Thursday, July 05, 2012

Majlis Perasmian Klinik Optometri Bergerak UiTM, 'Enhancing Optometry Primary Eyecare Service Through Innovative Teaching and Out-reach Program'

Assalamualaikum..

Seperti yang dijanjikan pada entri lepas (Optometri Ke Mata Dunia),
Fatin ingin menceritakan serba sedikit tentang majlis ini.

Tanggal 3 Julai 2012,
Majlis 'Enhancing Optometry Primary Eyecare Service 
Through Innovative Teaching and Out-reach Program
serta Klinik Optometri Bergerak UiTM 
telah dirasmikan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin. 


Program ini meliputi tiga komponen utama:

1. Memperkukuhkan lagi konsep penjagaan kesihatan mata primer (Primary Eye Care) sebagai peranan utama Optometris bagi mempertingkat sistem penjagaan mata kepada masyarakat awam.

2. Mendidik dan mendedahkan budaya pengajaran dan pembelajaran yang inovatif serta bertaraf dunia kepada pelajar menerusi penubuhan Makmal Pengajaran Hoya yang pertama seumpamanya di dunia. (First Hoya Teaching Lab in the world) yang ditempatkan di Fakulti Sains Kesihatan UiTM. 

Gambar ini sahaja yang ada, gambar makmal Hoya tidak dibenarkan untuk mengambil gambar.
I love HOYA! Thanks HOYA! :)


3. Usaha mendekati rakyat melalui rakyat melalui Klinik Bergerak UiTM beserta dengan sumbangan khas daripada industri untuk membiayai perbelanjaan dalam memberi penjagaan penglihatan yang terbaik dalam komuniti masyarakat yang memerlukan.

Klinik Bergerak UiTM


Kemudahan kerusi roda untuk OKU.

Jom check mata! :D

Semua pelajar dan staf Optometri UiTM bekerjasama dalam menjayakan majlis ini.
Fatin sebagai pelajar optometri turut terlibat dalam program ini. 
Fatin dan kawan lain 'bertugas' di makmal. Jadi banyak gambar di makmal je lah.. ;)


Info: UiTM Optometry Clinic

Info: Hoya Simulation Centre

Info: International Collabration
  
Info: Optometry Students Association (OPTIMIST)
Anda boleh melayari blog OPTIMIST di SINI.




Press conference

Bakal optometris, Insya-Allah.. :)

Antara artikel berkaitan ada tertera di bawah. 
Anda boleh klik tajuk di bawah untuk baca artikel sepenuhnya. :)

Jika anda rasa entri ini menarik, boleh share dengan kawan-kawan lain.. :)
Thanks for viewing my blog! :D

No comments:

Post a Comment