Thursday, August 25, 2016

Rantai motor jatuh




Assalamualaikum :)

Malam tadi, on the way balik dari Wangsa Melawati ke Gombak, tetiba sampai kat area Kem Wardieburn, tak boleh press minyak. Ahh sudahhh.. Tukar gear pun xboleh. Nape ni? Cuak dah..

Aku call ayah aku tanya sebab apa jadi mcm ni, sbb rantai jatuh ke.. Ayah aku suruh check rantai jatuh ke x, aku ckplah rantai kat mana? Haha, bila panik terus blur, rantai pun tak tau kat mana, rasa nak ketuk kepala sendiri :p

Bila tengok, memang jatuh pun.. Nasib baik kat depan tu ada bengkel, tapi aku tak sure dah tutup ke belum. Aku pun dengan gagahnya, menolak moto, ya rabbi, habis tenaga aku T.T Dalam hati, takde orang nak datang tolong ke, jodoh ke, tapi apakan daya.. :p

Alhamdulillah ada seorang adik baik hati tolong tunda moto smpai ke bengkel. First time moto kena tunda, biasa tengok moto orang kena tunda. Then sampai bengkel diorang betulkan & ketatkan rantai. Terima kasih banyak2 kpd adik2 yg sudi tolong akak. Semoga Allah permudahkan urusan adik2 :)


Bila fikir balik, waktu balik tu aku terlupa nak baca doa naik kenderaan :(
Sampai rumah inform all my sbilings kat whatsapp.

Thanks my bro <3 
Apapun, pengalaman mengajar kita. Biasanya fokus tang minyak, tayar, brek, minyak hitam je, idok perasan tang rantai. Sebelum aku ada jugak dengar bunyi2 pelik, tapi tak tahu datang dari mana. Rupa-rupanya dari rantai..

Dah dekat setahun aku kerja, setahun jugaklah bawak moto, dulu accident dengan skuter, fobia dah nak naik & pakai helmet yang sama waktu accident tu, nasib baik tempat accident tu aku tak fobia, walaupun setiap kali lalu, terngiang-ngiang dalam kepala peristiwa accident tu.

Berkaitan kereta, aku ada jugak keinginan nak start bawak balik, tapi nak cari masa untuk praktis tu idoklerr.. busy memanjang, wanita bekerjaya lah katakan :p Semoga Allah permudahkan segala urusan aku dan korang jugak :D

Thanks for reading :)

p/s: countdown, 8 days to go, #fatinturns24 ;)

No comments:

Post a Comment