz, okay dah lari topik. :p

At last Fatin jumpa colour dusty purple koleksi Lady Warda. Kat rak koleksi Eva idok jumpa. So pilih Lady Warda! Satu je Fatin beli, permulaan hehe.. Kain dia best! Korean chiffon. Macam lebih kurang wooly chiffon MFshawls by Mira Filzah. Btw, Lady Warda adalah shawl yang paling mahal setakat ini dalam wardrobe, tapi berbaloi sebab kain best & jahitan kemas.





Then, dapat peluang untuk lucky draw untuk pembelian RM150 ke atas. Customer sebelum Fatin cabut dapat Warda inner. Fatin pun excited nak dapat inner jugak. Then, dapat rezeki lain, set skincare T'sya Beauty. Alhamdulillah.. Nanti nak try tapi kena tunggu skincare sekarang habis dulu.


Hasil tangkapan hari tersebut #selfreward

By the way, Fatin suka dengan staf Naelofar Publika, sangat friendly, overall good service, thumbs up! Tak sempat nak snap gambar kakak tu, dia pun busy hehe..

Saya beli ya Lofa ;)

Habis je shopping pergi balik White Box sebab ada sesi 'Afternoon with Neelofa'. Dengar Neelofa cerita kisah Naelofar Hijab, Lofa Lens dan banyak lagi. Kisah kejayaan Neelofa memberi inspirasi buat semua tetamu yang hadir. Dahlah cantik, usahawan berjaya. Orang kata, "Beauty with Brain" :) Then, sempatlah bergambar dengan Neelofa.

Cantiknyaaa Neelofa <3 #ilofayou

Ada orang komen kat instagram Fatin, dia tanya, macam mana Neelofa depan2? Fatin komenlah balik, as seen on tv. Cantik, flawless and tak jemu melayan peminat. By the way, Fatin tak sempat nak snap banyak gambar waktu tu, khusyuk mendengar sesi soal jawab dengan Neelofa ;) Untuk details, korang boleh tengok gambar2 kat instagram Naelofar Hijab.




Sebelum balik sempat minum petang kat Wondermilk. Teringin nak makan cupcake red velvet & air Wondermilk vanilla. Sedapnyaaaa!



Thanks for reading this entry!

No comments:

Post a Comment