Wednesday, May 20, 2015

Fever vs tonsillitis




Assalamualaikum :)

Ini entri throwback. Awas ini entri panjang berjela, jika tak mampu habiskan boleh sambung esok :p

Siapa sangka siang kita sihat, happy, tetiba malam tak sedap badan. Sakit kat bahagian kepala menyengat. Rasa sejuk je ni, ambik sweater. Takkan demam kot, tiba2 je ni. Takde angin, takde ribut. Bila tidur selubung satu badan. Kalau boleh nak tambah lagi 3 lapis selimut bagi hilang sejuk.


Bangun pagi macam dah kurang sikit. Tapi still rasa sejuk. Sakit kepala still ada. Pergi jelah klinik, sebab nak settle sakit kepala yang mengganggu aktiviti harian.

Dalam bilik doktor. Dipendekkan cerita.

Dr: Ye, ada apa masalah?
Pt: Saya sakit kepala kat bahagian tengah belakang.
Dr: Awak pernah sakit tak macam tu tak sebelum ni?
Pt: Pernah. Tapi kadang2 je. Lepas tidur sekejap ok dah. Tapi ni tak okay pun.
Dr: Demam?
Pt: Malam tadi rasa demam sikit, pagi ni kurang sikit dah.
Dr: (Ambil termometer letak bawah lidah patient) A few minutes later, titt.. 38.5 degree celcius. Awak demam ni.
Pt: Angguk. (Okay, tu yang taknak dengar tu huhu)
Dr: Ada sakit tekak?
Pt: Sikitlah.
Dr; (Tengok anak tekak) Bengkak. Saya bagi ubat sakit tekak.
Dr: Awak boleh pergi kelas tak hari ni?
Pt: Hmm, kalau boleh saya memang taknak ponteng, boleh je kot.
Dr: Ada dua jawapan je, ya atau tidak?
Pt: (Garangnya doktor, kesian pt huhu) Ya. (Sebenarnya tak, tapi taknak ponteng)
Dr: Nanti ambik ubat kat kaunter, banyakkan mandi & minum air.
Pt: Yang sakit kepala ni doktor?
Dr: Awak demam, saya bagi ubat tahan sakit.
Pt: Ok, tq doc.

Baliklah patient ni dengan hati yang sedih. Kalau ikutkan tak larat pun, rasa sejuk, tapi luar panas membara. Apakan daya, kelas ni penting, tak boleh skip, kalau tak nanti kena ganti. Dah pertengahan semester, semua assignment banyak. Memang kena gagahkan diri untuk hadir ke kelas.

Masuk hari kedua demam tak kebah. Lepas mandi menggigil sampai pelanggaran gigi-gigi boleh buat lagu dah. Metafora sangat. :p Setiap waktu solat mandi untuk menurunkan suhu. Beli cool fever untuk kurangkan panas. Tuam tuala basah atas dahi. Minum air banyak2.

Daripada Rafi’ bin Khadij r.a., bahawa dia mendengar Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya demam itu merupakan legakan api neraka jahanam, maka sejukkanlah ia dengan air.” (Riwayat Muslim no. 5889). Begitu juga sebuah hadis daripada Ibn Umar r.a., bahawa Nabi s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya demam itu atau demam yang berat itu berpunca daripada bahang api neraka. Jadi, sejukkanlah ia dengan air.” (Riwayat Muslim no. 5882)

Masuk hari ketiga sama jugak. Buat benda yang sama. Tak boleh jadi ni. Sampai bila nak jadi macam ni. Kerja semua tak jalan. Mampu terbaring je. Kalau ok pun lepas makan ubat, lepas tu rasa sejuk balik. Sweater, stokin tebal, cool fever ada menemani. Then teringat dalam drama korea You're Beautiful, masa Go Mi Nam (Go Mi Nyeo versi lelaki) demam, Hwang Tae Kyung tolong tuamkan tuala berisi ais kat dahi dia. So sweet! Amboi pengaruh drama sangat. Takde sapelah nak tuam kat atas kepala kau tu, pergi beli ais sendiri, pergi tuam sendiri. 5 tahun lagi, insya Allah ada orang boleh tuamkan, eh :p


Lepas tuam tu rasa lega sangat. Sebab rasa macam Hwang Tae Kyung yang tuamkan, haha tak habis lagi berangan tu :p Yelah, kena lah happy sikit, kalau sedih mengenang nasib je memanjang. Ingatkan dah okay dah, rasa macam dah hilang sign demam tu. Sejam kemudian, datang balik. Allahu..

Roommate ada jugak cakap, maybe denggi. Tapi rasanya tak. Sebab dah pernah kena denggi dah waktu darjah 4 dulu. Waktu hari raya pulak tu. Sampai hati nyamuk tak bagi beraya sakan. Masa tu ayah & kakak pun kena jugak. Ada banyak bintik2 merah kat kaki & tangan. Fikir positif, taknaklah penyakit2 kronik ni, nauzu billahi min zalik.

