Wednesday, April 03, 2013

SOFT TISSUE INJURY

Sejak Optomery Athletic Championship (OAC) 2013 yang lepas, ibu jari kaki kanan sakit selepas syok main futsal & bola baling. Mula2 ingat biasalah kalau sakit2 lepas bersukan ni. Iyelah, lepas main mesti badan pun terkezzut setelah lama berehat di zon selesa..

Tapi sakit tu berlarutan sampai ke hari ni. Biasa kalau masuk larian, seminggu dah hilang sakit kaki tu. Tapi ini dah hampir dua minggu. Tapi alhamdulillah dah berkurang sikit. Tapi bila solat nak duduk tahiyat tu sakit bila nak bend ibu jari. Mula2 ingat nak tahan sakit, tapi sakit tak terkata sampai tak berani nak bend takut nanti jadi lagi teruk. *Banyaknyaaaa tapi*

So, hari ni pergi jumpa doktor. Beritahu doktor sakit ibu jari kaki sebab main futsal.
(Rasanya punca sakit kaki ni memang sebab main futsal sebab bola jaring mostly guna tangan, lagi2 i olls ni goalkeeper)

Doktor kata, "Futsal? Wah, hebat!" Doktor tanya berkaitan kaki, ada bengkak atau tak. Memang takde bengkak rasanya. Cuma sakit je.

Doktor kata, itu adalah soft tissue injury. Ini adalah perkara biasa untuk orang bersukan ni.
Doktor minta kurangkan pergerakan. Tapi dia kata ibu jari kita tak banyak guna waktu berjalan, tapi dalam solat, kita perlu guna.

Selesai jumpa doktor, ambil ubat di kaunter farmasi.
Ubat tahan sakit, muscle relaxation dan Menzza ice untuk sejukkan dan legakan sakit otot.



RT @SantapanMinda: 
Allah yang memberi kesakitan, dan Allah jualah yang menyembuhkan. 
Maka, berdoalah dan mintalah kesembuhan daripada Allah.

p/s:
Semoga ibu jari kaki cepat sembuh, supaya dapat solat dengan sempurna.
Lagi satu, banyak acara sukan menanti dalam bulan ni & bulan depan.

2 comments: