Saturday, May 26, 2012

MENANG HOTFM TIKET KE SHOWCASE KRU

Hari isnin lepas, Fatin ulangkaji sambil dengar carta ulat buku di HOT FM. Then, tetiba terdengar isyarat memanggil untuk mendapat pas eksklusif ke Konsert Ulang Tahun KRU yang ke-20. Fatin pun cuba call hot fm walaupun tahu peluang nak dapat memang tipis dan sukar untuk tembus talian. 


Tapi..


Deen: Pemanggil yang keenam sudah ada di talian.. Siapa nama awak?
Fatin: (alamak, tembus talian ke? *cuak) Fatin..
Deen: Tahniah, anda pemanggil keenam yang saya cari!
Fatin: Ok, thank you hot fm.. (kenapa cakap thank you pulak, bukan menang lagi pun.. fatin, fatin..)
Deen: Untuk menang 2 pas eksklusif tu, awak kena nyanyi salah satu lagu KRU. 
Fatin: Oo, ok.... (Ha, nyanyi? Mak aii, ingatkan jawab soalan mudah tadi.. Lagu apa nak nyanyi ni.. Blur kejap..)
Deen: Ha, nyanyilah..
Fatin: (Tak tahu nak nyanyi lagu apa.. Seriously, blur! Awas? Takkan kot.. Lagu apa nak nyanyi ni..) Sebuah cinta dan harapan... menjadi debu berterbangan.. hehe (Tu je la kot..)
Deen: Pun bolehhh!
Fatin: Hehe..
Deen: Tahniah, dua tiket eksklusif untuk meraikan kegemilangan KRU menjadi milik awak! 
Fatin: Okay, thank you, hot fm, thank you Deen..
Deen: Sama-sama..

Ya Allah, seriously betul2 tak sangka dapat tembus talian.. Memang kalau malam susah nak tembus. Terkezzut giler! Tak tahu nak kata apa..

Pasal nak nyanyi lagu, memang blur habis! Dalam kepala, yang terlintas lagu Awas je.. tapi memang taknak nyanyi lagu Awas.. Then, fikir punya fikir, terlintas lagu Perpisahan Terasing..  Tapi nyanyi sikit je lah, dah la suara tak sedap.. Pun bolehh, bak kata deen.. 

Bila dah selesai semua, tetiba terfikir, kenapa tak nyanyi lagu Tiga Kata jer? Lagi senang! Masalahnya tak terfikir langsung lagu tu.. Padahal itulah yang paling senang dan terbaru.. Nak jugak lagu lama.. 

Satu lagi, Fatin tahu serba sedikit pasal konsert tu, tapi tak spesifik. Tanya kawan, Kak Mira, dia kata 10 jun di Neverland jam 8 malam. 

Sumber dari hot fm:
Walaupun KRU kini lebih giat menerajui industri perfileman, muzik tetap menjadi keutamaan mereka. Antara bintang kelahiran KRU adalah seperti Elite, X-Factor, Juliana Banos, Ezlynn, Dr Kronik, Indigo, Pretty Ugly, Feminin dan ramai lagi. Kini, KRU meneruskan usaha mereka dalam mengasah bakat baru dan antara yang terkini adalah Forteen, V.I.P, IQA, Kumpulan MOJO, Ad Azhar, Kamelia (Bintang Idola BH 2011) dan Baby Shima. Antara bintang-bintang yang menyertai KRU adalah seperti Jaclyn Victor dan Sharifah Aini.

Sempena konsert ulang tahun KRU yang ke-20, KRU akan membuat persembahan secara eksklusif bersama barisan artis di bawah naungan KRU Music seperti Jaclyn Victor, Forteen, Iqa, Mojo dan ramai lagi bagi menghargai peminat yang setia menyokong mereka hingga ke hari ini. 


4 comments:

  1. Untung lerr.. tiap kali kol hot pasti hot punyer.. kite ni.. bile lah nak hot. asyik cool jer memanjang.. nak buat mcm ne xde duit nak beli heater..-.-

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha, try la sekali-sekala.. ada rezeki dapat la.. btw, xde duit beli heater? bukan duit jpa bnyk ke? ;)

      Delete