Monday, February 29, 2016

[Review] Filem Munafik Terbaik!




Assalamualaikum :)

Dah lama Fatin tak buat review filem. Mana taknya tengok wayang pun setahun sekali, hehe.. Kalau rajin tu update lah, kalau tak sekadar tweet2 je lah, hehe.. Rasanya last tengok wayang filem Polis Evo tahun lepas, and tak buat review pun, kurang rajin, hehe ;)

Okay berbalik kepada review filem Munafik arahan Syamsul Yusof ini. Fatin tengok trailer cam best je, macam seram, then masa first day tayangan 25 februari lepas pun dah banyak baca review daripada orang ramai cakap citer ni best. Then ada 2 orang kawan Fatin pun cakap best, okay ini memang kena pergi tengok ni. Lagipun filem Khurafat arahan Syamsul dulu pun memang seram kan.

Fatin kalau citer seram actually takut jugak nak tengok kat wayang. Iyelah, bunyi kuat, screen besar, mana kau nak menyorok weh haha, nak tutup telinga ke tutup mata or keluar panggung terus? hahaha.. Tapi cabar jelah diri tengok citer seram, sorang2 pulak tu, kesian takde orang nak teman.. T.T

So, hari ni offday, Fatin merempit ke TGV Wangsa Walk Mall. Mula2 ingat tak nak beli popcorn sebab ada baca review orang, jangan beli nanti tercampak popcorn tu sebab terkejut. Tapi ayah awal2 dah pesan sebelum pergi lagi belikan popcorn, ayah memang suka makan popcorn, so beli jelah, tapi ambik plastik sekali, dan ikat, at least kalau tercampak popcorn kau, takdelah orang sekeliling kau mandi popcorn, haha.. Lagipun memang nak tapau popcorn bawak balik umah kan, memang kena ada plastiklah.. Kang sampai umah popcorn keras kejung :p


Bagi Fatin, filem ini best! Sebab?

1. Satu perkara yang bagus dalam filem ini, semua pelakon menutup aurat, pakai tudung. Tiada babak yang melibatkan pelakon lelaki perempuan bersentuhan. Semoga ia menjadi contoh kepada filem akan datang.

2. Lakonan yang tebaik daripada Syamsul dan Nabila Huda. Scene Maria (Nabila Huda) kena rasuk tu betul2 real. Siap cakap arab lagi. Then ada scene kena masuk dalam bilik mayat, perghhh berani giler. Adam (Syamsul) pun waktu last scene tu betul2 berperang dengan emosi.

3. Siapa munafik sebenarnya? Dari awal cerita lagi, Fatin dah tertanya-tanya, siapa munafik dalam filem ni. Mula2 Fatin expect okay watak A ni munafik, then sampai tengah cerita, rasa macam watak B, then tukar target ke watak C. Last sekali, watak D yang munafik. Ko rasa? Serious tak expect pun orang tu munafik. Maksudnya betullah orang tu munafik sebab dia berjaya mengaburi pandangan penonton. Nak tau sapa ABCD, tengoklah filem Munafik sendiri, kang bagitau semua korang kata aku kacau feel korang nak tengok citer ni kan... ;)

4. Filem ini mengingatkan kita tentang musuh utama kita iaitu syaitan dan iblis. Ada satu scene yang ramai orang terkesan, Maria beritahu nanti ada lagi yang akan datang menyesatkan manusia. Then Adam tanya siapa, dan Maria jerit, "Dajjal!"

5. Filem ini mengingatkan kita untuk redha dengan qada' dan qadar Allah. Kematian isteri membuatkan Adam sedikit terkesan dan berdendam dengan orang yang menyebabkan kematian isterinya. Tapi at the end dia redha jugak, walaupun begitu ujian yang menimpanya ditambah dengan satu lagi berita sedih.

Keseluruhannya memang terbaik, banyak pengajaran dapat, Fatin bagi 5 bintang. Kalau bab lighting semua tu Fatin tak reti nak komen, yang penting mood seram & terkejut tu ada. Fatin takde tutup mata okay, sebab tengok sorang2 kang tutup mata tak nampak apa, tak faham pulak, takkan nak tanya orang sebelah, tak pasal2 kena maki kacau orang :p Tapi dalam wayang takde orang jerit2, semua cool je, Fatin pun kenalah act cool jugak haha.. :')

Akhir kata, segala review ini hanya pendapat peribadi, lain orang lain pendapat :)


Bagi yang belum tengok trailer Munafik, boleh tengok kat bawah.


Untuk 'Di Sebalik Tabir Filem Munafik' boleh tengok di SINI :)

OST Filem Munafik pun best jugak, Kalah Dalam Menang dari Mawi dan Syamsul Yusof. Komposer lagu tersebut Syamsul Yusof dan penulis lirik juga Syamsul Yusof dan sepupunya Dr Anwar Fazal.


2 comments: