Wednesday, May 18, 2016

My convocation day #UiTMdihatiku




Assalamualaikum :)

Tanggal 29 April yang lalu merupakan hari yang ditunggu-tunggu oleh student uitm yang dah tamat pengajian julai tahun lalu. Kalau kebiasaannya konvo akan berlangsung pada november seperti uni lain tetapi ditunda ke april tahun ini. Dengan penuh sabar kitorang menunggu, dan akhirnya tiba!

Hal pre-convo boleh usha entri lepas. Entri ini khas untuk hari jubah! Fatin & family stay di Intekma Resort untuk satu malam, walaupun Gombak - Shah Alam agak dekat, tapi untuk gerak pagi2 buta tu tak kot, sebab sidang jam 7.30pagi. So gerak dari Intekma jam 6.50 pagi, adik hantar ke DATC. Ayah tak sihat, dia batuk teruk, so adik lelaki je yang masuk dewan.

Sebelum start majlis kita ambik gambar dulu!


Buat pertama kalinya menghadiri konvo, yelah asasi takde konvo hehe.. Majlis berlangsung dengan penuh adat istiadat. Majlis pemberian scroll dimulakan dengan Fakulti Perubatan, Fakulti Pergigian, Fakulti Sains Kesihatan dan Fakulti Farmasi. Berdebar jugak tunggu giliran.



Bila tiba masa untuk ambik scroll, senyum semanis mungkin, takut nanti gambar tak okay je hehe.. Bila dah ambik leganya.. Thanks kepada adik, Faris yang berjaya record video dari atas. Mula2 kat group wasap siblings, adik kata tak dapat record sebab ada orang mintak tolong ambilkan botol air terjatuh. Aku pun percaya bulat2, sedih.. Rupanya dia gurau je, kuangasam betul. Video ada, dan cerita ambilkan botol air pun betul. Yeay ada video! Tapi kat IG lah hehe..
Thanks Faris! Bulan sebelas ni dia pulak konvo. Diploma in Mechanical Engineering :)
Untuk gambar konvo atas stage Fatin baru ambil kat Shah Alam pagi tadi. Ya Rabbi, mata tu kenapa Fatin oii.. Sedih jugaklah, tapi takpelah yang penting dah selesai konvo. Sekarang tengah tunggu gambar konvo yang ambik kat studio, harap sangat gambar tu okay, pleaseee :(


Aku mengadu kat group wasap siblings, kakak aku kata, "lebar senyuman, takpe gigi cantik". 'Cantik'lah sangat kan huhu.. Aku punya sedih tu tahap meroyan jugaklah.. Then kakak aku lagi sorang kata, "entahnya bukan gambar kahwin pun". Fine, nanti gambar kahwin iolls akan pastikan cantik okay! Tapi taktahu wujud ke tak gambar tu, harapnya wujudlah :p

I'm officially graduated! So, awak yang kat sana tu, bila lagi kita nak officially married? Cia cia cia, sempat lagi pickupline konvo haha #siscuba :p


Alhamdulillah, setelah penat lelah selama empat tahun, akhirnya berjaya menggenggam Ijazah Sarjana Muda Optometri (Kepujian).


Terima kasih kepada mak ayah terchenta atas segala pengorbanan yang telah dicurahkan, tak henti2 doakan kejayaan Fatin.. Tak lupa kepada adik-beradik tersayang, Kak Ana, Abg Apit, Kak Ida, Payeh dan Alia for supporting me, dan juga kepada kakak ipar, abang ipar, dan semua saudara mara tersayang.

My family tapi tak cukup korum
Terima kasih kepada semua guru2 yang telah mengajar Fatin dari Tadika Daruttarbiah Islamiah, SK Gombak Setia, SRA Taman Melewar, SMK Seri Gombak, MRSM Merbok, para pensyarah Pusat Asasi Sains Universiti Malaya dan Universiti Teknologi MARA Puncak Alam. Jasa kalian sentiasa dikenang, budimu kekal ke akhir zaman. :)

Tak lupa terima kasih kepada my bff, classmates, roommates and ALL friends dari tadika sampailah uni.

My lecturer & classmates
My bestfriends <3
Tak lengkap konvo tanpa bunga kan, thanks a lot to my family especially yang sponsor, Kak Ana & Kak Ida for a big bouquet of roses with cute little bears! First time dapat bunga, excited! Tapi kalau nak bunga lagi kena sambung belajar ke? #selfreminder #tribulasi365hari


Setakat ni takde plan lagi nak sambung belajar, just kerja & cari pengalaman sebanyak mungkin,
insya Allah.. :)

"Go confidently in the direction of your dreams. 
Live the life you have imagined."
- Henry David Thorean

Thanks for reading this entry! :D

2 comments:

  1. salam fatin atikah, i have few questions about this course, optometri. if you don't mind, may i have your email? it would be easier that way ☺

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam sherah, nams2992@gmail.com :)

      Delete