Wednesday, May 25, 2016

Boat Noodle @ M3 Mall




Assalamualaikum :)

Kita kembali dalam episod 13 dalam rancangan Jalan2 Makan2 bersama Fatin ;)
Untuk episod sebelum2 ni, boleh klik label JJMM kat belah kanan blog :)

Bila Fatin dapat tahu yang Boat Noodle akan dibuka kat M3 Mall, Taman Melati, perghhh happy giler! Sebab M3 Mall ni dekat je dengan rumah, dalam 10 minitlah..

Medan Mega Melati Mall aka M3 Mall
Mula2 tengok kat IG Boat Noodle 15 mei, dia kata coming soon tu kira macam lambat lagilah.. Sekali 19 Mei dia update lagi, dah bukak! Yeay!!! Fatin cakap kat kakak, dekat macam ni, Boat Noodle M3 Mall bakal jadi rumah kedua lah :p

Fatin kerja 19 & 20 Mei tu, so 21 Mei baru pergi sana. Lepas tu baru dapat tahu yang 19 & 20 Mei tu ada makan free sempena opening, takde rezeki T.T Fatin pergi sana dengan my bestfriend Tantan. Tantan kata dia biasa pergi kat branch Avenue K, Fatin selalu pergi kat branch Publika.

Compare dengan branch Publika, sana lagi besar dari M3 Mall ni. Sorry, gambar kedai Fatin dah terdelete dalam fon, beria snap bagai -.- Nasib kitorang sangat baik, masa kitorang sampai sana, ada satu tempat kosong, untuk dua orang. Lepas kitorang duduk tu, orang ramai dah start beratur tunggu seat.


Tantan prefer yang Ayutthaya (pedas), Fatin prefer yang Pathumthani (biasa). Total kitorang makan haritu 10 mangkuk. :) Untuk air, kitorang sehati sejiwa, Ice Blended Thai Green Tea!


Then, kitorang order Grill Chicken Meatball dan my favourite dessert Sangkaya! Sangkaya ni steamed bread dia fluffy giler, kaya dia pulak creamy dengan santan pekat, sedaplah senang cerita! :D



Makan sambil borak2, haruslah wefie sebab berdua je hehe..



Habis tu, kitorang pusing2 M3 Mall, masuk The Store, Milano Eyes Fashion dan lain2. Sebelum balik kitorang makan ice cream cone Texas Chicken sambil layan busker kat situ. :)




Sorry, actually banyak jugak gambar yang dah terdelete, environment kedai, makanan, mulanya ingatkan delete gambar kat fon, rupanya kat dropbox sekali T.T

Nanti nak datang Boat Noodle M3 Mall ni lagi, sape nak join jom, Fatin belanja! ;)

Thanks for reading this entry! :)

2 comments:

  1. Salam,sye ifa. nk tanya.. Mahal x fatin??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm, boleh tahanlah. btw boleh tgk harga kat gambar menu kat atas, klik utk view :)

      Delete