Thursday, August 25, 2016

Rantai motor jatuh




Assalamualaikum :)

Malam tadi, on the way balik dari Wangsa Melawati ke Gombak, tetiba sampai kat area Kem Wardieburn, tak boleh press minyak. Ahh sudahhh.. Tukar gear pun xboleh. Nape ni? Cuak dah..

Aku call ayah aku tanya sebab apa jadi mcm ni, sbb rantai jatuh ke.. Ayah aku suruh check rantai jatuh ke x, aku ckplah rantai kat mana? Haha, bila panik terus blur, rantai pun tak tau kat mana, rasa nak ketuk kepala sendiri :p

Bila tengok, memang jatuh pun.. Nasib baik kat depan tu ada bengkel, tapi aku tak sure dah tutup ke belum. Aku pun dengan gagahnya, menolak moto, ya rabbi, habis tenaga aku T.T Dalam hati, takde orang nak datang tolong ke, jodoh ke, tapi apakan daya.. :p

Alhamdulillah ada seorang adik baik hati tolong tunda moto smpai ke bengkel. First time moto kena tunda, biasa tengok moto orang kena tunda. Then sampai bengkel diorang betulkan & ketatkan rantai. Terima kasih banyak2 kpd adik2 yg sudi tolong akak. Semoga Allah permudahkan urusan adik2 :)


Bila fikir balik, waktu balik tu aku terlupa nak baca doa naik kenderaan :(
Sampai rumah inform all my sbilings kat whatsapp.

Thanks my bro <3 
Apapun, pengalaman mengajar kita. Biasanya fokus tang minyak, tayar, brek, minyak hitam je, idok perasan tang rantai. Sebelum aku ada jugak dengar bunyi2 pelik, tapi tak tahu datang dari mana. Rupa-rupanya dari rantai..

Dah dekat setahun aku kerja, setahun jugaklah bawak moto, dulu accident dengan skuter, fobia dah nak naik & pakai helmet yang sama waktu accident tu, nasib baik tempat accident tu aku tak fobia, walaupun setiap kali lalu, terngiang-ngiang dalam kepala peristiwa accident tu.

Berkaitan kereta, aku ada jugak keinginan nak start bawak balik, tapi nak cari masa untuk praktis tu idoklerr.. busy memanjang, wanita bekerjaya lah katakan :p Semoga Allah permudahkan segala urusan aku dan korang jugak :D

Thanks for reading :)

p/s: countdown, 8 days to go, #fatinturns24 ;)

Friday, August 19, 2016

Siapa Daler Yusuf?




Assalamualaikum :)

Entri ni Fatin kenalkan kepada korang yang tak kenal siapa Daler Yusuf. Okay dah mula dah kerja Fatin sebagai part time reporter :p Bukan apa, Fatin ada share entri yang lepas 'A wonderful day with Daler Yusuf' kat fb & ig, then ada kawan tanya siapa dia ni? Okay, meh kita berkenalan.


Daler Yusuf atau nama penuhnya Daler Yusuf Khamrokulov bin Muhammad ini berasal dari Uzbekistan, ayahnya dari Uzbekistan manakala ibunya dari Kelantan, Malaysia. Daler dilahirkan pada 31 Disember 1991. Daler pernah menuntut di Westminster International College dalam jurusan Business Management.

Daler di Uzbekistan
Daler memulakan kerjaya sebagai seorang model, iyelah tinggi dia 180cm, Fatin berdiri sebelah dia, kepala dekat paras bahu dia je, hehe..


Dia terlibat dalam modelling untuk fashion show, antaranya Rizman Ruzaini.


Daler jugak terlibat dalam iklan komersial. Antara TVC yang terlibat adalah Maxis, Burger King, Blackberry, DIGI, Aoen, Celcom, Baskin Robbin, Silky Girl Men Fantasia, Gatsby dan banyak lagi.
Korang boleh klik words warna biru tu untuk tengok iklan tu kat youtube :)

Siapa yang perasan Daler dalam iklan Baskin Robbin ice cream cake angkat tangan :) 
Iklan Teh Wangi Ros ni selalu keluar tv :)
Korang boleh klik words biru tu untuk tengok iklan :)


Selain kerjaya sebagai model, Daler juga adalah seorang pelakon. Antara drama lakonan Daler adalah Sebenarnya Omputih itu isteri aku, Tuan Anas Mikael dan Lip Lap Raya. Dalam drama Tuan Anas Mikael, Daler memegang watak sebagai Mika Channarong, seorang lelaki dari Thailand manakala memegang watak Adam dalam Lip Lap Raya.


Fatin tengok Tuan Anas Mikael episod yang ada Daler je ;)

Kira watak herolah Daler dalam drama Lip Lap Raya ni. Drama ini disiarkan pada jam 6 petang, ulangan jam 5 pagi. Fatin tengok setiap hari okay kat hyppsensasi bulan ramadhan yang lepas, hehe..


Selain Daler, Fadlan pun ada berlakon jugak dalam cerita tu sebagai Adlan. Bila dua celebrity crush berlakon sekali, giler tak tengok? :p Tak kenal Fadlan Hazim boleh tengok entri INI.



Selain drama, Daler juga ada shooting untuk muzik video antaranya lagu Diam Saja nyanyian Bila AF dan lagu Jatuh nyanyian Daiyan Trisha. Boleh klik lagu untuk tengok video klip :)

Daler boleh memahami tujuh bahasa iaitu Bahasa Uzbekistan, Rusia, Turki, Tajik, Parsi, bahasa melayu dan inggeris. Sekarang dia tengah berusaha untuk improve bahasa melayu dia. Binatang kesukaan Daler adalah kucing. Orang kata siapa yang suka kucing ni penyayang, betul ke hehe..


