Tuesday, January 06, 2015

Ice Skating @ Icescape, IOI City Mall




Alhamdulillah, nikmatnya dapat berehat di home sweet home!
Kejap je boleh relaks, lepas ni kena focus on Final Year Project..
Dah kena start buat dari sekarang, sebab nanti sem depan sentiasa busy dengan klinik dan hospital posting.

Okay kita sambung terus ke cerita Ice Skating. Lepas minum petang kat Dip n Dip & solat asar, kitorang masuk ke Icescape. Ini 1st time kitorang 3 beradik main ice skating. Zaman dolu-dolu ada jugak plan nak main kat Sunway, tapi idok kesampaian. Sampai la ni, kakak ajak ke IOI City Mall. Icescape kat IOI City Mall ni merupakan ice rink yang terbesar dan satu-satunya ice rink yang bersaiz sukan Olimpik di Malaysia.
sumber dari fb Icescape
Yup, kalau ikut harga, kat sini mahal sikit dari kat Sunway Pyramid. Lagi2 cuti sekolah. Kakak kata, takpe, sebab ni baru bukak, so kasut dia wangi lagi. Kalau kasut lama bau kaki. Kan? ;)
sumber dari fb Icescape
Time cuti sekolah bayarannya RM28 sekali masuk. Kalau tak pakai stoking tambah RM6, kalau tak bawak or takde glove, tambah RM9. So total RM43. Tapi kitorang dah pakai stoking, bayar RM37 sorang. Yang locker tu, ambik satu locker untuk simpan barang, caj RM2. Kakak kata, kalau tahu awal2 boleh beli gloves kat Daiso, RM5 je sepasang, macam2 colour pulak tu. Tapi bila check kat Daiso, rupanya dah sold out kat Daiso, tinggal budak kecik punya je. Lega mendengarnya.. ;)

Korang letak kaki kat bawah tu utk ukur kaki b4 dia bg skate

Locker untuk letak brg2 berharga
Aku excited nak main, tapi nervous nak masuk dalam tu, takut benor kalau jatuh. Iyelah, 1st time kot, lagi pun aku tak reti jugak nak main roller blade. Inikan pulak ice skating yang kasutnya tajam, macam tak stabil je.. Bila dah pakai kasut tu, try jalan atas karpet okay je. Takdelah susah mana. Try positifkan diri.



Sekali bila masuk je kat kawasan ice tu, ha, terus cuak. Berpautlah kat pemegang kat tepi tu. Serius licin. Asyik nak terpele’ot je. Tau tak terpele’ot tu ape? Macam tergelincir lah, hehe.. Slow je aku skate sambal pegang kat tepi tu, kadang2 tu aku dah macam kawad pun ada, kanan kiri kanan kiri, haha, nak bagi stabil. Actually tak licin sangat, Cuma kalau kat kawasan yang berair tu memang licin. Makin kuatlah pautan aku kat pemegang tu.


Kakak & husband tak main lagi waktu tu, diorang snap gambar dari atas. Masa diorang duk snap itulah, dapat snap the best moment. Takdelah best moment pun, moment aku jatuh! Aku tak tahu macam mana boleh jatuh. Tapi melalui gambar yang kakak aku snap, aku try lepas tangan waktu tu, sebab adik2 aku dah mara ke depan. Kakak aku kata dia dah terbahak-bahak dah kat atas waktu tu. Hahaha, aku tengok gambar tu pun, aku gelak sorang2 lagi.



Masa dah jatuh tu, aku tak reti nak bangun. Dah lah licin, satu lagi masa tu tangan kanan aku tergeliat. Serius sakit. So duduk je dulu sementara tunggu tangan aku ok. Then tetiba pasukan penyelamat aka krew datang kat aku. Pasukan penyelamat haha kata ko... Dia tanya aku okay ke tak. Aku katalah ok je Cuma tangan tergeliat sikit. Lain kali stretching dulu ye..


Adik pun jatuh sekali :p
Then krew tu pun duduk sekali sementara tunggu aku okay. Then aku nak try bangun, tak boleh licin. Dia ajar, melutut dulu, then pegang kat lantai and bangun. Susah wei, aku dah down dah masa tu, haha, belum apa2 dah down, sape suruh jatuh? :p Then dapatlah bangun. Bila kali kedua n ketiga aku jatuh, aku cepat2 bangun. Konon2 tak nak bagi orang nampak, hahaha.. Padahal berlambak orang kat keliling dan kat atas tu kan, jaga2 ada yang perhati :p

Lama sangat aku duduk tahan sakit sampai dia pun join duduk sekali haha

Lepas satu round, aku dah start sakit kaki. Tapi teruskan jugak satu lagi round. Round kedua aku dah dapatlah rentak macam mana nak jalan. So laju sikit dari 1st round tadi. Tapi tetap pegang kat tepi tu, idokler berani nak lepas tangan. Adik2 aku dah berjaya dah jalan sendiri, aku je yang terkial-kial lagi. Bukan apa, serius aku takut giler kalau jatuh. Aku terfikir kalau jatuh nanti takut ada masalah tulang belakang ke, organ peranakan ke, macam2 lah aku fikir. Jauh benor aku fikir haha.. Iyelah aku tak minum susu Anlene lagi, tulang belum kuat sangat, aku ni peminum tegar Dutch Lady je hehe :p


Okay sekian sahaja entri kali ni, bye! :)


"Falling down is part of life. Getting back up is living."

2 comments:

  1. untung laaaa. jalan je sokmooo. eh bukan hritu ckp 28 je ke?

    ReplyDelete