Thursday, August 16, 2012

[11/08/12] Majlis Iftar bersama Adam, V.I.P dan Baby Shima


Assalamualaikum..

11 Ogos lepas bersamaan 22 Ramadan, Fatin berpeluang berbuka bersama kumpulan V.I.P (Versatility In Performance) dan Baby Shima di Paradiso @ Titiwangsa. 
* setelah 108 hari tak jumpa.. nak kira jugak.. :p 
Namun, ahli V.I.P yang hadir pada hari itu adalah Adam, Yandy, Amen dan KJ.

Brothers

Pelbagai juadah dihidangkan seperti laksa, kuey teow goreng, nasi ayam, roti jala dan kuih-muih
Yang best nya, my favourite kuih adaiaitu karipap dan kuih seri muka.

Suasana di Paradiso
Selepas makan, V.I.P dan Baby Shima membuat persembahan. Fatin tak sempat record Adam 
menyanyikan lagu Ujian Hidup sebab waktu itu tengah makan. 
Fatin hanya record ialah Tiga Kata, Kemarau dan lagu raya yang diberi nafas baru iaitu 
Seloka Hari Raya yang dinyanyikan oleh V.I.P dan Baby Shima. 
Selain itu, dua lagu baru turut dinyanyikan khas untuk fans yang datang hari itu
Boleh dengar preview lagu 'Selamanya' dari V.I.P di SINI.
By the way, lagu tu BEST! :) 
Seperti biasa, cabutan bertuah dijalankan. 
Fatin yang jarang bertuah ini memang tak mengharapkan apa-apa hadiah pun. 

Lucky draw session
Then, ada kezzutan (kejutan) untuk Kak Deeda.
Birthday Kak Deeda 8 Ogos lepas. V.I.P dan kitorang pun nyanyi lagu Happy Birthday 
untuk Kak Deeda*V.I.P, saya nak jugakk macam tu.. :p 
Kak Weina pulak datang bawa kek birthday. :)


Kezzutan

Kek coklat

Saya sangat suka makan kek! 
Di penghujung acara, ahli2 V.I.P beramah mesra dan bergambar dengan fans. 
Seperti biasa, semua ahli V.I.ni memang mesra peminat dan sporting. 
Memang tak sombong langsung. 
Fatin 1st time jumpa KJ Mentor 6 (protege Adam) yang kini bergelar KJ V.I.P. 
Honestly, KJ memang sangat mesra peminat
Cara dia melayan peminat sangat disenangi ramai. 
Dia cuba untuk hafal semua nama fans kat situ. 
Tapi bila dah lupa, macam2 nama keluar. ;) 

Sesi beramah mesra dengan fans

Adam bersama anak salah seorang fans

Setelah bergambar dengan semua ahli V.I.P dan Baby Shima, Fatin sempat minta V.I.P wish untuk 
birthday Fatin 2 September depan. Sebab Fatin yakin lepas ni dah tak berkesempatan nak jumpa 
sebelum birthday. Nak tengok video tu, kenalah tunggu 2 september.. Insya-Allah Fatin akan share.
Kepada Adam, Yandy, Amen dan KJ, jutaan terima kasih semua doa dan ucapan korang! :D

Aktiviti ini dapat mengeratkan hubungan silaturrahim. :) 

By the way, masuk kali ini dah enam kali Adam tanya, "Adik tak datang?" 
Then, Fatin sampaikan salam adik bongsu kepada Adam.

Akhir sekali, Fatin nak ucapkan jutaan terima kasih juga kepada Kak Deeda yang banyak tolong Fatin,
kalau takde Kak Deeda, tak dapat Fatin hadir ke majlis ini. Terima kasih juga kepada kakak2 berbaju
pink, Kak Mariena, Kak Ezat dan Kak Mieza sebab tolong ambilkan gambar. 
*Dah tak ingat siapa yang tolong ambilkan gambar.. Tapi Fatin dah berjaya ingat muka dan nama kakak2 semua.. 
Sebelum ini, selalu confuse sebab muka korang lebih kurang sama.. hehe ;) 

Bersama kakak yang baik lagi rajin


Selesai semua, balik rumah, solat Isyak, tarawih dan tidur. 

Bila beritahu kat adik bongsu yang berusia 12 tahun
tentang Adam bertanya pasal dia tu
mulalah nak perasantan.. -.-
Then, Fatin sampaikan pula salam Adam kat Alia pulak.. *Untunglaaah

Credits to Aico FC for some pictures. :)

p/s: 
Selepas azan Isyak berkumandang, ahli2 V.I.P solat isyak berjemaah diimamkan Adam. 
Alhamdullilah.. Teringat kata Adam dalam rancangan 24-7,
"Berhibur, berhibur jugak, jangan sesekali lupa tanggungjawab kepada agama kita. :)

2 comments: