Thursday, July 18, 2013

Berbuka puasa di masjid



Seingat aku, ini 1st time berbuka puasa di masjid.
Kebiasaannya berbuka puasa di rumahku syurgaku bersama keluarga tercinta.

Kali ni, berbuka puasa di masjid. Berbuka dengan sebiji kurma, sedikit kuih-muih dan segelas air. Dan diteruskan dengan solat maghrib berjemaah. Kemudian, barulah berbuka dengan nasi dan lauk.


Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong

Pernah dulu sama juga seperti ini, ketika di mrsm dulu, buka puasa kat surau maktab dengan sebiji kurma dan sedikit air dan terus solat. Lepas tu, semua 'memecut' ke dewan makan untuk menikmati juadah. Rinduuu pulak suasana itu.. :')

Bagus sebenarnya berbuka di masjid atau surau ni, dapat solat di awal waktu berbanding di rumah yang kebiasaannya makan sampai kenyang, lepas tu, tak larat nak solat maghrib.
Peringatan untuk diri sendiri jugak, utamakan ibadah daripada juadah.

Satu lagi, kalau kita berbuka puasa di masjid, kita makan apa yang disediakan. Cukup untuk mengisi perut.
Tetapi jika berbuka puasa di rumah, kadang2 kita 'terbeli' makanan banyak dan membazir.



Akhir kata, tak kira di mana pun kita berbuka, elakkan daripada makan sekenyang-kenyang seolah-olah membalas dendam akan kelaparan yang dialami semasa berpuasa.


Bukan sahaja pada bulan puasa, malahan kehidupan seharian kita.

Jangan kita menyerupai orang kafir dalam pemakanan kerana didorongi oleh nafsu.

Sabda nabi Muhammad SAW, diriwayatkan oleh Abu Hurairah,
"Orang muslim itu makan dengan satu perut, 
sedangkan orang kafir dengan tujuh perut.
(Hadis riwayat Muslim, Bukhari, Ibnu Majah dan selainnya)


2 comments: