Thursday, December 08, 2016

Menikmati kehijauan Taman Eko Rimba KL





Assalamualaikum :)

Selepas melawat Upside Down House KL, kitorang terus destinasi asal iaitu Taman Eko Rimba KL. Dekat je, dari rumah terbalik tu memang dah boleh nampak pintu gerbang Taman Eko Rimba.


Sebelum ini, Taman Eko Rimba dikenali sebagai Hutan Simpan Bukit Nenas. FYI, Taman Eko Rimba ini merupakan hutan simpan tertua di Malaysia.


Sebelum datang sini, Fatin dah baca review di blog orang. Fatin excited nak naik jambatan gantung :)

Masuk je pintu gerbang tu, tetiba ternampak signboard 'AWAS BINATANG BERBISA'. Alamak terus cuak, takut jumpa ular je huhu, harap dijauhkan kan..

Yeay, Taman Eko Rimba checked! 
Korang boleh pilih nak lalu atas or bawah, kalau atas, lalu kat sepanjang jambatan gantung, kalau kat bawah ikut laluan pejalan kaki. Haruslah pilih jambatan gantung, sebab nak mencabar kekuatan diri sendiri. Nak kata gayat tu, adalah sikit, tapi seronok, yang takutnya, takut fon jatuh bawah haha, genggam sekuat hati fon tu sambil snap gambar.


Tangga turun bawah ke jambatan gantung berikutnya

Dari jambatan gantung, kita boleh nampak bangunan pencakar langit di sekitar KL. Then dapat menghirup udara segar, alhamdulilah waktu pergi tu cuaca baik, tak panas sangat dan yang penting tak hujan.



Bagi korang yang cintakan alam sekitar, suka dengan kehijauan pokok2 bolehlah jalan2 kat sini, sambil beriadah berjalan kaki. Tiada bayaran dikenakan untuk masuk ke Taman Eko Rimba ini. Korang boleh berjalan sambil biarkan lemak korang terbakor haha.. Just walk and enjoy the nature!



ASEAN Garden

Actually ada banyak lagi pokok tapi Fatin snap yang Malaysia punya je hehe

Thanks my bff Aminah yang menjadi photographer sukarela! :D
Alhamdulillah hingga ke garisan penamat, kitorang tak jumpa binatang berbisa :)


Next entry Fatin share tempat makan best, nantikan! ;)

2 comments: