Sunday, November 13, 2011

V.I.P @ SK Sri Subang Jaya


Setelah tiga bulan lebih tak jumpa V.I.P, Fatin memang dah plan nak pergi show V.I.P dalam mid sem break ini. Start je mid sem break, sibuk menconteng wall V.I.P ada tak show minggu ini. Last2. ada jugak, last minit V.I.P update kat wall mereka. Yeah, V.I.P!

Tetiba nak tulis post macam artikel dalam suratkhabar sebab ada kawan Fatin, Kak Meera kata Fatin dah macam wartawan duk update & tulis cerita pasal V.I.P. Kalau nak tengok cerita V.I.P yang lain, boleh klik label V.I.P di sebelah kanan sana.. So, Fatin try tulis ala-ala artikel eh.. hehe... ;)


Penonton terhibur persembahan bertenaga V.I.P
Oleh Nurfatin Atikah Mohd Sharudin

2011/11/12




Kumpulan V.I.P telah mengadakan persembahan di SK Sri Subang Jaya dengan jayanya sempena Majlis Amal Warisan SKSSJ 2011. Mereka menyanyikan lima lagu iaitu Tak Kisah, single terbaru mereka iaitu Kemarau, Tiga Kata dan Lagu Sedih. Tidak ketinggalan, lagu korea, Mirotic turut dinyanyikan.

Seiring dengan genre yang mereka ketengahkan iaitu Malaysian Pop Dance (M'POCE), ternyata tarian mereka cukup lincah. Persembahan mereka menyanyi sambil menari adalah sangat bertenaga. Murid-murid sekolah serta tetamu yang hadir ternyata terhibur dengan persembahan mereka.

Kumpulan V.I.P menjelaskan bahawa V.I.P bukanlah merujuk kepada Very Important Person tetapi Versatility In Performance. V.I.P yang dianggotai oleh Adam AF, Fadlan, Marlon, Yandy dan Ryan turut bergambar dengan peminat sejurus mereka membuat persembahan. Untuk mengetahui tentang aktiviti terkini mereka, sila layari page V.I.P di facebook.




p/s:
OK ke artikel tu? Agak pendek.. Tapi info padat.. ;)
Silalah komen di ruangan bawah.. ;)
Keseluruhannya, memang Fatin seronok dapat jumpa V.I.P. Paling best dapat dengar lagu Kemarau secara live.. Fatin suka sangat lagu tu! Tiap kali buka pc terus pasang.. :)

Kepada semua ahli V.I.P, jumpa lagi di lain hari.. Maybe bulan januari tahun depan waktu cuti semester.. Buat yang terbaik untuk next show korang.. Tak sabar nak tengok klip video Kemarau walaupun korang belum buat lagi.. Bak kata Fadlan V.I.P, tunggguuuu.. :)

Doakan Fatin berjaya dalam test akan bakal mendatang..

Akhir kata, jom like page V.I.P! Thanks for viewing my blog! Don't forget to follow this blog.. :)

6 comments:

  1. waaa tq meantion nma akak hehehe.... cm pancaindera sudah hehehehe

    ReplyDelete
  2. mention la, bg glamour sikit.. tu nasib baik sy tak jumpa blog, kalau tak dah kena tag.. :)

    ReplyDelete
  3. Amboii...jdi wrtawan laa cik fatin ni..huhu!

    ReplyDelete
  4. eida, haha.. wartawan tak bertauliah.. ;)

    ReplyDelete
  5. oh, baru kenal dorang nie. hehehe...

    ReplyDelete
  6. baru kenal V.I.P? selamat berkenalan.. dpt jgk sy memperkenalkan V.I.P kat org ramai.. jom like page V.I.P.. :)

    ReplyDelete