Sampai satu masa, dah tak larat dah nak hadapi semua ni. Dalam kelas kena pura2 sihat, nanti mesti supervisor suruh balik berehat. Nanti requirement tak cukup untuk satu2 kelas tu. Tekak bertambah kronik. Mintak tolong classmate yang duduk kat rumah sewa bawakkan sedikit garam untuk gargle. Maklumlah duduk kolej takboleh masak, mana nak cari garam, gula tu adalah.

Nak mengadu kat orang, the best way to avoid disappointment is to not expect anything from anyone. Except from Allah. Dia Maha Menyembuhkan. Tapi ada jugak beritahu a few classmate, nanti kang tengok muka masam mencuka, diorang ingat nak cari gaduh pulak. Ada tanya classmate diploma farmasi pasal ubat yang diberi doktor tu. Tu ubat tahan sakit. Antibiotik takde ke? Maybe masa jumpa doktor tu just mild fever je kot. Kalau ada antara anda yang tahu sebabnya silakan share :)

Masuk hari keempat, rasa macam kurang sikit. Tapi sakit kepala still ada berdenyut-denyut. Ubat dah nak habis. Plan nak pergi lagi klinik yang sama. Sebab diri sendiri dah pening dengan fever yang datang dan pergi bersilih ganti ni. Tapi supervisor nasihatkan untuk try klinik lain.

Tengah hari tu, macam biasa, beli bubur nasi, beli ais satu plastik. Tuam2, tuam2, ha hamekkaw demam pergi jauh2. Haha, takdelah, sebenarnya diri sendiri yang tak redha dengan ujian ni. Sepatutnya kita kena redha dengan ujian yang Allah bagi sebab Dia sayangkan kita. Kita pulak sakit hati dengan demam ni, sedangkan Allah takkan menguji hamba-Nya di luar kemampuan kita.

Hari jumaat, kawan tolong bawakkan ke klinik luar. Nak tengok maybe ada diagnosis lain. Masa lepas zuhur tu, badan segar lagi sebab dah mandi dan tuam ais satu plastik. Then, bila pergi klinik doc pakai termometer yang tembak kat dahi je. 36.5 degree celcius. "Awak tak demam dah." kata doc. Tapi saya sakit tekak doc. "Oo kat sini takde ubat kumur2, boleh pergi beli sendiri guna listerine pun dah okay. Saya bagi ubat tahan sakit."

Panas je dengan doktor tu. Bukan nak tengok tekak orang macam mana. Malam still sama, demam & sakit kepala lagi. Esok pagi balik gombak. On the way tu beli strepsils untuk legakan tekak. Bila sampai rumah rasa macam kurang sikit. Maybe dah tengok muka family semua, rasa terubat sikit demam ni :))

Petang tu pergi klinik dekat dengan rumah. 

Dr: 39.6 degree celcius. Tinggi suhu awak ni. 
Pt: (Aku dengar pun terkejut. Tinggi sangat tu!)
Dr: (check tekak) Teruk awak punya tekak ni. Awak ada tengok kat cermin? tanya doc. 
Pt: Ada, saya tengok pun takut hehe..
Dr: Okay saya bagi antibiotik, ubat kumur & ubat demam.
Pt: Kiranya saya demam sebab tonsillitis ni la eh doc?
Dr: (Angguk & senyum)
Pt: Okay, tq dr :)

Lebih kurang macam kat bawah belah kanan ni lah rupa tekak waktu tu. Fatin dah ada snap gambar tekak sendiri tapi tak payah lah upload, ambik gambar google sudah :p
Tonsillitis
So akhirnya diagnosisnya adalah Tonsillitis. Fatin dah suluh pentorch kat tekak and tengok kat cermin. Omg! Sebelum dah pernah kena dah. Tapi kali ni tak faham kenapa dari awal doc tak bagi antibiotik. Maybe sebab masa tu mild je tonsillitis tu. Tapi doc kedua tu pun tak bagi, mana taknya. tak check langsung tekak. Padahal masa tu tekak tu dah worst dah. Grrr.. Apapun, alhamdulillah, lepas makan antibiotik, terus baik. Alangkah bahagianya kalau terus pergi jumpa doc yang kat gombak ni. Dr dia perempuan, baik, murah dengan senyuman. :)

By the way, tonsillitis ni lah yang menyebabkan demam. So, tak guna duk turunkan suhu hari2, selagi main problem tak settle, tonsillitis tu, huhu..

Masa bagi ubat tu, nurse tu dah pesan, makan ubat dan minum air sejuk untuk legakan tekak. Yang Fatin pulak pandai sangat minum air panas konon2 nak bagi kuman tu mati, haha.. Takdelah, takut kalau minum ais lagi worst sakit tekak ni.

Dari pengajaran kisah ni, kalau kita nak treat patient, tolonglah treat patient betul2. Jangan treat sambil lewa je. Then, daripada kisah ni jugak, setuju dengan apa yang orang cakap, klinik swasta memang beri layanan bagus walaupun terpaksa keluarkan duit sikit. 

Okay sebelum mengakhiri drama sebabak ni, nak share sikit tips untuk sape yang ada tonsillitis ni. 
Tips yang paling best adalah makan aiskrim vanilla! :)

sumber dari google

No comments:

Post a Comment