Daler pernah dinobatkan 'Best Male Model' pada tahun 2012 dan beliau tersenarai sebagai '50 Gorgeous People 2015' dan memenangi 'Most Gorgeous Man 2015' anjuran Female Magazine.


Macam mana, dah kenal dengan Daler Yusuf? Kalau nak ikuti perkembangan Daler, boleh follow:
Instagram : daleryusuf
Twitter : daler_yusuf
Fb fanpage: Daler Yusuf 
Official fanpage ig: dalerofficialfc

Selamat menunaikan solat jumaat kepada Daler dan semua kaum Adam :)
Update 7/7/17
Daler turut berlakon dalam drama Encik Suami Mat Salih Celup sebagai watak Ian Hadif bersama heroin Nelydia Senrose. Drama ini sedang ditayangkan di TV3 pada hari jumaat - ahad jam 7 malam. Jangan lupa tengok ya! :D


Update 17/8/17 
Daler kini sibuk shooting drama Titian Cinta dan drama Ombak Cinta. (dari IG daleryusuf)

Daler sebagai Hakimi dalam Ombak Cinta
Daler dalam Titian Cinta

Monday, August 15, 2016

A wonderful day with Daler Yusuf @ Mid Valley





Assalamualaikum :)



Sabtu lepas, Team Daler Yusuf memberi peluang kepada fans untuk meluangkan masa bersama Daler Yusuf. Event ni untuk pemenang contest yang dianjurkan oleh admin Team Daler Yusuf.  Fatin antara 8 pemenangnya hehe.. Pemenang yang lain yang turut join, Kak Dayah, Ejay, Syaffaf, Laila dan Kak Shita. Ada jugak pemenang lain yang tak dapat join huhu.. Alhamdulillah, bukan senang nak cari jawapan kuiz tu tau, kena google, scroll ig Daler, cari kat semua media sosial yang ada :)

Event diadakan di Mid Valley, Fatin pergi merempit ke sana then solat zuhur terus ke restoran Kenny Rogers Roasters. Sampai je, Daler dah ada, dengan Alyssa & Ira. Amboi smart giler Daler pakai sut bagai. Rupa-rupanya dia ada interview pagi tu, patutlah pakai formal. Bak kata Alyssa, macam nak pergi ambik awards hehe..


Then kitorang lunch sambil borak2 dengan Daler. Tapi mula2 tu macam krik krik sebab semua macam speechless haha.. Fatin order macaroni cheese, sebab tak pernah try. Tapi tak sedap macam my favourite mac cheese kat Secret Recipe huhu.. Tapi licin jugak okay, iolls tak suka membazir :)


Macaroni cheese

Sorry gambar blur..

Lepas makan, kitorang pergi main bowling. Fatin dah cuak sebab tak reti main haha.. Iolls tau marathon je, yang lain ke laut..

Comel je tengok Daler pimpin tangan anak Kak Shita
Tu dia Daler excited key in nama semua orang :)
Team Daler Yusuf
Daler tunjuk skill dia
Main punya main, masing2 menunjukkan kehebatan masing2. Daler ni terer jugak main, adalah yang strike. Yang paling terer Ejay. Fatin tak payah tanya, masuk longkang je haha, kena banyak praktis lagi ni haha.. Daler excited bagi semangat kat setiap orang, Go Fatin, Go Lyssa, Go Syaffaf, Go Ejay, Go Laila, Go Kak Shita! Masing2 semangat bila Daler jerit haha..

Wefie :)
Screen shot dari ig story Daler
Lepas habis, kitorang pun bergambar & wefie. Fatin bab wefie ni memang ketaq lah, so bagi kepada yang pakar, lagi2 artis macam Daler memang dah biasa la kan hehe..

Sape artis ni, Ejay ke Daler :p

Overall, memang enjoy! Borak2, bergelak tawa, dapat kenal kawan baru! Thanks Daler for spending time with us, Team Daler Yusuf. Daler ni sangatlah baik & tak sombong langsung, rajin melayan kerenah fans. Before this Fatin pernah jumpa artis2 yang muka ketat jumpa fans, maybe ada problem kot masa tu kan, husnuzon..

Tingginyaaa Daler, 180cm okay..
Thanks jugak kepada semua team, Alyssa, Ira, Ejay, Syaffaf, Laila, Kak Shita, Kak Farah! Semua friendly! Nice to meet u olls, till we meet again, Insya Allah.. :) Some pics credit to Ejay & Lyssa.


By the way, ini kali kedua Fatin jumpa Daler, dulu kat event 'Daler Yusuf 's Birthday Bash' tahun lepas, boleh klik tajuk untuk baca hehe.. Kalau korang tak kenal siapa Daler lepas baca entri tu, dapatlah tau serba sedikit pasal Daler ni :)

Balik rumah boleh tak Fatin sesat, main redah je, lalu Bangsar, lepas tu entah mana2 Fatin ikut je signboard mana nak, asalkan minyak tak kosong, aku redah je, alhamdulillah sampai jugak haha :D Then kat rumah, kakak cakap, "Tak habis2 dengan Daler dia.." Aku cakaplah, "Yelah, orang takde bf, so keluar dengan celebrity crush lah.." hahaha, ok bye :p

By the way, sape yang tak kenal Daler boleh tengok entri -> Siapa Daler Yusuf?

p/s: Fatin ada video dari Daler, nak tengok kena tunggu 2 september nanti eh ;)