Friday, October 09, 2015

Bumped into FL at IKEA




Assalamulaikum :)

Lamanya tak update blog! *lapscreenlaptop*

Isnin lepas Fatin off day, so pergi jenjalan kat IKEA dengan kakak, adik dan anak buah.
Kakak nak beli barang2 rumah, Fatin pergi sebab nak makan meatball je, dah lama tak makan, idok ingat bila last pergi IKEA. Tak lama lagi IKEA Cheras nak bukak kan, boleh serbu sana pulak...
Lagi satu nak buat sesi fotografi kat IKEA sambil berangan nak deko rumah macam ni, macam tu, mesti korang pun selalu buat kan? :p

Sambil jalan2 tolak troli, toleh belakang, eh FL!
Tolak troli tepi, tegur FL.

Me: Kak paten!
FL: Macam pernah jumpa lah kan?
Me: Yup, kat Rumoda.
FL: Yg blaja dentistry tu eh?
Me: Taklah, optometry.

Fatin Atikah dan Fatin Liyana

Excuse my cheek, dah lah duk bawah lampu T.T

Dulu 1st time jumpa kakpaten masa Grand opening butik Rumoda dgn classmates, Fadh, Mekna & Fyra.
Kitorang menunggu Dr AF & Dr FL utk sign buku #DIAgnosis2. Kitorang beria datang awal semata-mata nak jumpa Dr AF & Dr FL. Tak sangka kakpaten ingat hehe.. Walaupun ingat2 lupa :')
Ada kawan tanya Dr AF mana, takde, kak paten shopping dengan mak & adik dia :)

Okay, kalau dah sampai IKEA, tak sah lah kalau tak makan meatball!


Kalau sebelum ni kalau makan meatball, selalu order puding karamel as dessert.
Kali ni try order kek badam and cheese cake.
Kek badam sedaaap! Cheese cake kurang cheese, rasa macam makan chiffon cake je huhu..

Before balik, beli aiskrim kon ikea, itu pun beratur panjang giler...

Thanks for reading this entry! :)

No comments:

Post a Comment